22/05/2026
๐Makluman kepada ibubapa/penjaga
Daya Usaha Teras Cemerlang
22/05/2026
๐Makluman kepada ibubapa/penjaga
22/05/2026
DARI LENSA PERISTIWA ๐ธ
๐ Majlis Sambutan Hari Guru
๐๏ธ 15 Mei 2026
๐ Dewan Perdana, SKBL
Guru Bitara Nadi Negara,โจ
19/05/2026
๐ SYABAS & TAHNIAH ๐
Diucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada murid-murid SK Batu Luking atas kejayaan cemerlang dalam PROGRAM MEMBUKA MINDA โ SHOWCASE JELAJAH 3M CEMERLANG yang telah berlangsung pada 19 Mei 2026 (Selasa) di SK Ulu Ranan. ๐
๐ Pertandingan Diorama โ ๐ฅJOHAN
๐๐ป Pek Amberlyn
๐๐ป Mickklen Lau
๐๐ป Md Stefvon Leeon Iskandar
๐ Pertandingan Kuiz BM & MM โ ๐ฅ JOHAN
๐๐ป Pek Amberlyn
๐ฅ Pendidikan Digital โ ๐ฅNAIB JOHAN
๐๐ป Mickklen Lau
Tahniah juga diucapkan kepada guru pembimbing, Cikgu Heng Wei Ya (Aya Heng) atas segala bimbingan, dedikasi, komitmen dan usaha yang diberikan. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada semua murid untuk terus cemerlang pada masa akan datang.
Daya Usaha Teras Cemerlangโจ
11/05/2026
Cerita Pendidikan Kita Hari Ini.
Bayangkan seorang murid duduk di dalam kelas. Dulu, dia hanya perlu hafal dan jawab soalan. Tapi hari ini dunia sudah berubah. Sekarang, murid bukan lagi diuji apa yang dia ingat, tetapi bagaimana dia berfikir .
Di peringkat dunia, penilaian seperti TIMSS, PISA dan SEA-PL menilai sejauh mana murid mampu memahami, menganalisis dan menyelesaikan masalah sebenar dan Malaysia sedang bergerak ke arah itu. Di Sarawak, langkah sudah bermula. Guru tidak lagi hanya mengajar, tetapi membimbing murid untuk berfikir. Murid tidak lagi hanya menjawab, tetapi belajar bertanya.
Ada usaha yang mungkin kita tidak nampak seperti:
1. Modul khas dibina untuk bantu guru mengajar cara berfikir,
2. Pegawai turun ke sekolah, duduk bersama guru, dan mencari jalan penyelesaian,
3. Murid mula membiasakan diri dengan komputer dan pembelajaran digital
Semua ini bukan kebetulan. Ini persediaan untuk masa depan.
Dalam kelas p**a, murid mula berbincang, menyelesaikan masalah dan berani memberi idea. Kadang-kadang jawapan mereka tidak sempurna, tetapi di situlah proses pembelajaran sebenar berlaku. Hakikatnya, perubahan ini bukan mudah. Ia perlahan, tetapi sedang berlaku kerana pendidikan hari ini bukan lagi tentang siapa paling pandai menghafal, tetapi siapa paling mampu berfikir, menyesuaikan diri dan bangkit menghadapi cabaran.
Akhirnya kita tidak hanya mahu anak-anak lulus peperiksaan. Kita mahu mereka berfikiran kritis, berani mencuba dan bersedia menghadapi dunia sebenar kerana masa depan bukan milik yang paling bijak mengingat, tetapi milik mereka yang tahu cara berfikir.
Pencapaian murid keseluruhan sepatutnya diukur melalui proses perkembangan mereka bukan hanya berdasarkan sample bagi sesuatu kajian atau keputusan akhir peperiksaan sahaja.
Tahun ini tahun kita.
05/05/2026
SYABAS & TAHNIAH!!! ๐๐๐
Sekalung tahniah diucapkan kepada adik Christian Neo Bale Anak Anthoneo dan adik Condylius Anak Donny atas kejayaan cemerlang meraih Tempat Ketiga dalam Pertandingan Roket Air Sekolah Rendah Peringkat Daerah Kanowit yang telah berlangsung pada 5 Mei 2026, bertempat di SK Ulu Ranan, Kanowit.
