Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Bentong

Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Bentong

Share

Merupakan Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) yang ke-3 dibina selepas SMAP Kajang & SMAP Labu

Lokasi sebenar sekolah menengah agama persekutuan bentong (SUPERB) terletak di kawasan felda iaitu di depan Felda Mempaga 1.

08/06/2026

ATLET SUPERB KE MSSM TENIS

Tahniah diucapkan buat Muhammad Al Aaqil bin Mohd Najib daripada kelas 3 Ibnu Arabi kerana sekali lagi berjaya mewakili Pahang bagi Kejohanan Tenis MSSM 2026 yang sedang berlangsung hingga 12 Jun 2026. Pihak Tenis Bentong dan seluruh warga SUPERB mengucapkan selamat maju jaya dan selamat berjuang mengharungi perlawanan demi perlawanan.

Photos from Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Bentong's post 07/06/2026

π“π€π‡ππˆπ€π‡!!

Isnin (8/6/2026)

Berikut merupakan murid-murid yang telah khatam 30 juzuk pada bulan Mei. Semoga diberikan kekuatan ingatan dan kelancaran lidah untuk terus mengulang al-Quran. Tahniah diucapkan kepada ibu bapa dan terima kasih semua guru yang mendidik.

Photos from Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Bentong's post 19/05/2026

πŸ‡«πŸ‡·REMISE DES DIPLΓ”MES DU DELF SCOLAIRE 2025

Tarikh: 15 Mei 2026
Tempat: LycΓ©e FranΓ§ais de Kuala Lumpur & Alliance FranΓ§aise de Kuala Lumpur

Pada 15 Mei yang lalu, dua murid SUPERB, Wan Zara Sofea Binti Wan Zunaidi dan Amni Hafiyya binti Ahmad Zairazi, telah menghadiri CΓ©rΓ©monie de Remise des DiplΓ΄mes DELF Scolaire 2025 bagi menerima penghargaan sebagai salah seorang daripada calon terbaik Peperiksaan DELF Scolaire di Malaysia.

Bagi sesi pagi di LycΓ©e FranΓ§ais de Kuala Lumpur, mereka telah menghadiri satu sesi forum perkongsian daripada alumni universiti-universiti Perancis dimana diantara panel yang terlibat ialah , Prof. Dato' Ts. Dr. Mazliham Mohd Su'ud, CEO Multimedia University. Murid juga berpeluang menyertai aktiviti Immersion France bersama wakil guru dari Perancis.

Bagi sesi petang, penyampaian anugerah telah diadakan untuk 51 murid terbaik Malaysia dalam Peperiksaan DELF Scolaire 2025 untuk 3 peringkat : A1, A2 dan B1. Wan Zara Sofea dan Amni Hafiyya merupakan dikalangan 3 calon terbaik A1 di Pahang dan 30 calon terbaik di Malaysia bagi A1.

Sijil dan hadiah penghargaan telah disampaikan oleh wakil Kedutaan Perancis di Malaysia, Monsieur Thierry d'Anna, Conseiller de coopΓ©ration et d’action culturelle (Penasihat Kerjasama dan Hal Ehwal Kebudayaan), dan YAM Tengku Datin Paduka Setia Zatashah binti DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah, Presiden Alliance FranΓ§aise de Kuala Lumpur. Majlis turut dihadiri oleh wakil dari Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Tahniah diucapkan kepada Wan Zara Sofea dan Amni Hafiyya dan semoga pembelajaran bahasa asing di SUPERB dapat membuka peluang kepada kejayaan murid-murid di masa hadapan.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Pengetua, Ustaz Joha, barisan pentadbir, GKMP Bahasa cikgu Mazuem, SUP Peperiksaan Bahasa Antarabangsa cikgu Hidayah, ibu bapa, serta semua warga SUPERB yang telah terlibat dan memberi sokongan dalam pengendalian Peperiksaan DELF pada tahun 2025. Merci beaucoup !

