15/08/2026
π TAHNIAH & SYABAS! π
π Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pasukan SMK Bukit Mentok atas kejayaan meraih ANUGERAH EMAS π₯ dalam kategori Kefahaman Melalui Reka Bentuk (KmR) menerusi projek inovasi βSmart Toilet Pass Systemβ.
Kejayaan ini telah dicapai dalam BSaS Showcase Kefahaman Melalui Reka Bentuk (KmR) bertemakan βTechnology for Safetyβ Peringkat Kebangsaan 2026, sempena Tech Talent 2026: National Aerospace, Technology and Talent Showcase yang berlangsung pada 12β13 Ogos 2026 di SMK Bukit Sawa.
π Tahniah atas kreativiti, inovasi, kesungguhan dan semangat kerja berpasukan yang telah membawa nama SMK Bukit Mentok ke pentas kebangsaan.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus meneroka idea, mencipta solusi dan memacu masa depan melalui inovasi STEM. π
π SYABAS & TAHNIAH!
SMK Bukit Mentok β Hebat Berinovasi, Gemilang Menginspirasi!