Rumah Ngaji Johor Official

Rumah Ngaji Johor Official Baca. Faham. Amal.

24/07/2026
🌿 MAJLIS BACAAN YASIN 7 MUBIN 🌿Anjuran Rumah Ngaji Kota TinggiπŸ“… Tarikh: 13 Julai 2026 (Isnin)πŸ•’ Masa: 7.45 pagi – 12.30 t...
13/07/2026

🌿 MAJLIS BACAAN YASIN 7 MUBIN 🌿

Anjuran Rumah Ngaji Kota Tinggi

πŸ“… Tarikh: 13 Julai 2026 (Isnin)
πŸ•’ Masa: 7.45 pagi – 12.30 tengah hari
πŸ“ Lokasi: Surau Nurhidayah, Felda Bukit Easter, Kota Tinggi, Johor

Alhamdulillah, seluruh warga komuniti dijemput untuk bersama-sama menghadiri Majlis Bacaan Yasin 7 Mubin, sebuah majlis yang menghimpunkan hati-hati yang mengharapkan rahmat, keberkatan dan pertolongan Allah SWT.

Semoga dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran, Allah SWT mengurniakan ketenangan jiwa, melapangkan segala urusan, memelihara keluarga, mengangkat kesusahan serta melimpahkan keberkatan kepada seluruh masyarakat.

✨ Atur Cara Majlis
πŸ•’ 7.45 pagi – Pendaftaran peserta
πŸ“– Bacaan Yasin 7 Mubin
🀲 Doa & Munajat
🍽️ Jamuan dan penutup
πŸ•§ 12.30 tengah hari – Bersurai

Marilah kita meluangkan sedikit masa untuk bersama menghidupkan majlis ilmu dan alunan Kalamullah.

"BACA β€’ FAHAM β€’ AMAL"

πŸ“’ JEMPUTAN TOWNHALL RUMAH NGAJI SESI 2/2026Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Penggerak Rumah Ngaji yang dihorma...
12/07/2026

πŸ“’ JEMPUTAN TOWNHALL RUMAH NGAJI SESI 2/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Penggerak Rumah Ngaji yang dihormati,

Tuan/Puan dijemput menyertai Townhall Rumah Ngaji Sesi 2/2026 untuk bersama-sama berkongsi, berinspirasi dan bergerak bersama dalam memperkasa ummah, membina ketahanan serta menggandakan impak Rumah Ngaji di seluruh Malaysia.

πŸ“… Maklumat Program
πŸ—“ Tarikh: 13 Julai 2026 (Isnin)
⏰ Masa: 2.30 Petang
πŸ’» Platform: Zoom Meeting

πŸ‘₯ Sasaran Penyertaan
βœ… Penggerak Rumah Ngaji seluruh Malaysia.
βœ… Individu atau komuniti yang berminat menggerakkan Rumah Ngaji.

πŸ“ Pendaftaran
https://ezy.la/townhallsesi2

πŸ“² Selepas mendaftar, sila sertai Kumpulan WhatsApp Townhall untuk mendapatkan pautan Zoom dan maklumat terkini: πŸ‘‰
https://chat.whatsapp.com/C4Yzo6BY1JtG1PV7FAht5d

☎ Pertanyaan
πŸ“ž 011-1523 8423 (Admin)
πŸ“ž 013-394 6471 (Pn. Roza)

✨ Ayuh bersama memperkasakan ummah, membina ketahanan dan menggandakan impak Rumah Ngaji di seluruh Malaysia.

Terima kasih.

Sila lengkapkan borang ini bagi tujuan pengesahan status keahlian dan keaktifan Rumah Ngaji bagi tahun 2026. Maklum balas anda membolehkan pihak sekretariat mengenal pasti status operasi semasa (Aktif/Tidak Aktif) bagi tujuan pengemaskinian pangkalan data

Tahniah kepada seluruh Barisan Ahli Jawatankuasa (AJK) PPRNNJ bagi Penggal 2026–2027 yang telah diberi kepercayaan untuk...
07/07/2026

Tahniah kepada seluruh Barisan Ahli Jawatankuasa (AJK) PPRNNJ bagi Penggal 2026–2027 yang telah diberi kepercayaan untuk memikul amanah kepimpinan pertubuhan.

Amanah ini bukanlah satu kemuliaan, tetapi satu tanggungjawab yang akan dipersoalkan di hadapan Allah SWT. Semoga setiap langkah dipandu dengan keikhlasan, kebijaksanaan dan semangat kerja berpasukan dalam mengangkat syiar al-Quran di Negeri Johor.

Marilah kita bersama-sama berganding bahu, saling menyokong dan mendoakan agar PPRNNJ terus berkembang sebagai wadah dakwah yang membawa manfaat kepada ummah.

Selamat menjalankan amanah.

"Baca β€’ Faham β€’ Amal β€’ Sebar"

Semoga Allah SWT memberkati setiap usaha dan mengurniakan kekuatan kepada seluruh barisan kepimpinan PPRNNJ. Aamiin.

03/07/2026
PESAN SEBUAH KERUSIKerusi ini pernah berpenghuni,Kini kosong, takdir Ilahi.Bukan kerana tuannya berpaling jalan,Tetapi d...
01/07/2026

PESAN SEBUAH KERUSI

Kerusi ini pernah berpenghuni,
Kini kosong, takdir Ilahi.