16/05/2026

πŒπ€π‡π‘π€π‰π€π 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍, ππ€π’π˜πˆπƒ 𝐃𝐀𝐍 πŠπ‡π€π“ π’π„πŠπŽπ‹π€π‡-π’π„πŠπŽπ‹π€π‡ (πŒπππŠπ’π’) ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ ππ„π†π„π‘πˆ 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 πŸπŸŽπŸπŸ”

13-14 MEI 2026
SMKA TAHAP, SMK TEMIN & PKG TEMIN

πŸ†Pencapaian:

TILAWAH
1) NUR RAUQAH MARHA BINTI MOHD AZRULFAZLI - JOHAN

KHAT
1) MUHAMMAD DZULFAHMY BIN DZULKIFLY - KE4
2) AMAL HANNAN BINTI KHAIRUL MIZAN - KE4

TAHFIZ 1-30
1) MUHAMMAD KHALISH ILMAN BIN JOHARI - KE3
2) NURUL HIDAYAH ADAWIYYAH BINTI ZAINALABIDIN - KE4

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan buat Tuan Pengetua Ustaz Joha, PK Kokurikulum Cikgu Aizasharizam, para pentadbir serta guru-guru yang sentiasa memberi sokongan dan doa sepanjang pertandingan ini.

Terima kasih juga buat jurulatih yang banyak membantu, ibu ayah yang sentiasa menyokong depan belakang πŸ‘πŸ‘πŸ‘

InsyaAllah pengalaman harini boleh jadi pedoman dan panduan untuk anak2 lebih perform kemudian hari πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ

15/05/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ 𝐆𝐔𝐑𝐔

Jumaat (15/5/2026)

β€œTangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia, namun tangan yang memegang pen di dalam kelas mampu membina masa depan dunia.”

Selamat hari guru buat semua warga pendidik SUPERB. Semoga kita terus bersemangat mendidik anak-anak kita.

Photos from Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Bentong's post 09/05/2026

KEJOHANAN TENIS MSS PAHANG 2026

Tarikh: 4-7 Mei 2026
Tempat: Gelanggang Tenis Taman Gelora, Kuantan

Alhamdulillah pada 4-7 Mei yang lalu, Kejohanan Tenis MSSP telah berlangsung dan daerah Bentong telah dinobatkan naib johan keseluruhan buat dua tahun berturut-turut dengan membawa pulang satu pingat emas kategori B15 Perempuan dan dua perak kategori B15 Lelaki dan Perempuan.

2 orang murid SUPERB akan terlibat dengan sesi pemilihan semula pemain B15 dan B18 Perempuan untuk mewakili Pahang ke Kejohanan Tenis MSSM 2026 iaitu Inas Nasuha binti Sahrul Nizam dan Nur Khairun Neesaa binti Mhd Suhaimi

Manakala lebih manis lagi Muhammad Al Aaqil bin Mohd Najib merangkul pingat perak dan sekali lagi akan mewakili Pahang untuk kejohanan yang akan berlangsung di Johor Bahru.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua atlet tenis Bentong yang telah menunjukkan kesungguhan dalam sesi latihan, pertandingan daerah dan negeri pada tahun ini.

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pengetua Ustaz Joha, PK Kokurikukulum En. Aizasharizam, warga SUPERB, Cikgu Roshdi (PT Tenis Rendah), Teacher Qistina (PT Tenis Menengah) Cikgu Azim (SEMKA) Sdr. Darweesh, Teacher Juniza (SEMSA) Coach Youhardy, Sdri. Firzanah, Sdri. Hanani, guru-guru pengiring, ibu bapa, PPD Bentong, yang memberi sokongan tidak berbelah bahagi, sumbangan wang ringgit, makan minum, tajaan menaiki Menara 188, dan lain-lain. Hanya Allah sahaja dapat membalasnya.

09/05/2026

🏹 KEJOHANAN MEMANAH MSS PAHANG 2026 🏹

πŸ“… 4–7 Mei 2026 (Isnin–Khamis)
πŸ“ SM Sains Tengku Abdullah, Raub

Ψ§Ω„Ψ­Ω…Ψ― Ω„Ω„Ω‡ Ψ§Ω„Ψ°ΩŠ Ψ¨Ω†ΨΉΩ…ΨͺΩ‡ ΨͺΨͺΩ… Ψ§Ω„Ψ΅Ψ§Ω„Ψ­Ψ§Ψͺ...

