12/03/2026
PROGRAM SENTUHAN KASIH RAMADAN-
Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim Dan Asnaf SRA Batu Belah 2026.
Tempat: Dewan SRA Batu Belah
Tarikh: 11/3/2026(Rabu)
โPenganjuran Majlis Berbuka Puasa Anak Yatim dan Asnaf ini adalah bertujuan untuk menyantuni murid-murid yang kurang berkemampuan disamping memupuk nilai keprihatinan, kasih sayang dan semangat saling membantu dalam kalangan warga sekolah. Program ini juga dapat memberi ruang kepada murid untuk merasai suasana berbuka puasa secara bersama-sama dalam persekitaran yang harmoni serta memperkukuhkan hubungan silaturrahim antara pihak sekolah, murid dan komuniti. Disamping itu, program ini dapat menyemai kesedaran tentang kepentingan amalan bersedekah dan budaya mengambil berat terhadap kebajikan golongan yang memerlukan.โ