20/09/2026
Tahniah SMK MAK LAGAM mewakili Daerah Kemaman, semoga BERJAYA aamiin
MENCARI SEKOLAH BERKUALITI DALAM KALANGAN SEKOLAH CEMERLANG ๐ซโจ
Kecemerlangan tidak datang begitu sahaja. Ada usaha dan perancangan.
Daripada 3,024 sekolah yang berada pada taraf cemerlang, 856 sekolah memilih bersedia untuk dinilai.
Daripada jumlah tersebut, proses Saringan Portal oleh Jemaah Nazir dilaksanakan bagi melihat dengan lebih teliti apa yang telah dirancang, dilaksanakan dan dibuktikan oleh sekolah.
Dan akhirnya, 114 sekolah melepasi saringan untuk bergerak ke fasa seterusnya, PPTC & PKIP melibatkan 55 sekolah menengah dan 59 sekolah rendah.
Tahniah kepada 114 sekolah ini. ๐
Namun perjalanan belum selesai.
Di lapangan nanti, bukan sekadar angka atau skor yang ingin dilihat. Kita mahu melihat cerita di sebalik kecemerlangan itu, bagaimana kepemimpinan diterjemahkan kepada tindakan, bagaimana perancangan menjadi amalan, bagaimana guru digerakkan, dan yang paling penting, bagaimana semuanya memberi impak kepada murid.
Kerana sekolah berkualiti bukan dibina dalam sehari. Ia lahir daripada perancangan yang jelas, pelaksanaan yang konsisten, pemantauan yang berterusan dan kesungguhan seluruh warga sekolah.
Kepada 114 sekolah, tunjukkan kepada kami apa yang menjadikan sekolah anda benar-benar berkualiti.
Selamat maju jaya untuk PPTC & PKIP Tahun 2026. ๐
Sekolah Bermutu, Kunci Kecemerlangan.