Sekolah Rendah Islam Darul Iman Kijal - SRIDI KIJAL

Sekolah Rendah Islam Darul Iman Kijal - SRIDI KIJAL Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Sekolah Rendah Islam Darul Iman Kijal - SRIDI KIJAL, School, Kijal, Kemaman.

Sekolah Rendah Islam Darul Iman Kijal merupakan salah sebuah sekolah rendah kerajaan negeri yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu Bahagian Pendidikan.

✨ PROGRAM PEMANTAPAN MINGGU BAHASA INGGERIS 2026✨Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Pemantapan Ming...
16/07/2026

✨ PROGRAM PEMANTAPAN MINGGU BAHASA INGGERIS 2026✨

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Pemantapan Minggu Bahasa Inggeris (English Booster Camp) SRIDI Kijal Tahun 2026 pada 15 & 16 Julai 2026 (Rabu & Khamis).

Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Guru Besar SRIDI Kijal, Puan Nurul Faryati binti Yusoff, yang dalam ucapannya menekankan kepentingan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai salah satu medium penting dalam melahirkan murid yang berdaya saing di peringkat global, di samping terus berpegang teguh kepada nilai-nilai Islam.

Program ini merupakan anjuran Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu (JPINT) dengan kerjasama Trenglish (Terengganu English), Yayasan Terengganu, bertujuan meningkatkan keyakinan, kemahiran komunikasi serta penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid melalui pelbagai aktiviti yang interaktif, menyeronokkan dan berimpak tinggi.

Semoga program ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan murid SRIDI Kijal dalam membina keyakinan berbahasa Inggeris serta melahirkan generasi yang Berilmu, Berinovasi dan Beradab, selaras dengan aspirasi Kurikulum Bersepadu Unggul dan Pencapaian Akademik Terbilang Menjelang 2027.

🌟 Tahniah dan syabas kepada semua jawatankuasa pelaksana, fasilitator, guru-guru serta murid-murid yang telah menjayakan program ini. Semoga segala usaha yang dicurahkan mendapat keberkatan dan ganjaran daripada Allah SWT.

"Speak With Confidence,Learn With Excellence." 📚✨

📢 JOM SOKONG WARGA SRIDI KIJAL 🏆✨Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Ayuh kita bersama-sama menyemarakkan semanga...
15/07/2026

📢 JOM SOKONG WARGA SRIDI KIJAL 🏆✨

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Ayuh kita bersama-sama menyemarakkan semangat kecemerlangan murid-murid Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) dalam dua acara berprestij anjuran Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu (JPINT)!

🏅 KEJOHANAN SUKAN SRIDI (KESUDI) 2026 📅 6 – 8 Ogos 2026

📍 Kompleks Sukan AMBS ⚽ Futsal 🏸 Badminton

📍 SMIDI Dungun 🏐 Bola Jaring 🏓 Ping Pong 🏹 Memanah

📖 MAJLIS IHTIFAL ILMI SRIDI (MIISRI) 2026

🗓️ 22 Julai 2026 ✒️ Pertandingan Khat 📍 Dewan Seminar SRIDI Buluh Gading

🗓️ 28 Julai 2026 🎥 Bercerita Kisah Al-Quran 📖 Hafazan Al-Quran 🎙️ Tilawah Al-Quran 📝 Penulisan Jawi 📍 Secara rakaman di sekolah masing-masing

🗓️ 7 Ogos 2026 🎶 Pertandingan Nasyid 📍 Dewan Al-Khawarizmi, SRIDI Bukit Besi

🌟 Marilah kita bersama-sama memberikan sokongan dan doa kepada semua peserta yang akan mengharumkan nama sekolah. Semoga setiap usaha dipermudahkan dan dikurniakan kejayaan di dunia serta akhirat.

💛 SRIDI Hebat, Murid Cemerlang! "Berilmu, Berinovasi, Beradab."

10/07/2026
Setinggi-tinggi Penghargaan & Terima KasihDengan penuh rasa syukur, pihak Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) Kijal ...
09/07/2026

Setinggi-tinggi Penghargaan & Terima Kasih

Dengan penuh rasa syukur, pihak Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) Kijal merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada:

🌿 Semua AJK PERIAS SRIDI Kijal
🌿 Ibu bapa SRIDI Kijal
🌿 Para dermawan serta semua pihak yang telah menyumbangkan wang ringgit, tenaga, masa dan sokongan

atas keikhlasan serta komitmen yang dicurahkan bagi menjayakan Program Kuca Sughe SRIDI Kijal 5.0 Tahun 2026.

Semoga setiap amal kebajikan yang dilakukan menjadi saham akhirat, diberkati oleh Allah SWT, dipermudahkan segala urusan serta dikurniakan rezeki yang melimpah dan ganjaran pahala yang berlipat ganda.

“Sesungguhnya sebaik-baik manusia ialah mereka yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain.”

Terima kasih kerana bersama-sama menjayakan budaya kebajikan dan ukhuwah di SRIDI Kijal.

