26/08/2026
🎓✨PAMERAN KERJAYA HARI 5K SMK PUTRA🎓✨
Tarikh: 26 Ogos 2026 (Rabu)
Tempat: Dewan Anjung Putra
Terima kasih diucapkan kepada semua pempamer dalaman dan luaran yang turut serta memeriahkan pameran kerjaya pada hari ini. Murid-murid juga berpeluang untuk meneroka dunia kerjaya melalui Pameran Kerjaya yang telah berlangsung di Dewan Anjung Putra. 🧭💼
Pasport Pameran Kerjaya Hari 5K diperkenalkan bagi membantu pengisian aktiviti murid di tapak pameran. Murid bergerak ke reruai bagi mendapatkan maklumat, bertanya soalan dan mengenali dengan lebih dekat pelbagai peluang pendidikan serta laluan kerjaya yang tersedia.
Semoga setiap perkongsian, informasi dan pengalaman yang diperoleh hari ini dapat membuka minda serta membantu murid membuat perancangan kerjaya yang lebih jelas. 🚀
Terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan Pameran Kerjaya Hari 5K 2026!🤝 Tahniah juga buat peserta yang telah berjaya melengkapkan tugasan!