SK Sungai Dua, Karak

SK Sungai Dua, Karak Sekolah Murid Orang Asli (SMOA)

10/04/2026

🚨 ESOK‼️ ESOK‼️ ESOK‼️
JOM JOM JOM
Ke Mesyuarat PIBG SK Sungai Dua 😍
📅 11 April 2026
⏰ 9.00 pagi
📍 Dewan Mat Kilau
Datang jangan tak datang 👀
Sebab… CABUTAN BERTUAH ADA‼️ 🎁🔥
Jumpa esok! 💃


MAJLIS TAUTAN MEMORI📆 Jumaat - 3 April 2026⏰ 10.15 pagi🏢 Dewan Mat Kilau SKSD“Kenal hanya 3 bulan… tapi terasa seperti b...
04/04/2026

MAJLIS TAUTAN MEMORI
📆 Jumaat - 3 April 2026
⏰ 10.15 pagi
🏢 Dewan Mat Kilau SKSD

“Kenal hanya 3 bulan… tapi terasa seperti bertahun.”
🤧😭

Atas dasar perkhidmatan, kita terpaksa berpisah lagi.
Rupanya Allah pinjamkan sebentar —
untuk menenangkan hati kami
yang pernah kehilangan sebelum ini.

Dulu kami belajar untuk reda…
ingatkan patah tumbuh, hilang berganti bila Ustaz Du hadir.

Tapi kali ini…
rasa macam patah sekali lagi.

Terima kasih Ustaz Du,
untuk ilmu, untuk tenang yang ditinggalkan,
dan untuk kenangan yang terlalu singkat… tapi bermakna.

Semoga setiap langkah ustaz selepas ini
dipermudahkan dan diberkati 🩵

Video Montaj : https://vt.tiktok.com/ZSHBrfYnd/

Video² lain :
1⃣https://vt.tiktok.com/ZSHBheftt/
2⃣https://vt.tiktok.com/ZSHBrW3yp/





Check out TVPSS Tun Teja SKSD Karak’s video.

EDISI BRAIN BOOSTER  #1📆 Khamis - 2 April 2026⏰ 2.00 - 3.30 petang🏢 Makmal KomputerPetang tadi… mode serius tapi bermakn...
02/04/2026

EDISI BRAIN BOOSTER #1
📆 Khamis - 2 April 2026
⏰ 2.00 - 3.30 petang
🏢 Makmal Komputer

Petang tadi… mode serius tapi bermakna 🧠✨

Bukan sekadar coding & robot bergerak…
hari ni kami buat sesi latihan bertulis 📄✏️
ulangkaji konsep, faham logik, betulkan asas dulu.

Dalam masa yang sama,
kami jalankan juga ujian ahli baharu bagi KSMOA 🤖🔥
— tengok cara murid fikir, bukan sekadar jawapan.

Ada yang masih ragu-ragu…
ada yang mula nampak jalan…
dan ada yang dah berani explain sendiri 😭👏

Slow progress, but real progress.
Menuju MRAC hujung April…
kami tak kejar hebat,
kami kejar faham & yakin 💪✨

Laporan Video :
https://vt.tiktok.com/ZSHMC6Y4E/






Check out TVPSS Tun Teja SKSD Karak’s video.

🌟 SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 🌟Assalamualaikum & salam sejahtera ibu bapa/penjaga,Dimaklumkan bahawa sesi persekolahan ak...
29/03/2026

🌟 SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 🌟

Assalamualaikum & salam sejahtera ibu bapa/penjaga,

Dimaklumkan bahawa sesi persekolahan akan bermula semula pada:
📅 Isnin, 30 Mac 2026

Mohon kerjasama semua ibu bapa untuk memastikan anak-anak bersedia ke sekolah dengan baik.

📌 Perkara penting:
🏠 Murid asrama diminta kembali ke asrama hari ini
📚 Pastikan kerja sekolah telah disiapkan
🎒 Kemas buku dan alatan sekolah secukupnya

Semoga anak-anak hadir dengan semangat baharu dan bersedia untuk belajar 💪✨

Terima kasih atas kerjasama semua.

https://vt.tiktok.com/ZSuqUS6A3/Dari tak tahu… jadi tahu.Dari malu… jadi berani 🫶Perjalanan anak-anak ini tak sempurna, ...
20/03/2026

https://vt.tiktok.com/ZSuqUS6A3/

Dari tak tahu… jadi tahu.
Dari malu… jadi berani 🫶
Perjalanan anak-anak ini tak sempurna, tapi penuh dengan usaha & harapan 🩵

Teaser sikit dulu 😉
Kami akan bawa cerita penuh mereka ke Academic Showcase Raya!