جزاكم الله خيرًا كثيرًا
Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan kalian dengan kebaikan yang melimpah ruah.

🏗️ LAWATAN TAPAK BAGI CADANGAN PEMBINAAN BANGUNAN KEKAL SRIDI KIJAL 🏫Alhamdulillah, pada 7 Julai 2026 (Selasa) telah ber...
08/07/2026

🏗️ LAWATAN TAPAK BAGI CADANGAN PEMBINAAN BANGUNAN KEKAL SRIDI KIJAL 🏫

Alhamdulillah, pada 7 Julai 2026 (Selasa) telah berlangsung dengan jayanya Lawatan Tapak Bagi Cadangan Pembinaan Bangunan Kekal Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) Kijal yang melibatkan wakil daripada Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu (JPINT) yang telah dihadiri oleh Haji Sa’hari Anuar Bin Ahmad Timbalan Pengarah (Operasi), Haji Mohd Subhi Bin Hussein Pen. Kanan Pengarah (Pembangunan) JPINT, ADUN & parlimen, Mohd Hazri Bin Jusoh PA YB Parlimen Kemaman, Zuraini Binti Hussin Jurutera Awam Pembangunan JKR Terengganu, serta agensi-agensi berkaitan bagi meninjau tapak cadangan pembangunan sekolah.

Lawatan ini merupakan satu langkah penting ke arah merealisasikan hasrat menyediakan prasarana pendidikan yang lebih kondusif, selesa dan berkualiti demi manfaat warga SRIDI Kijal pada masa hadapan. Pelbagai aspek telah dibincangkan termasuk kesesuaian tapak, perancangan pembangunan serta keperluan infrastruktur bagi memastikan projek ini dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.

✨ Semoga segala usaha yang dirancang dipermudahkan oleh Allah SWT dan menjadi titik permulaan kepada pembinaan sebuah kampus yang lebih sempurna dalam melahirkan generasi yang berilmu, berinovasi dan beradab.

💚 Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang hadir, khususnya kepada Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu (JPINT), ADUN dan Parlimen serta agensi-agensi yang terlibat atas kesudian meluangkan masa, memberikan pandangan dan sokongan dalam menjayakan lawatan ini.

🤲 "Bersama Membina Masa Depan Pendidikan Islam yang Lebih Gemilang."

🌟 PROGRAM HALA TUJU MURID TAHUN 6 🌟Alhamdulillah, Program Hala Tuju Murid Tahun 6 anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling ...
05/07/2026

🌟 PROGRAM HALA TUJU MURID TAHUN 6 🌟

Alhamdulillah, Program Hala Tuju Murid Tahun 6 anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling SRIDI Kijal telah berlangsung dengan jayanya pada 5 Julai 2026 (Ahad) di Ruang Legar Kompleks Paya Lasir.

Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada murid-murid Tahun 6 mengenai laluan pendidikan selepas sekolah rendah, di samping menyuntik semangat untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam akademik, sahsiah dan kepimpinan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada penceramah jemputan:

🌟 YM Syed Saifullah bin YM Syed Muhamad Zaidi
Penolong Kanan Pengarah (HEM Menengah), Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu (JPINT)

🌟 Mohd Firdaus bin Zakaria
Penolong Pengarah (Pentadbiran Imtiaz), Yayasan Terengganu

Terima kasih juga kepada semua guru, ibu bapa serta murid-murid yang telah memberikan komitmen dan kerjasama sepanjang program berlangsung.

Semoga segala ilmu, nasihat dan perkongsian yang disampaikan menjadi panduan serta pembakar semangat kepada murid-murid dalam menentukan hala tuju pendidikan dan mencapai cita-cita yang diimpikan.

✨ "Melakar Impian, Menyusun Hala Tuju, Mencipta Kecemerlangan." 💜🎓


🌿✨ TEMU MURNI PERTENGAHAN TAHUN 2026 ✨🌿🤝 Alhamdulillah, Program Temu Murni Pertengahan Tahun 2026 telah berjaya dilaksan...
02/07/2026

🌿✨ TEMU MURNI PERTENGAHAN TAHUN 2026 ✨🌿

🤝 Alhamdulillah, Program Temu Murni Pertengahan Tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan penuh jayanya pada 2 Julai 2026 (Khamis) di Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) Kijal.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa, penjaga, guru serta warga SRIDI Kijal yang telah meluangkan masa untuk hadir, berbincang dan berkongsi pandangan demi perkembangan akademik, sahsiah serta potensi anak-anak.

Program ini menjadi platform penting dalam mengukuhkan hubungan antara sekolah dan ibu bapa bagi memastikan setiap murid mendapat bimbingan, sokongan dan perhatian yang terbaik. Semoga segala perbincangan dan tindakan susulan yang dirancang dapat membantu melahirkan generasi yang berilmu, berinovasi dan beradab.

💚 "Bersama Ibu Bapa, Melakar Kejayaan Anak Soleh & Solehah."

Terima kasih atas komitmen dan kerjasama semua pihak. Semoga jalinan erat antara sekolah dan ibu bapa terus diperkukuhkan demi kecemerlangan anak-anak SRIDI Kijal.


