PASTI Raudhatul Ulum

PASTI Raudhatul Ulum PASTI Raudhatul Ulum

31/08/2022
Merdeka..merdeka..merdeka..
31/08/2021

Merdeka..merdeka..merdeka..

InshaaAllah Tahun 2022 negara kita akan pulih dari wabak Covid.. PASTI akan beroperasi seperti biasa..Jom kita daftar an...
13/08/2021

InshaaAllah Tahun 2022 negara kita akan pulih dari wabak Covid..
PASTI akan beroperasi seperti biasa..
Jom kita daftar anak2 di PASTI..
PASTI Raudhatul Ulum telah buka pendaftaran bagi sesi 2022..
Tempat adalah terhad.

29/07/2021

Fun Run PASTI 2021
Secara Solo 1KM.
Pelajar PASTI Raudhatul Ulum Taman Mutiara
Sg Kob.

Anak2 PASTI Raudhatul Ulum.Semaikan Semangat Juang yang tinggi demi pertahankan Agama.Sokongan pada kebebasan bumi PALES...
23/05/2021

Anak2 PASTI Raudhatul Ulum.
Semaikan Semangat Juang yang tinggi demi pertahankan Agama.
Sokongan pada kebebasan bumi PALESTIN.

SELAMAT KEMBALI KE PASTI SELURUH NEGARA SESI 2021Selamat Kembali ke PASTI buat guru-guru, murid-murid, ibubapa dan warga...
08/02/2021

SELAMAT KEMBALI KE PASTI SELURUH NEGARA SESI 2021

Selamat Kembali ke PASTI buat guru-guru, murid-murid, ibubapa dan warga PASTI secara keseluruhannya. Selamat bertugas dan mengajar di premis PASTI masing-masing pada hari ini khususnya buat para Mualimah.

Diharapkan penuh semangat melaksanakan tugas dan peranan masing-masing disamping titipkan doa selalu agar Allah SWT bersama sepanjang masa.

Patuhi terlebih dahulu diri kita dengan SOP, kemudian laksanakan kepada semua yang terlibat di PASTI samada ibubapa, murid dan siapa saja dari warga PASTI. Hanya guru dan murid sahaja berada di dalam premis PASTI bagi memudahkan pengawalan keselamatan di PASTI.

Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan untuk hari ini dan hari-hari seterusnya serta dilindungi keselamatan semua serta diganjari pahala dari rahmat-Nya.

KETUA PENGARAH PASTI MALAYSIA
26 Jamadil Akhir 1442H |8 Februari 2021

Alhamdulillah..Moga Allah memudahkan urusan kita bersama.Moga Allah cepat cepat angkat wabak Covid 19 ini dari negara ki...
01/02/2021

Alhamdulillah..
Moga Allah memudahkan urusan kita bersama.
Moga Allah cepat cepat angkat wabak Covid 19 ini dari negara kita.. InshaaAllah ada Sinar esok hari.

Mesti anak- anak PASTI tak sabar sabar nak dtg ke PASTI.. Cikgu-cikgu pun rindu sangat dgn anak-anak PASTI.
Kita jumpa 7 feb 2021.
Tapi kena ingat.. PATUH SOP.

Alhamdulillah... PASTI Raudhatul ulum telah mendapat Pujian dari Penazir Jabatan Amal Malaysia.Hari ni PASTI Raudhatul U...
30/01/2021

Alhamdulillah... PASTI Raudhatul ulum telah mendapat Pujian dari Penazir Jabatan Amal Malaysia.
Hari ni PASTI Raudhatul Ulum menerima Tetamu untuk membuat Audit SOP dah Tahap Kebersihan Permis PASTI bg penyediaan Pembukaan PASTI pada 4 Feb 2021.. Terima kasih pada guru -guru yang menjadi DUTA PARTI bertungkus lumus menyediakan segala yg telah diarahkan Oleh PASTI Malaysia demi menjaga keselamatan anak-anak PASTI. Kejayaan yang diperolehi hari ini adalah kejayaan untuk semua.. PASTI Raudhatul Ulum mendapat keputusan Lulus dengan Cemerlang tanpa sebarang Komen.

25/01/2021

Jangan risau.. Sebelum PASTI beroperasi, kami akan sanitasikan permis terlebih dahulu demi keselamatan anak-anak PASTI.. Kami Patuh SOP.

