10/01/2023
Penderaan kanak-kanak merupakan perbuatan keji yang dilarang keras oleh agama dan sisi undang. Semua pihak perlulah menggembleng tenaga dan berganding usaha untuk membanteras gejala ini dengan mencari resolusi hingga ke akar umbi. Jika setiap pihak memainkan peranan masing-masing, pastilah kes penderaan kanak-kanak akan ditangani kerana bak kata pepatah, hendak seribu daya, tidak mahu seribu dalih. Maka, masyarakat kita tidak lagi dibelenggu oleh isu ini dan dapat hidup dengan sejahtera. Akhir kata, kanak-kanak merupakan aset negara yang akan meneruskan pembangunan negara dan
mengharumkan nama negara di pentas dunia.