Maahad Tahfiz Al Hidayah Wal Ehsan

Maahad Tahfiz Al Hidayah Wal Ehsan PUSAT PENGAJIAN ILMU AL-QURAN Halaman ini merupakan laman facebook rasmi Ma'ahad Tahfiz Al Hidayah Wal Ehsan, Selangor.

Sebarang pertanyaan hubungi Pejabat Maahad - 03-32501396 dan Mudir Al Fadhil Ustaz Ishak Bin Abd. Rahim - 0136201542

Keterangan

Maahad Tahfiz Al-Hidayah Wal Ehsan telah diasaskan oleh Al-Fadhil Ustaz Ishak Bin Abd. Rahim dan sahabat-sahabat beliau pada bulan Ogos 2011 dan kemudiannya didaftrarkan di bawah JAIS( Jabatan Agama Islam Selangor ) pada bulan yang sama. Beliau adalah merupakan bekas pe

lajar di Balai Dakwah Islamiah Jeram dan seterusnya menyambung pelajarannya di Maahad Masjidil Haram Mekah selama 3 1/2 tahun. Berkhidmat di Balai Dakwah Islamiah Jeram selama 6 tahun kemudian mengajar di Sekolah Menengah Agama Jeram Batu 20 selama lebih kurang 3 tahun. Beliau kemudiannya mengasaskan Maahad Tahfiz Al-Muqri, Kuala Sungai Baru Batu 13 di Puchong, Selangor selama 11 tahun. Berbekalkan pengalaman yang ada, beliau akhirnya mengambil keputusan untuk membuka satu lagi Maahad Tahfiz yang terletak di Taman Alam Jaya, Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan. Maahad Tahfiz Al-Hidayah Wal Ehsan ini yang diberikan namanya oleh Al-Habib Muhammad Bin Soleh Al-Athas, Murshid Ribat Al-Fatah Di Huraidhoh Yaman, dibina berasaskan kepada kewajipan menuntut ilmu, di mana ilmu adalah penting agar setiap ibadah yang dilakukan memenuhi matlamat yang sempurna.

08/05/2026

MAULID MINGGUAN
_Maahad Tahfiz Al Hidayah Wal Ehsan_

MTAHWE minggu ini seperti biasa akan mengadakan Maulid pada ketetapan berikut :-

Tarikh : 9 Mei 2026
Hari : Sabtu
Masa : lepas maghrib
Tempat : Musolla Hidayah (MTAHWE)

Pentausiah Jemputan pada minggu ini AL FADHIL SYEKH MAHMOD AL WOSABI

MTAHWE dengan ini berbesar hati menjemput semua pencinta masjlis ilmu untuk hadir ke majlis kami

Makanan disediakan

Jemput datang beramai-ramai.

08/05/2026
MAULID MINGGUANMaahad Tahfiz Al Hidayah Wal Ehsan MTAHWE minggu ini seperti biasa akan mengadakan Maulid pada ketetapan ...
24/04/2026

MAULID MINGGUAN

Maahad Tahfiz Al Hidayah Wal Ehsan

MTAHWE minggu ini seperti biasa akan mengadakan Maulid pada ketetapan berikut :-

Tarikh : 25 April 2026
Hari : Sabtu
Masa : Selepas maghrib
Tempat : Musolla Hidayah (MTAHWE)

Pentausiah Jemputan pada minggu ini AL FADHIL UST FARIS

MTAHWE dengan ini berbesar hati menjemput semua ibubapa penjaga dan pencinta masjlis ilmu untuk hadir ke majlis tersebut.

Alhamdulillah. Dengan izin Allah taala , pada hari   jumaat  bersamaan 13 mac 2026  Seorang lagi Hafiz Alquran berjaya d...
13/03/2026

Alhamdulillah. Dengan izin Allah taala , pada hari jumaat bersamaan 13 mac 2026 Seorang lagi Hafiz Alquran berjaya di lahirkan di Mtahwe.

MUHAMMAD AKIF IRFAN BIN ABD.RAHMAN telah berjaya menamatkan hafazan Alqurannya dalam masa 3 tahun 6 bulan
Semoga Beliau dapat menjaga hafazan Alqurannya dengan Istiqamah ,Meneruskan kesinambungan pengajiannya sehingga Shahadah .Semoga kejayaan menjadi miliknya walau di mana pun berada berkat AlQuran yang dihafal ..

TAHNIAH kepada beliau dan kedua ibu ayahnya juga semua guru yg mendidiknya sehingga berjaya khasnya Ust.Aqil sebagai guru kelasnya .

BARAKALLAHU ALAIKUM

Kami warga mtahwe ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan dan selamat berpuasa kepada semua umat Islam.
18/02/2026

Kami warga mtahwe ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan dan selamat berpuasa kepada semua umat Islam.