Kejayaan ini bukan sahaja mencerminkan kecemerlangan peribadi murid, malah menjadi sumber inspirasi kepada seluruh warga SK Batu Luking untuk terus melakar kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.
Setinggi-tinggi penghargaan turut dirakamkan kepada guru pembimbing, Cikgu Elvin George Martin atas bimbingan, dedikasi dan komitmen yang menjadi tunjang kepada pencapaian yang membanggakan ini.
Daya Usaha Teras Cemerlangโจ
28/04/2026
โจ MAKLUMAN CUTI SEMPENA HARI PEKERJA โจ
๐๏ธ Jumaat, 1 Mei 2026
Selamat menyambut Hari Pekerja kepada semua wira dan wirawati negara! Terima kasih atas segala usaha, pengorbanan dan dedikasi anda dalam memajukan negara tercinta.
"Pekerja MADANI Kesuma Bangsa"โจ
24/04/2026
DARI LENSA PERISTIWA ๐ธ
๐ Jom Baca Bersama 10 Minit
๐๏ธ 23 April 2026 (Khamis)
๐ Bilik Darjah
Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga sekolah yang telah bersama-sama menjayakan Program Jom Baca Bersama 10 Minit dengan penuh semangat dan komitmen. Program ini bertujuan untuk menyemai budaya membaca serta memupuk amalan membaca dalam kalangan warga sekolah.
Semoga usaha murni ini dapat melahirkan generasi yang cinta akan ilmu dan menjadikan membaca sebagai amalan harian. Terima kasih kepada semua warga sekolah atas penglibatan yang begitu memberangsangkan.
02/04/2026
DARI LENSA PERISTIWA๐ธ
๐ Kejohanan Catur (SR) MSS Bahagian Sibu
๐๏ธ 31 Mac - 2 April 2026
๐SK Perbandaran No.4 Sibu
Tahniah diucapkan kepada murid-murid SK Batu Luking atas penglibatan dalam Kejohanan Catur (SR) MSS Bahagian Sibu. Penyertaan ini mencerminkan semangat juang, disiplin serta keberanian murid dalam mencabar diri di peringkat yang lebih tinggi. Semoga pengalaman yang diperoleh menjadi pemangkin untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan pada masa akan datang.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih turut dirakamkan kepada guru pembimbing, Cikgu Elvin Anak George, atas bimbingan, komitmen dan dedikasi yang tidak berbelah bahagi dalam membentuk potensi murid sepanjang kejohanan ini.
DAYA USAHA TERAS CEMERLANGโจ
01/04/2026
โจMAKLUMAN CUTIโจ
๐๏ธ 03 April 2026 (Jumaat)
๐ Cuti Umum : Good Friday
๐๏ธ 06 April 2026 (Isnin)
๐ Cuti Peristiwa : Easter Monday
๐๏ธ 07 April 2026 (Selasa)
๐ Murid kembali ke sekolah seperti biasa
29/03/2026
๐ก๏ธ PERINGATAN & KESEDARAN: MUSIM PANAS โ๏ธ
Seiring dengan peningkatan suhu semasa, seluruh warga SK Batu Luking, Kanowit diingatkan untuk sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan kesihatan dan keselamatan sentiasa terpelihara.
Antara langkah penting yang perlu diberi perhatian:
๐น Elakkan aktiviti luar sekiranya suhu terlalu tinggi
๐น Pastikan pengambilan air mencukupi bagi mengelakkan dehidrasi
๐น Kurangkan pendedahan berlebihan kepada cuaca panas
๐น Patuhi arahan serta panduan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah
Selain itu, murid juga digalakkan memakai pakaian yang sesuai serta sentiasa menjaga tahap hidrasi sepanjang berada di sekolah.
Kesihatan adalah keutamaan. Kerjasama semua pihak amat penting dalam memastikan persekitaran pembelajaran yang selamat dan kondusif sepanjang musim panas ini.