20/12/2024
Program Perintis FASA 1 : “Universiti & Komuniti Berpisah Tiada”
18-19 Disember 2024
MyRIS dan Jabatan Bahan, Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Kimia baru-baru ini telah menganjurkan Program Perintis Fasa 1 bagi pelajar-pelajar anak orang asal di SMK Bawong, Sg. Siput Perak.
Program ini merupakan sebuah program mengupayakan anak-anak orang asal khususnya pelajar Tingkatan 4 & 5 yang sedang dan akan menduduki SPM. Ianya juga bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar berkenaan bidang TVET melalui pemerkasaan STEM di dalam program ini.
Sejumlah lebih 120 orang pelajar bersama-sama fasilitator dikalangan ahli MyRIS dan juga kakitangan akademik Jabatan Bahan telah berkampung selama 2 hari 1 malam di Sg. Siput. Program ini turut menampilkan keluarga dari Pusat Islam & Pembangunan Insan (PIMPIN) dan juga Pusat Sukan & Rekreasi (PSR) UniMAP yang turut menjayakan program ini.
Sehingga bertemu lagi di fasa seterusnya adik-adik SMK Bawong!