03/07/2026
ποΈ 02 Julai 2026 | Khamis
π Karnival Kecemerlangan Pendidikan, Sukan & Permainan Murid Prasekolah (Edufest) Peringkat Daerah Kanowit Tahun 2026
Tahniah dan syabas kepada murid-murid prasekolah SK Nanga Menalun atas penyertaan dalam Edufest 2026. Penyertaan ini memberi peluang kepada murid mengembangkan bakat, memupuk semangat kesukanan, kerjasama dan keyakinan diri.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada guru-guru pengiring atas komitmen dan bimbingan yang diberikan. Semoga pengalaman ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan murid pada masa hadapan.
26/06/2026
ποΈ 22 - 26 Jun 2026 | Isnin - Jumaat
βοΈ Karnival STEM Peringkat SK Nanga Menalun 2026
Penganjuran karnival ini bertujuan untuk memupuk minat, kreativiti serta kemahiran murid dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan, murid berpeluang mengaplikasikan pengetahuan secara hands-on, mengembangkan kemahiran berfikir aras tinggi serta meningkatkan daya inovasi dan penyelesaian masalah.
Sepanjang karnival berlangsung, pelbagai aktiviti menarik telah dilaksanakan yang merangkumi bidang Reka Bentuk dan Teknologi, Matematik, Sains serta Kejuruteraan. Penglibatan aktif murid dalam setiap aktiviti telah menyerlahkan potensi, bakat dan semangat kerjasama yang tinggi.
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua guru penyelaras yang telah bertungkus-lumus merancang, mengurus dan menjayakan Karnival STEM ini.
Ucapan terima kasih yang istimewa turut ditujukan kepada Cikgu Irwan Affendy atas perkongsian ilmu melalui Bengkel Coding Scratch, serta Cikgu Lim Soon Kiong dari Unit Sumber Teknologi dan Pendidikan, PPD Kanowit atas taklimat dan perkongsian berkaitan pengisian program STEM yang amat bermanfaat.
Penghargaan juga diberikan kepada semua ibu bapa dan penjaga yang hadir serta turut sama memeriahkan majlis penutupan karnival. Kehadiran dan sokongan anda amat bermakna dalam usaha melahirkan generasi yang berdaya saing, kreatif dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.
18/06/2026
ποΈ 16 Jun 2026 | Selasa
π¬ Program Jelajah STEAM dan Dunia Ilmu
π SK Rantau Dilang, Kanowit
Program ini dianjurkan bagi memperkenalkan konsep asas STEAM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematik) kepada murid melalui pendekatan pembelajaran yang menyeronokkan dan interaktif.
Melalui aktiviti berasaskan pengalaman, program ini membantu murid membina kemahiran motor halus, merangsang pemikiran kritis serta menggalakkan pembelajaran secara learn through playing yang lebih bermakna dan berkesan.
Antara manfaat yang diperoleh murid melalui program ini ialah:
β
Pendedahan awal kepada konsep STEAM
β
Pengukuhan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT)
β
Galakan terhadap kreativiti dan inovasi
β
Peningkatan kemahiran menyelesaikan masalah
β
Pembelajaran berasaskan pengalaman yang menyeronokkan
Program sebegini memainkan peranan penting dalam memupuk minat terhadap sains, teknologi dan inovasi dalam kalangan generasi muda, selaras dengan keperluan pendidikan abad ke-21.
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua murid yang terlibat, guru pembimbing serta pihak penganjur atas komitmen dan kerjasama dalam menjayakan program ini.
21/05/2026
ποΈ 20 Mei 2026 | Rabu
π§βπ« Sambutan Hari Guru & Hari Pekerja Peringkat SK Nanga Menalun
Warga SK Nanga Menalun merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh guru serta warga pekerja atas segala jasa, pengorbanan dan komitmen yang dicurahkan dalam memastikan kecemerlangan sekolah serta pembangunan anak-anak didik terus diperkasa.
Bersempena sambutan Hari Guru dengan tema βGuru Bitara, Nadi Negaraβ, semoga seluruh warga pendidik SK Nanga Menalun terus menjadi insan yang berdedikasi, pencetus inspirasi dan tonggak utama dalam melahirkan generasi berilmu, berakhlak mulia serta berdaya saing.