Alhamdulillah, setelah 4 hari berkampung dan berpanas di SEMESTA,pasukan Memanah SUPERB berjaya meraih kejayaan.

πŸ”₯ Kategori B15

Atlet B15 telah menyumbang 2 pingat iaitu 1 gangsa (P15) & 1 tempat ke-4 (L15)

πŸ”₯ Kategori B18

Atlet Perempuan B18 beroleh 2 pingat iaitu 1 gangsa & 1 tempat ke-4

πŸ…PENCAPAIAN MSS Pahang 2026

βœ… Penyertaan paling ramai iaitu 10 Atlet (5L 5P)
βœ… 4 pingat berjaya diraih
βœ… 2 pingat gangsa & 2 tempat ke-4
βœ… Tempat ke-8 terbaik keseluruhan dalam Pusingan Kelayakan Individu Perempuan B18 (Nur Aineen Sofeya)
βœ… Tempat ke-4 terbaik keseluruhan dalam Pusingan Kelayakan Berpasukan Perempuan B18

🏹 TAHNIAH! diucapkan
🏹 Memanah Sukan Sunnah

Semoga kejayaan para huffaz SUPERB dalam sukan memanah terus cemerlang dan meningkat khasnya dengan sokongan padu daripada ibubapa serta kerjasama dari semua pihak.



08/05/2026

🏐KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSS PAHANG 2026🏐

Pelajar Terlibat:
AIESYA NAZIHA BINTI HAMIDI (2 IK)

4-8 Mei 2026
πŸ“ SK Wan Ibrahim & Institut Pertanian, Kuala Lipis

πŸ†Pencapaian: JOHAN P18πŸ₯‡

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan buat Tuan Pengetua Ustaz Joha, PK Kokurikulum Cikgu Aizasharizam, para pentadbir serta guru-guru yang sentiasa memberi sokongan dan doa sepanjang kejohanan ini.

Terima kasih juga kepada Jurulatih Pusat, Cikgu Ashraf (SMK Karak), Jurulatih Sekolah Cikgu Fadhil, Pengurus Pasukan Ust Izzul, Cikgu Fatimah, Ust Ibrahim, pihak penganjur serta penyokong terutamanya ibu bapa dan alumni SUPERB yang sentiasa bersama memberi semangat kepada pasukan. Tidak dilupakan juga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan penyertaan ini.

Moga pengalaman sepanjang kejohanan ini memberi manfaat dan menjadi pembakar semangat buat para pemain untuk terus melakar kajayaan yang lebih gemilang pada masa akan datang. πŸ’ͺ✨

πŸ₯‡

Photos from Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Bentong's post 06/05/2026

π“π€π‡ππˆπ€π‡!!

Khamis (7/5/2026)

Berikut merupakan murid-murid yang telah khatam 30 juzuk pada bulan April. Semoga diberikan kekuatan ingatan dan kelancaran lidah untuk terus mengulang al-Quran. Tahniah diucapkan kepada ibu bapa dan terima kasih semua guru yang mendidik.

Photos from Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Bentong's post 03/05/2026

28-29 APRIL 2026
SEDA YEEPEE INNOVATORS
ANJURAN PETROSAINS & SEDA

πŸ† Tempat ke 7 daripada 30 kumpulan
Peringkat Kebangsaan

Tahniah kepada para peserta FOURFLOW INNOVATORS🌹

1. MUHAMMAD A'QIL ZAKWAN BIN MUHAMMAD ZAKI (3 IBNU MAJAH)
2. HAIL AL-FALIQ BIN HASYREIN (2 IBNU MAJAH)
3. ADLINA HANANI BINTI AHMAD RIDHWAN (3 IBNU ARABI)
4. YASMIN HUMAIRA BINTI MOHAMMAD FAEZAL (3 IBNU
MAJAH)

Want your school to be the top-listed School/college in Karak?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


Mempaga
Karak
28600

Opening Hours

Monday 07:35 - 17:00
Tuesday 07:35 - 17:00
Wednesday 07:35 - 17:00
Thursday 07:35 - 17:00
Friday 07:35 - 17:00