19/05/2026
Suasana kelas Bahasa Arab di ATIUW — tempat para pelajar mendalami bahasa al-Quran dan Hadith-hadith Rasulullah ﷺ. 📖✨
{ إِنَّا أَنزَلۡنَـٰهُ قُرۡءَٰنًا عَرَبِيࣰّا لَّعَلَّكُمۡ تَعۡقِلُونَ }
“Sesungguhnya Kami menurunkannya sebagai al-Quran berbahasa Arab agar kamu memahaminya.”
(Surah Yusuf: 2)
Bahasa Arab bukan sekadar bahasa komunikasi, tetapi kunci untuk memahami al-Quran, hadis dan ilmu para ulama. Semoga Allah memberkati usaha para pelajar dalam menuntut ilmu ini. 🤍
05/05/2026
Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada Iyadh Athiffillah Bin Kasmariadi, pelajar daripada Akademik Tahfiz Ihya Ulum Wahyu (ATIUW), atas kejayaan meraih Johan KAMIL Peringkat Negeri Selangor bagi bulan Mei 2026.
Kejayaan ini bukan sahaja hasil usaha dan kesungguhan beliau, malah turut didorong oleh sokongan padu daripada ibu bapa dan para guru.
Tahniah juga kepada kedua ibu bapa pelajar atas didikan dan pengorbanan yang tidak ternilai.
Sekalung penghargaan kepada Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Selangor (PITAS Selangor) yang sentiasa memberi sokongan dalam usaha-usaha memartabatkan Al-Quran.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi dan pembakar semangat untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan.
Tahniah untuk kita semua! 🌟
22/04/2026
✨ 𝗔𝗡𝗔𝗞 𝗦𝗢𝗟𝗘𝗛, 𝗦𝗔𝗛𝗔𝗠 𝗔𝗞𝗛𝗜𝗥𝗔𝗧 𝗜𝗕𝗨 𝗔𝗬𝗔𝗛 ✨
قال رسول الله ﷺ:
إِذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثٍ: صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
“Apabila anak Adam meninggal dunia, terputus amalannya kecuali tiga: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, dan anak soleh yang mendoakannya.”
— Hadis Riwayat Sahih Muslim
🤍 Di sinilah anak-anak diasuh dengan ilmu al-Quran agar menjadi ilmu yang bermanfaat, dan dibentuk menjadi anak soleh yang sentiasa mendoakan ibu ayahnya. Semoga setiap langkah mereka menjadi saham akhirat buat kedua orang tua.
10/04/2026
📖 KELAS MENGAJI DIBUKA
Kini di Akademi Tahfiz Ihya Ulum Wahyu
✨ Nak anak baca Al-Quran dengan lancar & bertajwid?
Jom bina asas bacaan yang betul sejak awal — bukan sekadar cepat khatam, tapi tepat & berkualiti.
✨ Maklumat Kelas:
📅 Rabu, Khamis & Jumaat
⏰ 8:00 malam – 9:00 malam
📍 Lot 2785, Jalan Limau, Bukit Kapar
📝 Terbuka untuk:
🎓 Hanya lelaki sahaja
Umur 5 – 12 tahun
💰 Yuran bulanan: RM50
📚 Keistimewaan:
✔ Menggunakan kaedah I-Iqra’ yang mudah & berkesan
✔ Kelas Iqra’ & kelas bacaan Al-Quran disediakan
✔ Sijil akan diberikan bagi kedua-dua peringkat
✔ Fokus kepada sebutan huruf & tajwid yang tepat
✔ Dibimbing oleh tenaga pengajar bersyahadah hafalan Al-Quran
✔ Suasana pembelajaran yang fokus & kondusif
🚀 Coming soon:
Program hafalan surah-surah lazim untuk dewasa
📍 Keutamaan:
Pelajar sekitar Meru & Bukit Kapar
⚠️ Tempat TERHAD (20 pelajar sahaja)
🌐 Ikuti kami di Facebook:
https://www.facebook.com/share/1AoCsVqA7N/
📞 Daftar segera / WhatsApp:
Ustaz Hares
https://wa.me/60182959112?text=KelasNgajiMalamAtiuw
Ustaz Azlan
https://wa.me/60176513585?text=KelasNgajiMalamATIUW
📌 Cepat daftar sebelum penuh!
08/04/2026
𝐓𝐚𝐫𝐭𝐢𝐥 𝐈𝐭𝐮 𝐊𝐮𝐧𝐜𝐢 𝐁𝐚𝐜𝐚𝐚𝐧
Suasana kelas di ATIUW mempelajari Matan Tuhfatul Atfal — asas penting dalam ilmu tajwid, agar bacaan Al-Quran tepat dan terpelihara.