Check out MaahadTahfizAlhidayahWalEhsan’s video.

💌 JEMPUTAN KHAS KE TAMAN SYURGA 💌Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.Dengan segala hormatnya, kami menjemput:YBhg...
22/01/2026

💌 JEMPUTAN KHAS KE TAMAN SYURGA 💌

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Dengan segala hormatnya, kami menjemput:

YBhg. Tan Sri / Puan Sri / Dato’ Sri / Datin Sri / Dato’ / Datin / Tuan / Puan / Ibu / Ayah / Abang / Kakak & Sahabat yang dikasihi.

Ke: 🕌 PROGRAM INFAQ & KAFALAH PENDIDIKAN
Anjuran: Maahad Tahfiz Al Hidayah Wal Ehsan

🤔 Kenapa Kami Hantar Jemputan Ini?

Tuan/Puan yang mulia, Selalunya kita terima jemputan kenduri untuk makan-makan, tapi hari ini kami nak jemput Tuan/Puan untuk tanam-tanam. Tanam saham akhirat yang buahnya kita akan tuai di "Sana" nanti.

Ramai antara kita berniat nak bersedekah secara konsisten, tapi kekangan masa dan kesibukan kerja buatkan kita "TERLUPA" atau "TERLEPAS PANDANG".

Jadi, kami sediakan 3 "Menu" Pilihan yang memudahkan Tuan/Puan untuk menyumbang serendah RM10 mengikut keselesaan masing-masing:

📋 Sila Pilih Pakej Jemputan Anda:

1️⃣ Pakej Jumaat Barakah (Auto Debit Mingguan) ✅ Sesuai untuk pemburu pahala hari Jumaat. Sistem akan potong serendah RM10 secara automatik pada setiap hari Jumaat. Tuan/Puan tak perlu set 'alarm', pahala sedekah Jumaat jalan terus!

2️⃣ Pakej Gaji Berkat (Auto Debit Bulanan) ✅ Sesuai untuk sucikan rezeki bulanan. Sistem akan potong sekali sahaja pada setiap bulan (tarikh gaji). Sekali daftar, Tuan/Puan dah jadi 'Ibu Bapa Angkat' kepada anak-anak tahfiz ini secara istiqamah.

3️⃣ Pakej Infaq Ikhlas (One-Off / Sekali Beri) ✅ Sesuai untuk yang nak menyumbang bila-bila masa. Tak mahu terikat dengan auto-debit? Tiada masalah. Boleh pilih sumbangan sekali beri (One-Off) serendah RM1 sahaja secara manual.

✍️ Cara Menyertai "Kenduri Pahala" Ini:

Hanya klik pautan di bawah dan pilih pakej yang Tuan/Puan selesa:

👉 https://maahadtahfizalhidayahwalehsan.berisalam.net/donations/mandates/enrollment/mtahwe

Nabi SAW bersabda: "Amalan yang paling dicintai Allah adalah amalan yang berterusan walaupun ia sedikit."

Semoga sedikit yang Tuan/Puan hulurkan, menjadi asbab rezeki melimpah ruah dan menjadi payung pelindung di Padang Mahsyar kelak.

Terima kasih kerana menyantuni jemputan kami. 😊

"Ayah, kenapa paksa adik masuk Tahfiz?" 🥺 Soalan ni mungkin pernah bermain di fikiran anak-anak kita. Jawapan ayah dalam...
05/01/2026

"Ayah, kenapa paksa adik masuk Tahfiz?" 🥺 Soalan ni mungkin pernah bermain di fikiran anak-anak kita. Jawapan ayah dalam cerita ni mungkin akan buat air mata anda bergenang. 😢

Anak soleh bukan kebetulan, ia perlu diusahakan. Ini hadiah terakhir kita untuk mereka, dan "talian hayat" kita di sana nanti.

Hadis Riwayat Abu Daud & Ahmad:

"Siapa yang membaca Al-Quran, mempelajarinya, dan mengamalkannya, maka dipakaikan mahkota daripada cahaya pada hari kiamat. Cahayanya seperti cahaya matahari dan kedua orang tuanya dipakaikan dua jubah (kemuliaan) yang tidak pernah didapatkan di dunia."

(Ibu bapanya bertanya: "Mengapa kami dipakaikan jubah ini?" Dijawab: "Kerana kalian memerintahkan anak kalian mempelajari Al-Quran.")

