PSM Academy (Kemaman) Sdn Bhd

PSM Academy (Kemaman) Sdn Bhd Institut Memandu untuk lesen motosikal B2, dan kereta manual D, kereta auto DA di Kemaman. Dapatkan lesen memandu anda disini. [email protected]

Hubungi PSM Academy (Kemaman) Sdn Bhd sekarang.

06/06/2026

Sebelum melangkah keluar dari kenderaan, pastikan brek tangan (handbrake) ditarik sepenuhnya. Tindakan yang kelihatan kecil ini mampu mengelakkan kenderaan bergerak sendiri dan mencegah kemalangan yang tidak diingini. Keselamatan bermula dengan sikap bertanggungjawab.







🔄 Kongsikan kepada rakan dan keluarga agar semua lebih peka di jalan raya

✨DIRGAHAYU TUANKU ✨Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang D...
31/05/2026

✨DIRGAHAYU TUANKU ✨

Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Pada 01 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.
Sempena menyambut Hari Keputeraan YDPA,
PSM Academy (Kemaman) Sdn Bhd TIDAK BEROPERASI pada 01 Jun 2026 (Isnin) dan akan beroperasi pada 02 Jun 2026 (Selasa).
-----------------------------------------
Hari operasi: Sabtu hingga Khamis
Waktu operasi: 8.00pagi hingga 5.00petang
Waktu urusan pembayaran: 9.00pagi hingga 3.30petang
Bagi sebarang pertanyaan atau ingin mendaftar untuk membuat lesen boleh hubungi kami ditalian di bawah
Telefon Pejabat: 09-8596033/09-8591595
WhatsApp: wasap.my/60199177212/nakdaftarlesendiPSMKemaman

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam 🤗🕋🌙Mari kita hayati nilai pengorbanan dan perpaduan pada...
26/05/2026

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam 🤗🕋🌙

Mari kita hayati nilai pengorbanan dan perpaduan pada Hari Raya Aidiladha ini dan bawa semangat itu ke dalam pekerjaan seharian kita.

Sempena menyambut Hari Raya Aidiladha,
PSM Academy (Kemaman) Sdn Bhd TIDAK BEROPERASI pada 27 Mei 2026 (Rabu) dan 29 Mei 2026 (Jumaat) dan akan beroperasi pada 30 Mei 2026 (Sabtu).
-----------------------------------------
Hari operasi: Sabtu hingga Khamis
Waktu operasi: 8.00pagi hingga 5.00petang
Waktu urusan pembayaran: 9.00pagi hingga 3.30petang
Bagi sebarang pertanyaan atau ingin mendaftar untuk membuat lesen boleh hubungi kami ditalian di bawah
Telefon Pejabat: 09-8596033/09-8591595
WhatsApp: wasap.my/60199177212/nakdaftarlesendiPSMKemaman

"Guru Bitara, Nadi Negara"Selamat Hari Guru buat semua insan yang bergelar guru. "Orang hebat boleh melahirkan beberapa ...
16/05/2026

"Guru Bitara, Nadi Negara"

Selamat Hari Guru buat semua insan yang bergelar guru.
"Orang hebat boleh melahirkan beberapa karya bermutu. Akan tetapi, guru bermutu, boleh melahirkan ribuan orang hebat."

-----------------------------------------
Hari operasi: Sabtu hingga Khamis
Waktu operasi: 8.00pagi hingga 5.00petang
Waktu urusan pembayaran: 9.00pagi hingga 3.30petang
Bagi sebarang pertanyaan atau ingin mendaftar lesen B2/D/DA boleh hubungi kami ditalian di bawah 👇
☎️Telefon Pejabat: 09-8596033/09-8591595
📲 WhatsApp: wasap.my/60199177212/nakdaftarlesendiPSMKemaman

11/05/2026
11/05/2026

Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menambah baik tatacara pertukaran lesen memandu negara asing kepada Lesen Memandu Malaysia (LMM) bagi memudahkan urusan warganegara Malaysia yang bekerja, menetap atau mempunyai urusan di luar negara.

Pelaksanaan inisiatif ini akan bermula di semua pejabat JPJ negeri mulai 1 Jun 2026, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan yang lebih efisien, responsif dan mesra rakyat.

Untuk maklumat lanjut: https://shorturl.at/h2VzP

04/05/2026

“Anak kecil, risiko besar.”

Ramai ibu bapa masih ambil mudah pemakaian topi keledar untuk anak-anak. Hakikatnya, kecederaan kepala adalah antara punca utama kematian dalam kemalangan motosikal.

