10/04/2026
🌟 Kelab PEMADAM UTM Turun Padang: Santuni Generasi MADANI🌟
Kelab PEMADAM UTM berbesar hati terlibat dalam menjayakan Program Santuni MADANI yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Balai Badang, Segamat, anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama PEMADAM Kebangsaan.
Program ini menampilkan ceramah penuh bermakna bertajuk Adab Terpuji, Pelajar Berkualiti Tanpa DARVIH yang disampaikan oleh Hajah Noor Hadayah binti Ahmad. Perkongsian ini memberi pendedahan penting kepada para pelajar tentang nilai adab, jati diri serta kepentingan menjauhi gejala negatif dalam membentuk masa depan yang cemerlang.
Lebih istimewa, wakil Kelab PEMADAM UTM iaitu Norhashikin binti Arshad dan Hasnaa’ binti Hassan turut mengendalikan aktiviti interaktif yang berjaya mencetuskan suasana ceria serta meningkatkan penglibatan aktif dalam kalangan pelajar.
Seramai 90 orang pelajar telah menyertai program ini dengan penuh semangat 💪
Kami di Kelab PEMADAM UTM komited untuk terus menyantuni komuniti, menyebarkan kesedaran dan membina generasi muda yang bebas daripada pengaruh DARVIH.
💙 Bersama Kita Cegah, Bersama Kita Lindungi*
20/03/2026
✨Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri✨
Takbir Raya bergema, syawal yang mulia tiba jua. Atas nama Kelab PEMADAM UTM Sesi 2025/2026, kami menyusun sepuluh jari, menghulurkan sejuta kemaafan. Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1447H buat seluruh warga UTM dan umat Islam umumnya.
Hari yang mulia ini adalah anugerah buat kita semua setelah sebulan melalui madrasah Ramadan. Marilah kita sama-sama mengeratkan tali persaudaraan dengan bermaaf-maafan dan berkunjung sesama insan.
KELAB PEMADAM UTM
SESI 2025/2026
20/03/2026
🌙RAMADHAN KAREEM DAY 30🌙
30 RAMADAN 1447H
Ketulusan hati menjadi jalan menuju keberkahan, kedamaian, dan ampunan yang Allah janjikan. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini menjadi ladang pahala yang berlipat ganda dan membawa keberkahan bagi seluruh keluargamu.
KELAB PEMADAM UTM
SESI 2025/2026
18/03/2026
🌙RAMADHAN KAREEM DAY 29🌙
29 RAMADAN 1447H
Berkunjunglah dengan niat menyambung kasih, bukan sekadar adat. Hormati tuan rumah, jagalah akhlak, dan jangan sampai jadi tetamu yang hanya tahu makan, tapi lupa berbudi.
KELAB PEMADAM UTM
SESI 2025/2026
18/03/2026
🌙RAMADHAN KAREEM DAY 28🌙
28 RAMADAN 1447H
Ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah. Beramallah dengan ilmu yang telah dipelajari.
KELAB PEMADAM UTM
SESI 2025/2026
16/03/2026
🌙RAMADHAN KAREEM DAY 27🌙
27 RAMADAN 1447H
Langkahmu ke masjid untuk Tarawih, satu demi satu dihitung sebagai pahala oleh Allah.
KELAB PEMADAM UTM
SESI 2025/2026
15/03/2026
🌙RAMADHAN KAREEM DAY 26🌙
26 RAMADAN 1447H
Senyum di bulan Ramadan juga satu ibadah. Jadilah insan yang menyebarkan kebaikan dan kasih sayang
KELAB PEMADAM UTM
SESI 2025/2026
14/03/2026
🌙RAMADHAN KAREEM DAY 25🌙
25 RAMADAN 1447H
Jangan sibuk hanya dengan persiapan raya, sehingga lupakan persiapan akhirat. Ramadan adalah masa untuk memperbanyakkan bekalan untuk kehidupan abadi
KELAB PEMADAM UTM
SESI 2025/2026
13/03/2026
🌙RAMADHAN KAREEM DAY 24🌙
24 RAMADAN 1447H
Jika Ramadan berlalu tanpa peningkatan iman dan amal, rugilah kita. Jadikan Ramadan ini lebih baik dari sebelumnya.
KELAB PEMADAM UTM
SESI 2025/2026
12/03/2026
🌙RAMADHAN KAREEM DAY 23🌙
23 RAMADAN 1447H
Jangan sombong, sebab yang bagi kejayaan tu Allah. Tugas manusia cuma berusaha sebaik mungkin.
KELAB PEMADAM UTM
SESI 2025/2026
12/03/2026
🌙RAMADHAN KAREEM DAY 22🌙
22 RAMADAN 1447H
Ramadhan adalah bulan penuh berkah. Manfaatkan setiap detiknya untuk beribadah dan berbuat kebaikan.
KELAB PEMADAM UTM
SESI 2025/2026