📸 Antara yang akan dipamerkan:
🎥 momen pelaksanaan projek
🏆 pencapaian mereka setakat ini

✨ Ini baru permulaan…

Check out TVPSS Tun Teja SKSD Karak’s video.

https://vt.tiktok.com/ZSuq6kou1/Alhamdulillah...Selesai sudah Program Ihya’ Ramadan SK Sungai Dua bagi sesi 2026 🎞️Tahni...
20/03/2026

https://vt.tiktok.com/ZSuq6kou1/

Alhamdulillah...
Selesai sudah Program Ihya’ Ramadan SK Sungai Dua bagi sesi 2026 🎞️

Tahniah Panitia Pendidikan Islam.
Program disusun dengan rapi.

Dan kali ni terhasil video bertemakan Wes Anderson.
Setiap momen… simetri dan bermakna.

📖 Aktiviti Al-Quran — Tadarus Al-Quran, Quran Hour dan Huffaz Cilik dilaksanakan dengan penuh tenang

🎁 Hadiah & cenderahati — disampaikan dengan penuh tertib

🤖 The Iconix — diraikan, seperti biasa, dengan bangga - anak2 Iconix mendapat pengalaman baharu menjadi "Guru Muda Digital" membantu bengkel Canva bagi murid-murid Tahun 4

💚 Duit Raya — diedarkan, senyuman automatik terhasil

🤝 Sesi bersalaman — sedikit awkward, banyak keikhlasan

Semuanya dalam satu cerita…
yang sederhana, tapi penuh rasa.
Selamat Hari Raya 🌙
Maaf Zahir & Batin daripada kami warga SK Sungai Dua

Tonton juga sketsa Raya SKSD di sini :
📲 https://vt.tiktok.com/ZSuq67BPx/

”

26 likes, 2 comments. “Majlis Penutupan Ihya’ Ramadan SK Sungai Dua, 2026 🎞️ Disusun rapi. Digerakkan perlahan. Setiap momen… simetri dan bermakna. 📖 Khatam Al-Quran — selesai dengan penuh tenang 🎁 Hadiah & cenderahati — disampaikan dengan penuh tertib 🤖 The Iconix — diraik...

🌙 MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM IHYA’ RAMADAN 2026 🌙Selasa - 17 Mac 2026Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majli...
18/03/2026

🌙 MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM IHYA’ RAMADAN 2026 🌙
Selasa - 17 Mac 2026

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Penutupan Program Ihya’ Ramadan SK Sungai Dua bagi tahun 2026.

Antara pengisian majlis semalam :
📖 Khatam Al-Quran
🎁 Sesi penyampaian hadiah
💚 Pemberian duit raya
🤝 Sesi bersalaman

Tahniah kepada
yang dapat menjayakan sebuah program yang bukan sahaja memberi ruang kepada murid untuk mendalami nilai-nilai kerohanian, malah turut menyemai semangat kasih sayang, kesyukuran dan ukhwah dalam warga sekolah.

Semoga segala amalan dan usaha yang dilaksanakan diterima serta menjadi kenangan indah buat anak-anak SK Sungai Dua 🌙✨

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin
Ikhlas daripada warga SK Sungai Dua 💙




PERTANDINGAN MRAC Pusingan  #1Bengkel  #4 (The Last Workshop)📆 Selasa - 17 Mac 2026⏰ 2 - 3.30 petang🏢 Makmal KomputerAlh...
18/03/2026

PERTANDINGAN MRAC
Pusingan #1
Bengkel #4
(The Last Workshop)

📆 Selasa - 17 Mac 2026
⏰ 2 - 3.30 petang
🏢 Makmal Komputer

Alhamdulillah… semalam selesai sudah bengkel terakhir untuk anak-anak The Iconix 🤖✨

bukan sekadar belajar coding & robot… tapi belajar sabar, teamwork, percaya diri 💙
dari yang blur-blur tekan laptop…

sekarang dah berani try, berani salah, berani bangkit balik.

itulah proses sebenar 💪
lagi lebih kurang 3 minggu je sebelum mereka turun ke gelanggang MRAC 🔥
debar tu memang ada… tapi semangat lagi besar.

Teacher & Coach Auz cuma guide sikit je,
selebihnya usaha, air mata, gelak tawa… semua dari mereka 🥹

anak kampung, peluang besar.
slow-slow, kita bina cerita kita sendiri.

doakan anak-anak The Iconix SK Sungai Dua ya 🤲

moga dipermudahkan, diberi keyakinan & dapat buat yang terbaik untuk sekolah tercinta 💙✨

Video : https://vt.tiktok.com/ZSuCgBUrU/

Assalamualaikum dan salam sejahtera 😊Kami warga SK Sungai Dua (guru-guru & AKP) ingin berkongsi video ucapan Hari Raya k...
18/03/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera 😊

Kami warga SK Sungai Dua (guru-guru & AKP) ingin berkongsi video ucapan Hari Raya khas untuk semua murid dan ibu bapa 💙

Semoga video ini membawa sedikit keceriaan dan mengeratkan lagi silaturahim antara kita 🌙✨

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin
Ikhlas daripada kami warga SK Sungai Dua 🩵

📹 Jom tonton:

Check out TVPSS Tun Teja SKSD Karak’s video.