Topi keledar yang dipakai dengan betul dan kemas mampu mengurangkan risiko kecederaan serius serta menyelamatkan nyawa.

Jangan sekadar pakai, pastikan anak anda:
✔ Pakai topi keledar saiz sesuai
✔ Ikat dan ketatkan tali dengan sempurna
✔ Pakai setiap masa, walaupun perjalanan dekat

Ibu bapa adalah contoh terbaik.
Jika anda patuh, anak akan ikut.

👉 Lindungi yang tersayang. Jangan abaikan topi keledar.







🔄 Kongsikan kepada rakan dan keluarga agar semua lebih peka di jalan raya

Tiada pekerjaan yang terlalu kecil jika dilakukan dengan sepenuh hati. Selamat Hari Pekerja! Anda adalah wira yabg memba...
01/05/2026

Tiada pekerjaan yang terlalu kecil jika dilakukan dengan sepenuh hati. Selamat Hari Pekerja! Anda adalah wira yabg membangunkan negara dengan usaha keras dan dedikasi.

Sempena menyambut Hari Pekerja,

PSM Academy (Kemaman) Sdn Bhd TIDAK BEROPERASI pada 01 Mei 2026 (Jumaat) dan 02 Mei 2026 (Sabtu) dan akan beroperasi pada 03 Mei 2026 (Ahad).

-----------------------------------------
Hari operasi: Sabtu hingga Khamis
Waktu operasi: 8.00pagi hingga 5.00petang
Waktu urusan pembayaran: 9.00pagi hingga 3.30petang

Bagi sebarang pertanyaan atau ingin mendaftar untuk membuat lesen boleh hubungi kami ditalian di bawah 👇
☎️Telefon Pejabat: 09-8596033/09-8591595
📲 WhatsApp: wasap.my/60199177212/nakdaftarlesendiPSMKemaman

28/04/2026

COMMON SENSE

Mohon jasa baik serta sikap SABAR kepada orang awam semua bila anda berada dijalanraya dan masa sama ada kenderaan Institut memandu sedang menjalani latihan. Mohon ada sikap SABAR dan berikan kerjasama diatas jalanraya.

Kenderaan L dalam sesi latihan jalanraya biasa hanya dibenarkan kelajuan 60km/jam Sahaja, manakala dilaluan kawasan sekolah hanya 30km/jam Sahaja.

Kes hari ini, kenderaan L telah dihimpit oleh sebuah VIVA PUTIH (no plat tidak sempat dicatat) dan menurut penceritaan Calon memandu, Viva tersebut masuk secara laju daripada laluan kanan ke kiri (kereta L berada di laluan kiri). Harini nasib menyebelahi kerana calon latihan mampu control drpd rasa lost control. Tp kereta L mengalami kesan calar yang teruk.

So kepada pemandu-pemandu diluar sana, tolong recall semula..sebelum anda hebat memandu dijalanraya, anda juga pernah menjadi pelajar memandu. Ingatlah, perbuatan anda boleh membahayakan nyawa pelajar memandu dan pengajar memandu. Ianya bukan sahaja tentang kerosakan kenderaan tapi NYAWA.

✨ALLAH LANJUTKAN USIA✨Selamat Ulang Tahun Keputeraan Sultan TerengganuKebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sul...
26/04/2026

✨ALLAH LANJUTKAN USIA✨

Selamat Ulang Tahun Keputeraan Sultan Terengganu

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

Bersempena Hari Keputeraan Sultan Terengganu,

PSM Academy (Kemaman) Sdn Bhd TIDAK BEROPERASI pada 26 April 2026 (Ahad) dan akan kembali beroperasi pada hari 27 April 2026 (Isnin)

-----------------------------------------
Hari operasi: Sabtu hingga Khamis
Waktu operasi: 8.00pagi hingga 5.00petang
Waktu urusan pembayaran: 9.00pagi hingga 3.30petang

Bagi sebarang pertanyaan atau ingin mendaftar untuk membuat lesen boleh hubungi kami ditalian di bawah 👇
☎️Telefon Pejabat: 09-8596033/09-8591595
📲 WhatsApp: wasap.my/60199177212/nakdaftarlesendiPSMKemaman

Address

Lot 11 Mukim Binjai, Jalan Air Putih
Kemaman
24000

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:00
Tuesday 08:00 - 16:00
Wednesday 08:00 - 16:00
Thursday 08:00 - 16:00
Saturday 08:00 - 16:00
Sunday 08:00 - 16:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PSM Academy (Kemaman) Sdn Bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to PSM Academy (Kemaman) Sdn Bhd:

Shortcuts

Share