Dan, selaras dengan tema Hari Pekerja βPekerja MADANI, Kesuma Bangsaβ, diharapkan seluruh warga kerja terus memperkukuhkan semangat kerjasama, budaya kerja cemerlang dan nilai kebersamaan demi mewujudkan persekitaran sekolah yang harmoni, kondusif dan gemilang.
Semoga sambutan ini menjadi wadah untuk mengeratkan ukhuwah, memupuk semangat kekeluargaan serta menyuntik inspirasi kepada seluruh warga sekolah agar terus melangkah sederap demi kecemerlangan SK Nanga Menalun.
16/05/2026
Dengan penuh rasa hormat dan penghargaan, seluruh warga SK Nanga Menalun merakamkan setinggi-tinggi ucapan Selamat Hari Guru kepada semua insan bergelar pendidik yang sentiasa komited menabur bakti demi masa depan anak bangsa.
Guru merupakan insan istimewa yang bukan sahaja menyampaikan ilmu pengetahuan, malah menjadi pembimbing, pembina sahsiah, pencetus inspirasi serta penggerak kejayaan generasi pewaris negara. Segala pengorbanan, kesabaran dan keikhlasan para guru dalam mendidik tidak mampu dinilai dengan kata-kata.
Sesungguhnya, kejayaan seorang murid bermula daripada doa, usaha dan didikan seorang guru yang tidak pernah mengenal erti penat dan lelah. Dalam setiap langkah kejayaan, di situlah hadirnya sentuhan seorang guru yang mendidik dengan penuh kasih sayang dan dedikasi.
Sempena sambutan Hari Guru 2026, semoga seluruh warga pendidik terus dikurniakan kesihatan yang baik, kekuatan jiwa, ketabahan hati serta semangat yang tinggi untuk terus mendidik dan membentuk generasi yang cemerlang, berakhlak mulia serta berdaya saing demi agama, bangsa dan negara.
15/05/2026
ποΈ 14 Mei 2026 | Khamis
π₯ Latihan Kebakaran Sekolah dan Asrama SK Nanga Menalun
Latihan Kebakaran telah dilaksanakan melibatkan kawasan sekolah dan asrama bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan murid, guru serta warga asrama dalam menghadapi situasi kecemasan kebakaran. Program ini turut bertujuan memastikan semua warga sekolah dan asrama mengetahui laluan kecemasan serta tempat berkumpul yang telah ditetapkan. Sepanjang latihan dijalankan, semua murid bergerak ke padang sekolah dengan teratur mengikut laluan kecemasan yang ditetapkan.
Antara objektif utama latihan ini ialah:
β
Meningkatkan kesiapsiagaan murid, guru dan warga asrama semasa kecemasan
β
Memastikan warga sekolah dan asrama mengetahui laluan kecemasan serta tempat berkumpul
β
Melatih murid bergerak dengan cepat, teratur dan selamat
Melalui latihan ini, murid dapat memahami prosedur keselamatan dengan lebih baik serta meningkatkan disiplin dan kerjasama semasa menghadapi situasi kecemasan. Selain itu, kesedaran tentang kepentingan aspek keselamatan dalam kalangan warga sekolah dan asrama juga dapat dipertingkatkan.
Tahniah dan syabas kepada semua guru, warden, warga sekolah serta murid yang terlibat dalam menjayakan Latihan Kebakaran ini.
11/05/2026
ποΈ 30 Mac 2026 β 11 Mei 2026
π Bulan Hal Ehwal Murid (HEM) SK Nanga Menalun Tahun 2026
Bulan Hal Ehwal Murid (HEM) merupakan program tahunan yang dirancang bagi mempromosikan pelbagai aktiviti berkaitan disiplin, kebersihan, keceriaan dan sahsiah warga sekolah. Program ini diadakan sebagai usaha melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Sepanjang program berlangsung, murid didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang dapat membentuk keperibadian unggul serta mengeratkan hubungan antara murid dan guru dalam suasana sekolah yang positif dan harmoni.