PENANGGUHAN PENGOPERASIAN (SECARA FIZIKAL) PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM (PASTI) SELURUH NEGARA BERKUATKUASA 20 JANUARI 2021 ...
19/01/2021

PENANGGUHAN PENGOPERASIAN (SECARA FIZIKAL) PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM (PASTI) SELURUH NEGARA BERKUATKUASA 20 JANUARI 2021 SEHINGGA 4 FEBRUARI 2021

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melalui Mesyuarat Khas Jawatankuasa Harian bersama Jabatan PASTI Malaysia pada malam ini membuat keputusan untuk MENANGGUHKAN PENGOPERASIAN PASTI (SECARA FIZIKAL) di seluruh Malaysia berkuatkuasa mulai 20 Januari 2021 sehingga 4 Februari 2021.

Keputusan besar dan berat saat-saat akhir ini dibuat berdasarkan empat faktor berikut:

1. Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh Kerajaan Malaysia di majoriti negeri di Malaysia;

2. Perkembangan kes positif COVID-19 yang semakin meningkat;

3. Penularan wabak COVID-19 yang makin berleluasa;

4. Keutamaan untuk memelihara nyawa berbanding keutamaan lain menurut maqasid syariah.

Walaubagaimanapun, operasi pembelajaran PASTI akan diteruskan melalui pembelajaran secara atas talian atau rakaman audio visual atau melalui pengedaran bahan pembelajaran bercetak atau mana-mana kaedah yang difikirkan sesuai, selaras dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) PKP.

Keputusan ini akan disemak dari semasa ke semasa berdasarkan situasi terkini wabak COVID-19 dan arahan Kerajaan Malaysia.

Semoga keputusan yang besar ini dapat membantu usaha Kerajaan Malaysia melandaikan lekuk jangkitan dan membendung penularan COVID-19.

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) dan PASTI Malaysia turut mengambil peluang mengucapkan terima kasih kepada semua waris dan pihak-pihak yang berkaitan atas kepercayaan yang diberikan kepada kami. Kepercayaan anda kami hargai.

YB SENATOR IR. TS. HJ. KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM).

Bertarikh: 19 Januari 2021.




19/01/2021

Walaupun kedah
PKP
PASTI beroperasi seperti biasa dengan Norma baharu
Patuh SOP yang telah ditetapkan.

19/01/2021

Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI)

Cetusan untuk menubuhkan pusat prasekolah Islam telah bemula sejak akhir tahun 1970-an. Perkembangan pemdidikan yang semakin pesat dan pertumbuhan pusat-pusat didikan prasekolah yang semakin meningkat telah menyemarakkan lagi semangat para pejuang dan pencinta Islam untuk memberikan suatu alternatif kepada sistem pendidikan yang sedia berjalan. Hasil daripada itu timbullah idea untuk menubuhkan pusat pendidikan prasekolah Islam yang pada peringkat awalnya diberi nama TADIKA ISLAM

Visi - Melahirkan Insan Soleh di Malaysia Melalui Pendidikan Pra Sekolah sebagai Elemen Terpenting.

Misi - Meningkatkan Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran, Pengurusan serta Kuantiti PASTI di Malaysia Bagi Menjadikan PASTI Pilihan Utama Kepada Masyarakat Yang Cintakan Pendidikan Islam.

OBJEKTIF PENDIDIKAN PASTI

1) Menyediakan proses pendidikan awal yang berorentasikan sistem pendidikan Islam ke arah melahirkan anak yang soleh, berilmu dan beramal.

2) Mendidik jiwa dan akal kanak-kanak dengan didikan Islam bersumberkan ajaran Al-Quran dan Hadis.

3) Membimbing kanak-kanak supaya menghayati ibadah , akhlak dan cenderong melakukan ma’ruf serta meninggalkan mungkar.

4) Melatih kanak-kanak membaca, menghafaz dan menghayati Al-Quran , doa dan zikir.

5) Memberi pengetahuan kepada kanak-kanak asas-asas bahasa, matematik dan komunikasi ke arah kebolehan membaca, mengira, menulis dan menghafal.

Address

Taman Mutiara Sg Kob
Karangan
1983

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
Tuesday 08:00 - 13:00
Wednesday 08:00 - 13:00
Thursday 08:00 - 13:00
Sunday 08:00 - 13:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PASTI Raudhatul Ulum posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category