02/04/2026
PENGUMUMAN CUTI GOOD FRIDAY & EASTER MONDAY
Dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti sempena sambutan Good Friday dan Easter Monday seperti ketetapan berikut:
๐
Good Friday : 3 April 2026
๐
Easter Monday : 6 April 2026
Sehubungan itu, sesi persekolahan akan ditangguhkan pada tarikh tersebut dan akan disambung semula seperti biasa pada
๐
7 April 2026 (Selasa).
Diharapkan semua murid dan warga sekolah mengambil maklum perkara ini.
Sekian, terima kasih.
17/03/2026
Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua murid, guru dan warga sekolah yang menyambut perayaan ini. Semoga sambutan yang penuh keberkatan ini disambut dengan penuh kegembiraan bersama keluarga tersayang.โค๏ธ
๐Kepada murid, guru dan warga Sengayan yang non-muslim, selamat bercuti sempena cuti penggal persekolahan (18 -29 Mac 2026). Gunakan masa cuti dengan sebaiknya, jaga keselamatan diri dan semoga kita semua kembali ke sekolah dengan semangat yang baharu.
๐Kepada murid asrama, sila kembali ke asrama pada๐๏ธ 29 Mac 2026 (Ahad) pada pukul โฐ 5 petang.
02/03/2026
๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐บ๐ผ๐ต๐ผ๐ป๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐บ๐ฎ๐๐๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐ฒ ๐ฃ๐ฟ๐ฎ๐๐ฒ๐ธ๐ผ๐น๐ฎ๐ต ๐๐ฒ๐บ๐ฒ๐ป๐๐ฒ๐ฟ๐ถ๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ฒ๐ป๐ฑ๐ถ๐ฑ๐ถ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ ๐ฎ๐น๐ฎ๐๐๐ถ๐ฎ (๐๐ฃ๐ ) ๐ฆ๐ฒ๐๐ถ ๐๐ธ๐ฎ๐ฑ๐ฒ๐บ๐ถ๐ธ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ณ
๐
TARIKH PERMOHONAN
Secara Dalam Talian : 2 Mac - 31 Mei 2026
๐ป https://eprasekolah.moe.gov.my
โ
SYARAT PERMOHONAN KEMASUKAN
a. Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja
b. Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2021 hingga 31 Disember 2023 sahaja yang layak untuk memohon.
๐ Tindakan Penting Ibu Bapa:
๐ Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke sekolah ( Kelas Prasekolah ) bersama dokumen sokongan seperti:
โ๏ธ Salinan sijil lahir
โ๏ธ Dokumen berkaitan (jika ada)
โณ Dalam tempoh 2 minggu selepas permohonan online dibuat.
โ ๏ธ Pastikan permohonan dibuat dalam tempoh yang ditetapkan bagi mengelakkan permohonan ditolak atau tidak diproses.
๐ Ayuh berikan anak anda permulaan pendidikan yang terbaik di Prasekolah!
Sebarkan maklumat ini kepada ibu bapa lain agar tiada yang terlepas peluang ๐ข๐
13/02/2026
๐Untuk perhatian ibu bapa dan murid-murid SK Sengayan!๐
๐ธSekolah akan bercuti sempena Tahun Baru Cina mulai
๐๏ธ14 Februari - 22 Februari 2026.
๐ธHari persekolahan akan bermula semula pada
๐๏ธ23 Februari 2026 (Isnin).
๐ธMurid asrama akan balik ke asrama pada tarikh
๐๏ธ22 Februari 2026 (Ahad)
โฐpukul 5 petang.
Diharap para murid dapat memanfaatkan masa cuti dengan sebaiknya dan kembali ke sekolah dengan semangat yang baru!๐
Tidak lupa juga kepada yang menyambut Tahun Baru Cina๏ผ๐งง๐ชญ
Kami ucapkan ๆฐๅนดๅฟซไน๏ผ ้ฉฌๅนดๅคงๅ!๐ฎ๐
Semoga tahun ini membawa kebahagiaan, kesihatan dan rezeki yang melimpah serta segala impian dan harapan menjadi kenyataan!๐ด๐งง
๐ฎGong Xi Fa Cai ! Heng! Ong! Huat! ๐๏ธ
28/01/2026
SK SENGAYAN satu pasukan, satu matlamat.
Bersama mendidik, membimbing dan membentuk masa depan anak-anak didik kita ๐
Warga sekolah SK SENGAYAN 2026๐
26/01/2026
๐ช Kejohanan Merentas Desa 1M1S peringkat sekolah๐ช
๐SK Sengayan, Kanowit
๐ 15 Januari 2026
Sukan bukan sekadar pertandingan, tetapi medan membina disiplin, ketahanan fizikal dan mental murid.
Tahniah kepada semua yang menyertai dan menjayakan program ini!
25/01/2026
PELANCARAN PROGRAM SISKA peringkat sekolah
๐19/01/2026 (Isnin)
๐Kelas Tahun 6
Program SISKA telah dilancarkan dengan jayanya di peringkat sekolah.
Diharapkan program ini dapat memberi pendedahan, kesedaran serta membentuk sahsiah murid ke arah yang lebih positif dan seimbang.
09/01/2026
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Selamat kembali ke sekolah! Semoga tahun persekolahan ini menjadi medan untuk kita menimba ilmu, membina sahsiah dan mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.Mari kita mulakan hari ini dengan semangat baru, disiplin yang tinggi dan azam untuk belajar bersungguh-sungguh!
20/12/2025
๐๐ Majlis Apresiasi SK Sengayan 2025 ๐๐
Part 2
๐
17 Disember 2025
๐ Dewan Makan SK Sengayan
Majlis penuh bermakna ini diadakan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada semua warga SK Sengayan atas komitmen, dedikasi dan sumbangan sepanjang tahun 2025. ๐
Tahniah dan syabas diucapkan kepada murid Tahun 6 yang telah menamatkan alam persekolahan rendah dan bergraduasi pada tahun ini. ๐๐
Semoga kejayaan ini menjadi langkah awal menuju masa depan yang lebih gemilang. โจ
Semoga majlis ini menjadi kenangan manis serta pembakar semangat untuk terus melakar kecemerlangan pada masa akan datang. ๐