21/05/2026
🎉🎂 Program Sambutan Hari Jadi Murid & Mantar Gawai berlangsung dengan meriah dan penuh keceriaan pada 20 Mei 2026.
Terima kasih kepada semua guru, murid dan warga sekolah yang terlibat dalam menjayakan program ini 😊
Semoga aktiviti seperti ini dapat mengeratkan hubungan dan mencipta kenangan manis buat semua. ✨
16/05/2026
🌹 SELAMAT HARI GURU 2026 🌹
Ikhlas daripada seluruh warga sekolah buat para pendidik yang dikasihi di SK Nanga Nirok.
Terima kasih atas segala pengorbanan, kesabaran dan keikhlasan dalam mendidik anak-anak bangsa tanpa mengenal erti penat lelah. Setiap ilmu yang dicurahkan, setiap nasihat yang diberikan dan setiap kasih sayang yang ditaburkan menjadi cahaya yang menerangi masa depan generasi hari ini.
Guru bukan sekadar pendidik di bilik darjah, tetapi insan mulia yang membentuk akhlak, menyemai impian dan mencipta harapan untuk anak-anak menjadi insan yang berjaya.
Semoga segala jasa dan pengorbanan para guru sentiasa diberkati dan dihargai. Terima kasih kerana terus menjadi inspirasi buat semua anak didik.
“Guru Bitara, Nadi Negara"
Selamat Hari Guru buat semua guru yang kami hormati dan sanjungi. 🌷✨
12/05/2026
Sekalung tahniah juga diucapkan kepada pihak sekolah dan para peserta atas pencapaian cemerlang berjaya meraih gelaran Naib Johan bagi pertandingan Drone Challenge peringkat Daerah Kanowit!
08/05/2026
Program AADK Sibu bersama dengan SK Nanga Nirok, Ngemah pada 5 Mei 2026😬
07/05/2026
Pada 7 Mei 2026,SK Nanga Nirok telah menyertai Pertandingan Bridge Building Challenge dan telah mendapat tempat ke-17 daripada 30 buah sekolah yang bertanding.. Tahniah atas peningkatan pencapaian pada tahun ini berbandingan tahun lepas dan semoga tahun depan come back stronger!
07/05/2026
Pada 5 Mei 2026, SK Nanga Nirok telah menyertai Pertandingan Water Rocket Challenge Peringkat Daerah Kanowit dan telah mendapat Naib Johan! Tahniah diucapkan kepada jurulatih dan murid kita di atas pencapaian yang membanggakan!
07/05/2026
**7 Mei 2026: Hari Ketiga Kem Sahsiah & Motivasi** Perjalanan Kem Sahsiah & Motivasi pada hari ketiga terus diserikan dengan pelbagai aktiviti yang mencabar dan menyeronokkan!
Para peserta telah melalui **LDK Sketsa** yang penuh kreativiti dan kerjasama, diikuti dengan **Laluan Berhalang** yang menguji ketahanan fizikal, semangat berpasukan serta daya fokus. Tidak ketinggalan, aktiviti **Masakan Rimba** turut memberi pengalaman unik kepada murid-murid dalam mengenali kemahiran asas bertahan hidup secara santai dan menyeronokkan di alam semula jadi. 🌱🔥
Semoga setiap pengalaman hari ini menjadi kenangan bermakna serta membentuk jati diri yang lebih kuat, berkeyakinan dan berdisiplin dalam kalangan semua peserta.
🌟
07/05/2026
Hari kedua Kem Sahsiah & Motivasi diteruskan dengan Bengkel Pengenalan Coding Menggunakan SCRATCH. Fasilitator Bengkel ini adalah guru jemputan khas daripada SK ST Francis Xavier iaitu Cikgu Mohd Irwan Affendy. Terima kasih tidak terhingga diucapkan atas bimbingan cikgu kepada murid-murid dari SK Ng Nirok dan kepada murid-murid sekolah jemputan iaitu dari SK Nanga Ngungun, SK Nanga Ngemah dan dari SK St Francis Xavier. Semoga ilmu yang diberi dapat membuka minda dan kreativiti murid kita nanti menjadi insan yang kreatif dan berdaya inovatif!
07/05/2026
✨5 Mei 2026: KEM SAHSIAH DAN MOTIVASI ✨
Hari pertama Kem Sahsiah dan Motivasi telah dimulakan dengan sesi ceramah yang disampaikan oleh pihak jemputan dari Penjara Sibu dan AADK Sibu.
Ceramah ini bertujuan memberi kesedaran kepada murid tentang kepentingan disiplin diri, membuat pilihan yang betul serta menjauhi gejala negatif yang boleh merosakkan masa depan.
Semoga program ini dapat membentuk sahsiah murid yang lebih positif, berdisiplin dan berakhlak mulia 😊
07/05/2026
✨ 28 April 2026:MAJLIS PELUNCURAN QUICK WINS : MATH NINJA ✨
Majlis Peluncuran Quick Wins : Math Ninja telah dilaksanakan sebagai usaha meningkatkan minat dan penguasaan murid dalam mata pelajaran Matematik melalui pendekatan yang lebih menyeronokkan dan interaktif.
Semoga program ini dapat melahirkan murid yang lebih yakin, kreatif dan cemerlang dalam Matematik 😊➕📚
“Matematik Mudah, Matematik Menyeronokkan”