Allah berfirman:
وَرَتِّلِ الْقُرْآنَ تَرْتِيلًا
“Dan bacalah Al-Quran itu dengan tartil (betul dan teratur).”
(Surah Al-Muzzammil: 4)
05/04/2026
Diberikan kefahaman agama tanda Allah mahukan kebaikan pada seseorang.
Rasulullah ﷺ bersabda:
مَنْ يُرِدِ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ
“Barangsiapa yang Allah kehendaki kebaikan padanya, Allah akan fahamkan dia dalam agama.”
— (HR. Sahih al-Bukhari & Sahih Muslim)
Suasana daurah makna Al-quran di ATIUW.
01/04/2026
Membaca Al-Quran adalah satu perniagaan yang tidak pernah rugi.
{ إِنَّ ٱلَّذِینَ یَتۡلُونَ كِتَـٰبَ ٱللَّهِ وَأَقَامُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَأَنفَقُوا۟ مِمَّا رَزَقۡنَـٰهُمۡ سِرࣰّا وَعَلَانِیَةࣰ یَرۡجُونَ تِجَـٰرَةࣰ لَّن تَبُورَ (29) لِيُوَفِّيَهُمْ أُجُورَهُمْ وَيَزِيدَهُمْ مِنْ فَضْلِهِ إِنَّهُ غَفُورٌ شَكُورٌ (30)}
“Sesungguhnya orang-orang yang sentiasa membaca Kitab Allah, mendirikan solat, dan membelanjakan sebahagian daripada rezeki yang Kami kurniakan kepada mereka secara sembunyi dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan satu perniagaan yang tidak akan rugi.
Agar Allah menyempurnakan ganjaran mereka dan menambah kepada mereka daripada kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri.”
(Surah Fathir: 29–30)
18/03/2026
🌙 Renungan Akhir Ramadan
Sabda Nabi ﷺ:
«رَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ أَدْرَكَ رَمَضَانَ ثُمَّ انْسَلَخَ قَبْلَ أَنْ يُغْفَرَ لَهُ»
Maksudnya: Celakalah seseorang yang mendapati Ramadan, kemudian Ramadan berlalu sebelum dia diampunkan.
(HR Tirmizi – hasan)
Ramadan hampir pergi meninggalkan kita…
Adakah kita termasuk dalam golongan yang diampunkan?
Jangan biarkan Ramadan berlalu tanpa perubahan.
Perbanyakkan istighfar, doa, dan amal di saat-saat akhir ini.
✨ Moga kita semua keluar dari Ramadan dalam keadaan dosa diampunkan dan hati yang lebih dekat kepada Allah.
10/03/2026
Di keheningan malam yang diberkati, ketika kebanyakan manusia masih lena dibuai tidur, anak-anak tahfiz ini bangun menghadap Allah dalam solat tahajjud. Dengan hati yang tunduk dan penuh harap, mereka menadah tangan memohon rahmat, keampunan dan keberkatan daripada-Nya.
Inilah detik-detik yang indah dan mengharukan — anak-anak yang masih muda, tetapi sudah dilatih untuk mengenal jalan para salihin; bangun di waktu malam, bermunajat kepada Tuhan yang Maha Pengasih.
Semoga Allah menjadikan mereka generasi yang kuat iman dan jiwanya, teguh menghadapi ujian kehidupan, serta dihiasi dengan akhlak yang mulia. Mudah-mudahan mereka membesar sebagai generasi Al-Quran yang bertaqwa, yang kelak menjadi harapan agama, bangsa dan umat.
Ya Allah, peliharalah anak-anak ini, terangilah hati mereka dengan cahaya Al-Quran, kuatkan langkah mereka di jalan kebaikan, dan jadikan mereka insan yang memberi manfaat besar kepada agama, masyarakat dan negara pada masa hadapan.
Terima kasih kepada para ibu bapa yang sentiasa mendoakan dan mempercayakan pendidikan anak-anak mereka kepada jalan Al-Quran. Semoga Allah memberkati usaha ini dan mengurniakan ganjaran yang besar di dunia dan akhirat.
06/03/2026
Kelebihan menghidupkan malam Ramadan dengan beribadah.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ﷺ قَالَ:
«مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ»
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:
“Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadan dengan penuh iman dan mengharapkan pahala (daripada Allah), diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu.”
Status hadis:
Hadis ini Muttafaq ‘Alaih.