Adakah anda sedang mencari tempat terbaik untuk bentuk sahsiah anak? Nak anak anda jadi sebahagian daripada keluarga besar Tahfiz kami? Kami buka pendaftaran pelajar baru sesi 2026/2027 Daftar sekarang! 🕌

PENGAMBILAN PELAJAR BARU 2026/2027📖 MAAHAD TAHFIZ AL HIDAYAH WAL EHSAN (MTAHWE)🌿 “Al-Quran Panduan Hidup”✨ Sertai kami m...
16/12/2025

PENGAMBILAN PELAJAR BARU 2026/2027
📖 MAAHAD TAHFIZ AL HIDAYAH WAL EHSAN (MTAHWE)
🌿 “Al-Quran Panduan Hidup”

✨ Sertai kami membentuk generasi Huffaz berilmu dan berakhlak mulia!
Kini dibuka pengambilan pelajar lelaki bagi sesi 2026/2027.

📚 Syarat Kelayakan:
✅ Lelaki berumur 10 tahun ke atas
✅ Berdisiplin & berakhlak mulia
✅ Berminat mendalami ilmu agama
✅ Lulus temuduga & sanggup tinggal di asrama
✅ Sihat dari segi fizikal & mental

🎓 Subjek Ditawarkan:
📖 Hafazan Al-Quran
🕌 Fardhu Ain
🗣️ Bahasa Arab
📚 Akademik Asas
📜 Talaqi Musyafahah

⚽ Aktiviti luar kelas :
Maulid mingguan • Qasidah • Bola sepak • Badminton • Pingpong • Kelas khat

💬 “Betapa gembiranya melihat anak-anak menjadi Hafizul Quran di usia muda. Moga zuriat kita tergolong dalam golongan yang mengkhatamkan 30 juz Al-Quran.”

📞 Hubungi untuk pendaftaran & maklumat lanjut:
📱 Ust Ishak – 013-6201542
📱 Ust Hakim – 014-8107962

Daftar disini : https://forms.gle/JyCzibDxYvXqfE3b8

📍 Lot 3539, Jalan Keretapi Lama Batu 11 1/4, Kampung Batu 12, 42200 Kapar, Klang

🌙 JEMPUTAN MAULID NABI MINGGUAN 🌙Assalamualaikum semua sahabat yang dikasihi ❤️Kami dengan penuh hormat menjemput tuan/p...
20/11/2025

🌙 JEMPUTAN MAULID NABI MINGGUAN 🌙
Assalamualaikum semua sahabat yang dikasihi ❤️

Kami dengan penuh hormat menjemput tuan/puan, ibu ayah, serta para pencinta Rasulullah SAW untuk bersama-sama hadir ke Majlis Maulid Nabi Mingguan di Maahad Tahfiz Al Hidayah Wal Ehsan.

📅 22 November 2025 (Sabtu)
🗓️ 02 Jamadil Akhir 1447H
🕯️ Selepas Maghrib

✨ Penceramah Jemputan:
Al-Fadhil Ustaz Ahmad Ma’sum bin Mas’ud

✨ Mudir MTAHWE:
Al-Fadhil Murabbi Ustaz Ishak bin Abd Rahim

📍 Bertempat:
Maahad Tahfiz Al Hidayah Wal Ehsan

Marilah kita hidupkan malam dengan selawat, tausiyah dan cinta kepada Rasulullah SAW.
Moga setiap langkah menuju majlis ini menjadi asbab rahmat dan keberkatan dalam hidup kita. 🤲🌹

Semua dijemput hadir.
Jom ramai-ramai meriahkan majlis ilmu & cinta Rasul! 💚

🌙 MAULID MINGGUAN MAAHAD TAHFIZ AL HIDAYAH WAL EHSAN 🌙Alhamdulillah, dengan izin Allah, majlis Maulid mingguan akan diad...
08/11/2025

🌙 MAULID MINGGUAN MAAHAD TAHFIZ AL HIDAYAH WAL EHSAN 🌙

Alhamdulillah, dengan izin Allah, majlis Maulid mingguan akan diadakan seperti biasa bagi menyuburkan cinta dan rindu kepada junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ 💖

📅 Sabtu | 8 November 2025
🕋 Selepas solat Maghrib
📍 Maahad Tahfiz Al Hidayah Wal Ehsan, Kapar

🎤 Penceramah jemputan:
✨ Ustaz Faris bin Rosli Al Yamani

Ayuh bersama kami menghidupkan malam dengan selawat, zikir dan tausiyah penuh kasih terhadap Baginda Nabi ﷺ.
Semoga dengan hadirnya kita, Allah limpahkan rahmat dan keberkatan buat semua. 🌹

📢 “Hati yang mencintai Rasulullah tidak akan sunyi dari selawat.”

Address

Lot 3539 Jalan Keretapi Lama, Batu 11 3/4 Kampung Batu 12
Kapar
42200KLANG,SELANGORD.E.

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maahad Tahfiz Al Hidayah Wal Ehsan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Maahad Tahfiz Al Hidayah Wal Ehsan:

Shortcuts

Share

Category