Bukan kerana tuannya berpaling jalan,
Tetapi dijemput Tuhan pulang ke pangkuan.

Kerusi kosong jangan dipuja,
Ia sekadar amanah yang sementara.

Jangan dibiar menjadi kenangan,
Sedang perjuangan hilang haluan.

Kerusi kosong wajib diganti,
Agar amanah terus diberkati.

Bukan mencari nama ternama,
Tetapi penyambung jiwa dan cita.

Jika semasa hidup hanya bermegah,
Pergi nanti tiada yang menyambung langkah.

Namun andai legasi ditinggalkan,
Terus hidup walau jasad dikembalikan.

Harta, keluarga, pangkat dan pujian,
Jangan mengatasi cinta kepada Tuhan.

Kerusi hanyalah tempat berbakti,
Bukan mahkota meninggi diri.

Bahagialah insan meninggalkan jasa,
Bukan sekadar kerusi yang terasa.

Apabila namamu dipanggil Ilahi,
Biarlah perjuangan tetap berdiri.

Nukilan :
Roziah Kamal
Retreat Rumah Ngaji Malaysia
28-30 Jun 2026
Klana Resort Port Dickson

29/06/2026

πŸ“– Gurindam yang bukan sekadar dibaca, tetapi untuk direnungi.

Ada yang lancar membaca al-Quran, namun lidah masih melukai.
Ada yang khatam berkali-kali, namun hati masih sukar menerima teguran.
Ada yang indah suaranya, namun akhlaknya belum memantulkan cahaya al-Quran.

Gurindam ini bukan untuk menunjuk kepada sesiapa.
Bukan juga untuk menghukum sesiapa.

Ia adalah cermin buat diri kita sendiri.

Semoga setiap baitnya mengetuk hati, menghidupkan jiwa, dan mengingatkan kita bahawa tujuan membaca al-Quran bukan sekadar mengkhatamkan ayat-ayat-Nya, tetapi membiarkan al-Quran membentuk akhlak, membersihkan hati, dan memimpin setiap langkah kehidupan.

Terima kasih kepada Pn. Wan Norashekin Wan Ismail, Naib Setiausaha PPRNNJ, atas nukilan yang sarat dengan nasihat dan muhasabah. Semoga Allah SWT mengurniakan ganjaran yang berpanjangan atas setiap ilmu yang disampaikan.

"Al-Quran bukan sekadar dibaca, tetapi difahami, dihayati dan diamalkan." 🀍

Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Kali Ke-8 PPRNNJ telah berjaya dilaksanakan dengan lancar pada:πŸ—“ 27 Jun 202...
29/06/2026

Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Kali Ke-8 PPRNNJ telah berjaya dilaksanakan dengan lancar pada:

πŸ—“ 27 Jun 2026 (Sabtu)
πŸ•£ 8.30 pagi – 1.00 tengah hari
πŸ“ The White Villa, Pontian, Johor

Mesyuarat kali ini bukan sahaja membentangkan perjalanan pertubuhan, malah menyaksikan pemilihan dan pelantikan Jawatankuasa Baharu PPRNNJ bagi Penggal 2026–2027.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua ahli yang hadir sama ada secara fizikal mahupun dalam talian, para petugas, pemeriksa kira-kira, jawatankuasa serta semua yang telah menyumbang tenaga dan masa sehingga mesyuarat dapat berlangsung dengan penuh tertib dan harmoni.

Semoga saf kepimpinan baharu yang diberi amanah dapat memimpin PPRNNJ dengan penuh integriti, semangat ukhuwah dan istiqamah dalam memperkasa organisasi serta menyuburkan budaya Al-Quran di Negeri Johor.

Bersama kita terus melangkah dengan satu matlamat:

πŸ“– BACA β€’ FAHAM β€’ AMAL

Persiapan AGM KE-8
26/06/2026

Persiapan AGM KE-8

πŸ“’ MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PPRNNJ KALI KE-8 πŸ“’Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Dengan segala hormatnya, seluruh ...
21/06/2026

πŸ“’ MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PPRNNJ KALI KE-8 πŸ“’

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dengan segala hormatnya, seluruh ahli Pertubuhan Pendidikan Rumah Ngaji Negeri Johor (PPRNNJ) dijemput hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan PPRNNJ Kali Ke-8 yang akan diadakan seperti berikut:

πŸ“ Lokasi: The White Villa, Pontian
πŸ“… Tarikh: 27 Jun 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 8.30 pagi – 1.00 tengah hari

Agenda utama:
βœ… Pembentangan laporan tahunan
βœ… Perbincangan hal ehwal pertubuhan
βœ… Pemilihan Ahli Jawatankuasa (AJK) Penggal 2026–2027

Kehadiran dan sokongan daripada semua ahli amatlah dihargai bagi memastikan kelangsungan serta kecemerlangan gerak kerja dakwah dan pendidikan Rumah Ngaji di Negeri Johor.

✨ BACA β€’ FAHAM β€’ AMAL ✨

Address

Kangkar Skudai

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rumah Ngaji Johor Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share