22/09/2026
π STEM PAPER TOWER CHALLENGE 2026 π Bina Idea, Reka Masa Depan!
Alhamdulillah, selesai sudah program STEM Paper Tower Challenge 2026 anjuran Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam (FTKA), UniMAP dengan penyertaan murid Kelas 3R dan 4M SMK Derma. π«β¨
Program yang berlangsung pada 21 September 2026 di Dewan Syed Mahmood ini memberikan peluang kepada murid untuk mengaplikasikan ilmu STEM melalui aktiviti pembinaan menara menggunakan kertas.
π‘ Kreativiti + Kerjasama = Kejayaan!
Tahniah dan syabas kepada semua murid yang telah menunjukkan:
β
Semangat kerjasama dan kerja berpasukan
β
Kreativiti dalam mereka bentuk struktur β
Kemahiran menyelesaikan masalah
β
Keberanian mencuba dan berinovasi
Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak UniMAP, FTKA atas penganjuran program yang sangat bermanfaat ini. Terima kasih kerana memberikan pengalaman pembelajaran STEM yang menyeronokkan dan bermakna kepada murid-murid SMK Derma. π
Semoga pengalaman ini menjadi inspirasi untuk terus meneroka dunia sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik.
STEM Hari Ini, Inovasi Masa Depan! π