Training session pasukan The Iconix :https://vt.tiktok.com/ZSuS2Tbtm/Hari ini Pasukan The Iconix (Pasukan Elit Digital S...
12/03/2026

Training session pasukan The Iconix :
https://vt.tiktok.com/ZSuS2Tbtm/

Hari ini Pasukan The Iconix (Pasukan Elit Digital SKSD) menjalani satu lagi training session secara langsung semasa Bengkel Digital Canva bersama kelas 4 Gamma. 💻✨

Pasukan kecil ini terdiri daripada 3 orang murid Tahun 5 dan 3 orang murid Tahun 6, di mana setiap seorang membantu satu kumpulan murid sepanjang bengkel dijalankan.

Ramai yang mungkin nampak mereka hanya mengusung troli dan mengedarkan laptop kepada murid-murid kelas 4.
Tetapi sebenarnya peranan mereka lebih daripada itu.

Mereka bertindak sebagai pembantu dan pemudah cara guru sepanjang bengkel berlangsung.
Dan percayalah… tanpa mereka, mungkin pengsan gurunya hari ini. 😅

Ini kerana kelas 4 Gamma baru pertama kali menghadiri bengkel digital seperti ini.
Boleh dikatakan zero knowledge tentang penggunaan laptop.
Bahkan ada murid yang masih belum tahu cara untuk ON dan OFF laptop.

Di sekolah, pendidikan digital bermula di Tahap 2 — langkah kecil tetapi sangat penting.

Apa yang paling menggembirakan hari ini ialah melihat prestasi Pasukan The Iconix.
Mereka membantu rakan-rakan dengan penuh sabar, memberi tunjuk ajar langkah demi langkah, dan memastikan setiap kumpulan dapat mengikuti bengkel dengan baik.

Sebagai guru, saya benar-benar bangga dengan mereka hari ini.
Kalau ada pentaksiran untuk sesi ini…
rasanya TP6 memang layak untuk mereka. ⭐






Check out TVPSS Tun Teja SKSD Karak’s video.

Bengkel Rekacipta Kad Raya Digital menggunakan Canva untuk murid tahun ini dimulakan dengan kelas 5 Giga. 💻✨Bengkel ini ...
12/03/2026

Bengkel Rekacipta Kad Raya Digital menggunakan Canva untuk murid tahun ini dimulakan dengan kelas 5 Giga. 💻✨

Bengkel ini dirancang untuk dilaksanakan selama 2 hari, dengan tujuan memperkenalkan murid kepada asas reka bentuk digital menggunakan Canva sebagai sebahagian daripada inisiatif digital sekolah.

📌 Hari pertama
Murid diperkenalkan dengan platform Canva dan belajar langkah asas seperti memilih background, menggunakan elements, serta menambah text pada design kad raya mereka.
Namun seperti yang dijangka… bila dah lama tak sentuh laptop, mulalah ada yang agak kekok.
Ada yang tercari-cari button, ada yang tersalah tekan sampai design hilang 😅
Memang sesi yang memerlukan banyak kesabaran, tetapi di situlah proses pembelajaran sebenar berlaku.

📌 Hari kedua
Murid meneruskan kerja mereka dengan menyiapkan design dan menghantar kad ucapan digital masing-masing.
Alhamdulillah, ada beberapa murid yang sudah mula nampak selesa menggunakan Canva.
Bagi kami, itu sudah cukup menggembirakan.
Target bengkel ini bukanlah untuk memastikan semua murid terus menjadi mahir dalam masa dua hari.
Yang penting mereka sudah mula memahami asas seperti:
✔ apa itu canvas
✔ bagaimana menggunakan elements
✔ cara memasukkan text dalam design
Dan paling penting… mereka sudah boleh ingat langkah untuk login ke DELIMa tanpa panik lagi. 😄
Small steps, big progress.
Sedikit demi sedikit, murid mula membina keyakinan dan kemahiran digital mereka.
Inilah antara usaha kecil sekolah dalam memastikan murid bukan sahaja belajar di dalam buku, tetapi juga meneroka dunia pembelajaran digital.

Kelas pertama
https://vt.tiktok.com/ZSuSFR1ca/

Kelas 5 Giga photos
https://vt.tiktok.com/ZSuSNESNH/

Kelas 5 Giga videos
https://vt.tiktok.com/ZSuSNESNH/






Address

Karak
28600

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:30
Tuesday 07:30 - 17:30
Wednesday 07:30 - 17:30
Thursday 07:30 - 17:30
Friday 07:30 - 17:30

Telephone

+6092311922

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Sungai Dua, Karak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK Sungai Dua, Karak:

Shortcuts

Share