02/04/2026
📌MAKLUMAN KHAS
Salam sejahtera.
Dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti sempena perayaan berikut:
✝️ Good Friday
🗓 3 April 2026 (Jumaat)
🐣 Easter Monday
🗓 6 April 2026 (Isnin)
Sehubungan itu, murid akan kembali ke sekolah semula pada:
🗓 7 April 2026 (Selasa)
Diharapkan semua murid dapat kembali ke sekolah seperti biasa pada tarikh yang ditetapkan.
Sekian, terima kasih.
08/02/2026
Langkah Pertama, Memori Selamanya! 🎒✨ Selamat Datang Ke Sekolah Buat Murid-Murid Tahun 1."
Program Transisi Tahun 1 (PTTS 2.0): Persediaan Awal Demi Kecemerlangan Masa Depan."
Dirasmikan
Tuan Guru Besar : En. Jackson Anak Anthony
Pengerusi : Puan Laslie Eunice Anak Peter Rugin
Penyelaras & Guru Kelas Tahun 1: Cik Eklisia Eslyne Anak Jesus Eklisia Eslyne Jesus
Program Transisi Tahun 1
12 Januari - 23 Januari 2026
08/02/2026
🌟🌟🌟🌟☘️Jubilant January ☘️ 🌟🌟🌟🌟
🌟🌟New year new hope🌟🌟
✨✨fresh start for SEMAJU✨✨
First week of School Programme 🏫
Officiated by & Opening remarks by
Headmaster : Mr. Jackson Anak Anthony
Senior Asst. Curriculum: Mdm. Laslie Eunice
Senior Asst. Students affairs: Mr. Brian Adams
Senior Ass. Co-curriculum: Mr. Mohd Hafiz Syahmi
New year, new beginnings, and a fantastic first week!"
19/12/2025
🏵️Dazzling December 🌟🌟🌟🌟🌟🌟
🏵️What a great news to end this year 2025! 😍
🏵️Sekalung Penghargaan Dan Tahniah! Diucapkan kepada Cikgu Willma Anak William Chendang diatas kejayaan mendapat Anugerah Pingat Emas 🥇🏆 di dalam Mini Kolokium Kajian Tindakan Peringkat Daerah Kanowit Anjuran PPD Kanowit 🎊🎊🎊
🏵️Tuan Guru Besar, Encik Jackson Anak Anthony mewakili seluruh warga Semaju sekali lagi mengucapkan Tahniah dan Syabas! kepada Cikgu Willma Anak William Chendang diatas pencapaian yang amat membanggakan.
19/12/2025
🌺December story☘️☘️☘️
🌺Majlis Perpisahan Tahun 6 2025 | 18 & 19 Disember 2025 | Dewan Sri Majau
🌺Selamat maju jaya kepada semua anak didik Tahun 6 SEMAJU 2026🌟🌟🌟🌟🌟
🌺Jadikan pahit manis, gurau senda, dan senyum tawa di di sekolah ini sebagai kenangan di kemudian hari.
🌺Semoga segala didikan, bimbingan, ajaran yang cikgu berikan di sekolah ini sebagai amalan dalam menempuhi alam persekolahan yang lebih mencabar kelak.
🌺Ingatlah, kejayaan tidak akan datang dalam sekelip mata.
🌺Tetapi, semua kejayaan bermula dengan satu usaha.
🌺Berusahalah untuk berjaya, di dunia dan akhirat.
🌺Jaga diri dan jaga peribadi.
🌺Salam sayang dan salam perpisahan dari seluruh warga sekolah.. 🫶🏻✨☘️☘️
18/12/2025
Dazzling December!!🌟🌟🌟🌟
Its a wrap!
MAJLIS APRESIASI & KONVOKESYEN PRASEKOLAH 2025,
SK ULU MAJAU
| 17 Disember 2025 | Rabu I DEWAN SRI MAJAU
🎊Majlis Apresiasi & Konvokesyen Prasekolah 2025 telah melabuhkan tirai dengan jayanya.🎊
🎖️Tahniah sekali lagi kepada penerima APC. Teruskan kecemerlangan!
Tahniah juga kepada semua Guru & Staff Pelaksana diatas menjayakan majlis pada tahun ini.
🙏Terima kasih juga kepada semua Ibubapa diatas kehadiran sepanjang majlis berlangsung. 🎊🎊🎊
Jumpa lagi pada MAJLIS APRESIASI & KONVO PRA 2026!
17/12/2025
17.12.25 APC & KONVO PRA
TEAM SEMAJU #2025
14/12/2025
December News!🌟⭐⭐
HARI PERMUAFAKATAN + CERAMAH MPBK
SK ULU MAJAU
🗓️ 12 Disember 2025 | Jumaat
⏰ 0800 Pagi- 12 Tengahari
📍 Dewan Sri Majau + Kelas Masing²
Sesi Permuafakatan SEMAJU Tahun 2025 telah selesai dilaksanakan pada pagi Jumaat. Program tersebut berperanan sebagai wadah perjumpaan rasmi yang membolehkan dialog dan perbincangan dua hala diadakan antara pihak guru kelas dan ibubapa murid.
Sebelum bermulanya sesi muafakat, Satu Ceramah mengenai Murid Berkeperluan Khas telah diadakan bersama ibubapa. Pihak sekolah telah menjemput Pegawai Khas Dari PPD Kanowit iaitu En. Morris Anak Jitai sebagai Penceramah bersama Encik Marcellus Sevilla Cotter Pegawai yang bertanggungjawab di PPD. Tuan Guru Besar, En.Jackson Anak Anthony turut bersama mendengar ceramah yang disampaikan bersama-sama dengan barisan pentadbir dan staff SEMAJU.
Selesai sesi ceramah, pihak sekolah bersama PIBG ada memberikan insentif Khas kepada Pelajar Tahun 6 2025 yang mendapat keputusan Cemerlang sempena Ujian UPDLPS6 tempoh hari.Hadiah insentif telah disampaikan oleh Tuan YDP, En. Ajut Jimmy. Syabas dan Tahniah diucapkan kepada semua murid SEMAJU atas pencapaian masing-masing! Semoga kejayaan ini menjadi suntikan semangat untuk terus berusaha dan mencapai lebih banyak kecemerlangan pada masa hadapan.
Setinggi penghargaan juga buat ibu bapa yang hadir dan sentiasa memberikan sokongan padu kepada program PermuafakatanKali ini. 👏🌟