13/06/2026
Warga SK Nanga Tada mengucapkan SELAMAT DATANG kepada guru baharu iaitu Cikgu Ferdinand Owen Anak Christopher dan Cikgu Camelia Anak Martin.
π€ Warga sekolah sangat teruja untuk bekerjasama dengan anda.
π Semoga dengan kehadiran cikgu dapat meneruskan lagi kecemerlangan SK Nanga Tada.
Selamat Datang dan Selamat Bertugas
11/06/2026
Pertandingan STEM Talent Show, Karnival STEM Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2026
8-11.6.2026 l Politeknik Kuching
Pencapaian Pasukan STEM Talent Show
ππ₯ Tempat Ketiga
π TAHNIAH diucapkan kepada pasukan STEM Talent Show SENADA yang diwakili oleh;
1. Joanna Bella Anak Terrence Juan
2. Freyleonard Marrquez Anak Fabian
π€ TERIMA KASIH kepada guru pembimbing, Cikgu Beatrice Anak Sibuar, Cikgu Mohd. Azizi dan PKKK, Cikgu Willie Anak Thomas Mundam atas bimbingan dan komitmen sepanjang sesi latihan dan pertandingan dari peringkat daerah lagi.
11/06/2026
Kejohanan Bola Baling (Perempuan) MSSB Sibu Tahun 2026 π€ΎββοΈπ€ΎββοΈ
10-11.6.2026 l SK St' Francis Xavier dan Kompleks Sukan Kanowit
π Pencapaian
Pasukan Perempuan - 16 Terbaik
π TAHNIAH diucapkan kepada Pasukan Bola Baling (Perempuan) SENADA!
π€ TERIMA KASIH kepada jurulatih Bola Baling, Cikgu Anisah, Cikgu Haidayu dan Ustaz Zaki atas bimbingan dan komitmen sepanjang sesi latihan dan pertandingan.
10/06/2026
Warga SK Nanga Tada mengucapkan TAHNIAH kepada dua orang guru yang berpindah iaitu Cikgu Muhamad Hisham Bin Husin dan Cikgu Nur Ella Husna Binti Lebak
π€ Jutaan TERIMA KASIH atas segala kerjasama, sumbangan dan bakti yang telah dicurahkan selama berkhidmat di SK Nanga Tada.
π Semoga dipermudahkan segala urusan dan selamat maju jaya serta teruskan kecemerlangan di sekolah baharu.
Selamat Tinggal dan Selamat Bertugas
22/05/2026
Jaga kesihatan serta keselamatan diri dan luangkan masa cuti dengan aktiviti berfaedah.
SELAMAT BERCUTI dan SELAMAT HARI GAWAI DAYAK bagi warga SENADA yang menyambutnya
22/05/2026
Sambutan Hari Guru SK Nanga Tada 2026
Tarikh : 22.5.2026 (Jumaat)
Pelibatan : Semua murid, guru dan staf SK Nanga Tada serta exco PIBG
π― Program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang peranan guru sekaligus mengiktiraf peranan guru dalam pembangunan negara.
π€ TERIMA KASIH kepada YDP PIBG, Puan Monica Anak Mansor dan NYDP PIBG, Puan Helena Anak Sauh atas kesudian menyempurnakan Majlis Sambutan Hari Guru SK Nanga Tada 2026
Tidak lupa juga, TERIMA KASIH kepada penyumbang-penyumbang terutama BSN Sibu. Sumbangan anda amat kami hargai.
Akhir sekali, TERIMA KASIH dan SYABAS kepada jawatankuasa kerja, exco PIBG dan ibubapa khasnya yang telah berusaha sebelum, semasa dan selepas majlis. Khidmat bakti anda semua amat kami hargai. Semoga kerjasama ini dapat diteruskan lagi dalam program-program akan datang.
21/05/2026
Kejohanan Hoki MSSB Sibu Tahun 2026 π
19.5-21.5.2026 l Stadium Tertutup Bukit Lima
π Pencapaian
Pasukan Lelaki - Ketiga dalam kumpulan
Pasukan Perempuan - Kedudukan ke-8 dari 19 pasukan bertanding
π TAHNIAH diucapkan kepada Pasukan Hoki (Lelaki dan Perempuan) SENADA!
π€ TERIMA KASIH kepada jurulatih Hoki, Cikgu Janet, Cikgu Lawrence, Cikgu Beatrice Michael, Cikgu Farhana dan PKKK Cikgu Willie atas bimbingan dan komitmen sepanjang sesi latihan dan pertandingan.
20/05/2026
Program Gotong-royong Prasekolah
Tarikh : 20.5.2026 (Rabu)
Pelibatan : Ibu bapa dan penjaga murid Prasekolah Anggerik dan Prasekolah Bunga Matahari
π― Program ini adalah untuk meningkatkan tahap kebersihan, keceriaan dan keselamatan prasekolah. Selain itu, ia dapat memupuk perpaduan dalam kalangan warga pendidikan dan masyarakat setempat dalam usaha membangunkan kemenjadian murid.
π€ TERIMA KASIH kepada semua ibu bapa dan penjaga yang telah bekerjasama menjayakan program ini. Semoga program ini dapat memberikan impak positif kepada keselesaan dan keselamatan murid-murid, khususnya di prasekolah.
15/05/2026
βGuru Bitara, Nadi Negaraβ melambangkan peranan besar para pendidik dalam menyemai ilmu, membentuk sahsiah dan mencorakkan masa depan generasi pewaris negara.
Setiap hari di bilik darjah menjadi medan pengorbanan dan dedikasi tanpa jemu. Di situlah terpancarnya kesabaran, keikhlasan dan komitmen guru dalam mendidik serta membimbing anak-anak bangsa agar menjadi insan yang berilmu, berakhlak dan berwibawa.
Sesungguhnya, jasa seorang guru bukan sekadar menyampaikan ilmu, malah mendidik dengan penuh kasih dan ketulusan demi melahirkan generasi yang mampu meneruskan kecemerlangan negara - Kementerian Pendidikan Malaysia, 2026
π€ Buat guru-guru SENADA,
SELAMAT HARI GURU 2026
π€ Buat staf-staf SENADA,
belum terlambat untuk mengucapkan ,
SELAMAT HARI PEKERJA 2026