21/08/2026
❤️ Sentuhan Baik & Sentuhan Buruk ❤️
Anak perlu tahu bahawa tubuh mereka adalah milik mereka dan mereka berhak untuk berasa selamat pada setiap masa. 🛡️✨
Jom ajar anak mengenali sentuhan yang membuat mereka rasa selesa dan sentuhan yang membuat mereka rasa takut, tidak selesa atau keliru.
👋 Berani berkata “TIDAK!”
🏃 Jauhkan diri daripada situasi yang tidak selamat
🗣️ Beritahu ibu, ayah, guru atau orang dewasa yang dipercayai
💛 Ingatkan anak — apa yang berlaku bukan salah mereka.
🌈 Didik anak tentang keselamatan diri sejak kecil supaya mereka lebih yakin menjaga diri dan tahu bila perlu meminta bantuan.