PERMOHONAN KEMASUKAN MURID TAHUN 1 SEKOLAH RENDAH ISLAM DARUL IMAN (SRIDI) BAGI SESI KALENDAR AKADEMIK TAHUN 2027📢 MAKLU...
01/07/2026

PERMOHONAN KEMASUKAN MURID TAHUN 1 SEKOLAH RENDAH ISLAM DARUL IMAN (SRIDI) BAGI SESI KALENDAR AKADEMIK TAHUN 2027

📢 MAKLUMAN PERMOHONAN KEMASUKAN MURID TAHUN 1 SRIDI SESI 2027
Permohonan kemasukan Murid Tahun 1 Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) bagi Kalendar Akademik Tahun 2027 kini dibuka bermula 1 Julai 2026 hingga 1 Oktober 2026.

Permohonan adalah terbuka kepada kanak-kanak warganegara Malaysia & rakyat Negeri Terengganu seperti ketetapan berikut:

🔹 Kohort Umur Enam Tahun (5+)
6️⃣ Lahir: 2 Januari 2021 – 1 Januari 2022

🔹 Kohort Umur Tujuh Tahun (6+)
7️⃣ Lahir: 2 Januari 2020 – 1 Januari 2021

Permohonan boleh dibuat melalui:
🌐 https://jpint.awfatech.com/
(E-DAFTAR --> Permohonan Kemasukan Pelajar Sekolah Rendah)

Sekian, terima kasih.




⛺ PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT BERUNIFORM SRIDI KIJAL 2026 ⛺✨ "Membina Jati Diri, Memperkasa Generasi" ✨Alhamdulillah, Progr...
14/06/2026

⛺ PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT BERUNIFORM SRIDI KIJAL 2026 ⛺

✨ "Membina Jati Diri, Memperkasa Generasi" ✨

Alhamdulillah, Program Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) Kijal Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 11 hingga 13 Jun 2026.

Sepanjang tiga hari dua malam, seramai 137 orang murid Tahun 4, 5 dan 6 telah menyertai pelbagai aktiviti yang mencabar dan menyeronokkan seperti:

🏕️ Mendirikan khemah
🩹 Pertolongan cemas
🪢 Ikatan dan simpulan
🔥 Ikhtiar hidup
🧭 Orienteering
🚶‍♂️ Kawad kaki
🎭 Malam kebudayaan
🤝 Aktiviti pembinaan pasukan
🐓 Aktiviti Sembelihan
🕌 Qiamullail, tazkirah dan solat berjemaah

Program ini bukan sahaja memberi pengalaman baharu kepada murid, malah berjaya memupuk semangat kerjasama, kepimpinan, disiplin, berdikari serta nilai-nilai murni dalam kalangan peserta.

💐 Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak pentadbir sekolah, guru-guru, jawatankuasa pelaksana, ibu bapa serta semua pihak yang telah memberikan komitmen dan sokongan dalam menjayakan program ini.

Semoga segala ilmu, pengalaman dan kenangan yang diperoleh sepanjang perkhemahan ini menjadi bekalan berharga dalam membentuk generasi yang berdaya saing, berakhlak mulia dan cintakan aktiviti kokurikulum.

📸 "Bukan sekadar berkhemah, tetapi medan membina sahsiah dan mencipta kenangan indah bersama."

,Berinovasi,Beradab

📢HEBAHAN KEWASPADAAN PENYAKIT CAMPAK (MEASLES)🚨  Campak (Measles) ialah penyakit berjangkit yang mudah merebak melalui b...
09/06/2026

📢HEBAHAN KEWASPADAAN PENYAKIT CAMPAK (MEASLES)

🚨 Campak (Measles) ialah penyakit berjangkit yang mudah merebak melalui batuk, bersin dan sentuhan. Oleh itu, semua warga sekolah diminta sentiasa berwaspada.

🔍 Gejala campak:
• Demam tinggi
• Batuk dan selesema
• Ruam merah pada badan
• Mata merah dan berair

🛡️ Langkah pencegahan:
✅ Basuh tangan dengan sabun dengan kerap.
✅ Tutup mulut dan hidung ketika batuk atau bersin.
✅ Elakkan sentuhan rapat dengan individu yang bergejala.
✅ Dapatkan rawatan segera jika mengalami gejala.
✅ Pastikan anak-anak menerima imunisasi MMR mengikut jadual KKM.

💚 Kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan warga sekolah adalah tanggungjawab bersama.

Lindungi diri, lindungi semua! 🌟

,Berinovasi,Beradab

Address

Kijal
Kemaman
24100

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:00
Tuesday 08:00 - 16:00
Wednesday 08:00 - 16:00
Thursday 08:00 - 16:00
Sunday 08:00 - 16:00

Telephone

+6098637428

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Rendah Islam Darul Iman Kijal - SRIDI KIJAL posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Rendah Islam Darul Iman Kijal - SRIDI KIJAL:

Shortcuts

Share

Category