Antara objektif utama Bulan HEM ini ialah:
β
Membantu murid memperkembangkan potensi diri secara menyeluruh
β
Memupuk semangat kerjasama dan setiakawan dalam kalangan murid
β
Menyuburkan nilai kepimpinan dan kemahiran interpersonal
β
Membentuk disiplin serta sahsiah diri yang cemerlang
β
Mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih, ceria dan kondusif
Diharapkan melalui pelaksanaan Bulan HEM ini, semua murid dapat mengamalkan nilai murni dalam kehidupan seharian serta menjadi insan yang berdisiplin, bertanggungjawab dan berakhlak mulia.
Tahniah dan syabas kepada semua guru, warga sekolah serta murid yang terlibat dalam menjayakan Bulan HEM Tahun 2026!
09/05/2026
ποΈ 7 Mei 2026 | Khamis
ποΈ Pertandingan Bridge Building Competition
π SK Ulu Ranan, Kanowit
Pertandingan ini diadakan bagi menggalakkan murid mengaplikasikan kemahiran berfikir aras tinggi, menyelesaikan masalah serta bekerjasama dalam kumpulan melalui pengalaman pembelajaran secara hands-on dan menyeronokkan. Pertandingan ini juga menjadi medium untuk meningkatkan minat murid terhadap bidang STEM dalam suasana yang lebih interaktif dan mencabar.
Objektif pertandingan ini adalah untuk:
β
Meningkatkan kemahiran murid dalam menyelesaikan masalah secara kreatif dan kritis.
β
Memberi peluang kepada murid menghasilkan reka bentuk jambatan yang kreatif, stabil dan berfungsi.
β
Menggalakkan murid mengaplikasikan konsep STEM dalam aktiviti pembelajaran harian.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid yang telah menunjukkan komitmen, kreativiti dan semangat kerjasama yang cemerlang sepanjang pertandingan berlangsung. Penyertaan aktif dan usaha yang ditunjukkan membuktikan bahawa murid mampu menyerlahkan potensi diri dalam bidang inovasi dan STEM.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada guru pengiring dan pihak yang terlibat atas bimbingan, sokongan serta kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini. Semoga usaha murni ini dapat diteruskan demi melahirkan generasi murid yang kreatif, inovatif dan berdaya saing pada masa hadapan.
05/05/2026
ποΈ 05 Mei 2026 | Selasa
π§Ή Gotong-royong Mendirikan Papan Tanda Sekolah dan Papan Tanda Keselamatan
Program Gotong-Royong Pemasangan Papan Tanda telah berjaya dilaksanakan dengan penuh semangat kerjasama serta komitmen tinggi daripada semua staf sekolah.
Program ini diadakan bagi menambah baik imej, memperkukuh aspek keselamatan serta memperjelas identiti sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan yang kondusif dan berdaya saing.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua staf yang telah terlibat dalam menjayakan program ini.
30/04/2026
ποΈ 29 April 2026 | Rabu
π» PLC Ilmu Pendidikan Digital Bilangan 3 Tahun 2026
π Bilik Latihan, Pusat Kegiatan Guru Kanowit
PLC Ilmu Pendidikan Digital telah dilaksanakan dengan jayanya sebagai inisiatif untuk memperkasa kemahiran guru dalam mengintegrasikan teknologi digital dalam PdP selaras dengan Dasar Pendidikan Digital.
Sesi ini memberi fokus kepada hebahan dasar pendidikan digital, di samping memperkukuh penggunaan pelantar DELIMa sebagai medium utama pembelajaran digital. Selain itu, guru turut didedahkan dengan penggunaan AI tools dalam PdP bagi meningkatkan keberkesanan penyampaian serta penglibatan murid secara lebih interaktif dan bermakna.
Turut dikongsikan ialah kepentingan Pensijilan Digital Guru sebagai pengiktirafan profesional dalam memperkasakan kompetensi digital warga pendidik. Demonstrasi penggunaan VR Glasses juga telah diadakan bagi memberi gambaran pembelajaran imersif yang mampu menarik minat serta meningkatkan kefahaman murid.
Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Cikgu Lim Soon Kiong, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kanowit atas perkongsian ilmu, bimbingan serta sokongan yang amat bermakna dalam menjayakan program ini.
Semoga SKNMLN terus maju ke hadapan dalam pendigitalan pendidikan, melahirkan guru yang kompeten serta murid yang celik teknologi, kreatif dan berdaya saing selaras dengan keperluan masa depan.