11/04/2026
🌸Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah SMK Ayer Puteh 2026
🗓8 April 2026 (Rabu)
🏫Dewan Gemilang, SMK Ayer Puteh
🕙10. 00 am - 1.00
❤❤Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua tetamu yang sudi hadir memeriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri di SMK Ayer Puteh. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan bukan sahaja menyerikan majlis, malah mengeratkan lagi silaturahim antara kita semua.
Semoga kemeriahan dan kebersamaan ini terus mekar dalam ingatan serta diberkati dengan kegembiraan yang berpanjangan. Terima kasih sekali lagi atas sokongan dan kehadiran yang amat bermakna.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin 🌙✨