Penerbit UniMAP

Directions Website Contact the school

Penerbit UniMAP Penerbit UniMAP Terbitan pertama yang dihasilkan ialah Jurnal Penyelidikan dan Pendidikan Kejuruteraan pada tahun 2004.

Unit Penerbitan telah ditubuhkan pada 15 Ogos 2003 hasil daripada Mesyuarat Jawatankuasa Penerbitan Universiti Bil 1 (2003).Unit Penerbitan adalah sebuah unit yang dipertanggungjawabkan untuk mempergiatkan aktiviti penerbitan karya-karya ilmiah di kalangan ahli-ahli akademik yang bertujuan menyokong rancangan pembelajaran, pembelajaran dan penyelidikan.Disamping itu, ianya adalah salah satu usaha penyebaran ilmu kepada masyarakat umum. Sejak ditubuhkan Unit Penerbitan menggunakan imprint Penerbit Universiti Malaysia Perlis pada setiap bahan terbitannya dan menerima pelbagai karya dalam semua genre ilmu seperti sains, kejuruteraan, sains sosial dan kemanusiaan. Antara jenis penerbitan diberi tumpuan ialah penerbitan buku karya asli ilmiah, buku separa ilmiah, buku ilmiah popular, buku rujukan, buku terjemahan, modul pengajaran, modul makmal, jurnal, prosiding, siri syarahan umum dan terbitan khas universiti. Jawatankuasa Pengurusan Universiti dalam Mesyuarat Kali Ke-88 (Bil. 4/2013), telah bersetuju supaya Unit Penerbitan dinaiktaraf kepada Pusat Penerbitan UniMAP (Penerbit) berkuat kuasa 1 Januari 2014.

πŸ“šβœ¨ SELAMAT KEMBALI KE KAMPUS!Selamat kembali diucapkan kepada seluruh pelajar Ijazah Sarjana Muda UniMAP bagi Sidang Aka...
05/10/2026

πŸ“šβœ¨ SELAMAT KEMBALI KE KAMPUS!

Selamat kembali diucapkan kepada seluruh pelajar Ijazah Sarjana Muda UniMAP bagi Sidang Akademik 2026/2027! πŸŽ“πŸ’™πŸ’›

Semoga semester baharu ini hadir dengan semangat yang baharu, ilmu yang bermanfaat dan kejayaan yang lebih gemilang.

Teruskan melangkah dengan Ilmu, keikhlasan dan kecemerlangan. πŸ“–πŸŒŸ

Ikhlas daripada,
Penerbit UniMAP πŸ’™πŸ’›



23-27 September 2026πŸ“šβœ¨ Penerbit UniMAP di Pesta Buku Antarabangsa Kota Kinabalu 2026 (PBAKK 2026)!Penerbit UniMAP turut ...
02/10/2026

23-27 September 2026

πŸ“šβœ¨ Penerbit UniMAP di Pesta Buku Antarabangsa Kota Kinabalu 2026 (PBAKK 2026)!

Penerbit UniMAP turut mengambil bahagian dalam Pesta Buku Antarabangsa Kota Kinabalu 2026, yang mengetengahkan kepelbagaian budaya, warisan dan khazanah ilmu Borneo.

Penyertaan ini menjadi salah satu platform untuk memperkenalkan hasil penerbitan UniMAP, di samping menyokong usaha memartabatkan ilmu, budaya dan warisan tempatan.

Penglibatan ini turut membuka ruang kepada perkongsian ilmu, pertukaran idea serta pengukuhan jaringan dalam industri penerbitan.πŸ“–βœ¨

Semoga penglibatan ini terus memperkukuh peranan Penerbit UniMAP dalam menyebarluaskan ilmu kepada masyarakat.



Memulakan langkah dan membina sinergi baharu bersama Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Mohd Ridzuan Mohd Jamir, Pengarah Penerbit ...
01/10/2026

Memulakan langkah dan membina sinergi baharu bersama Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Mohd Ridzuan Mohd Jamir, Pengarah Penerbit UniMAP.

Semoga kerjasama dan perancangan yang digariskan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan Penerbit UniMAP. πŸ€πŸ“š


Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Encik Zulhillizan Othman atas segala khidmat bakti, dedika...
01/10/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Encik Zulhillizan Othman atas segala khidmat bakti, dedikasi dan komitmen sepanjang menjalankan tugas sebagai Pengarah Penerbit UniMAP.

Semoga segala jasa dan sumbangan yang dicurahkan menjadi kenangan yang bermakna serta terus memberi inspirasi kepada seluruh warga Penerbit UniMAP. 🌷

Terima kasih atas segala jasa dan bakti.


Tahniah atas pelantikan Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Mohd Ridzuan Mohd Jamir sebagai Pengarah Penerbit UniMAP! πŸŽ‰Semoga terus ...
01/10/2026

Tahniah atas pelantikan Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Mohd Ridzuan Mohd Jamir sebagai Pengarah Penerbit UniMAP! πŸŽ‰

Semoga terus cemerlang dalam menerajui Penerbit UniMAP serta membawa kecemerlangan dan perkembangan yang lebih besar dalam bidang penerbitan akademik. πŸ“šβœ¨

Selamat menjalankan amanah dan tanggungjawab!


πŸ“šβœ¨ JOM TEMUI PENERBIT UniMAP DI PESTA BUKU ANTARABANGSA KOTA KINABALU 2026! βœ¨πŸ“šBerita baik buat para pencinta buku di Sab...
23/09/2026

πŸ“šβœ¨ JOM TEMUI PENERBIT UniMAP DI PESTA BUKU ANTARABANGSA KOTA KINABALU 2026! βœ¨πŸ“š

Berita baik buat para pencinta buku di Sabah! πŸ₯³

Penerbit UniMAP turut memeriahkan Pesta Buku Antarabangsa Kota Kinabalu (PBAKK) 2026 yang akan berlangsung:

πŸ“… 23–27 September 2026
⏰ 9.30 pagi – 10.00 malam
πŸ“ Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu, Sabah

🌟 Temui Penerbit UniMAP dan terokai pelbagai koleksi buku terbitan UniMAP yang sesuai untuk pelbagai peringkat pembaca.

Jangan lepaskan peluang untuk berkunjung, melihat koleksi terbitan dan mendapatkan buku pilihan anda sepanjang PBAKK 2026! πŸ“–πŸ’™

πŸ“’ Jumpa kami di sana!






UniMAP
KotaKinabalu
SICC
MAPIM

πŸ“šβœ¨ JOM TEMUI PENERBIT UniMAP DI PESTA BUKU ANTARABANGSA KOTA KINABALU 2026! βœ¨πŸ“šBerita baik buat para pencinta buku di Sab...
23/09/2026

πŸ“šβœ¨ JOM TEMUI PENERBIT UniMAP DI PESTA BUKU ANTARABANGSA KOTA KINABALU 2026! βœ¨πŸ“š

Berita baik buat para pencinta buku di Sabah! πŸ₯³

Penerbit UniMAP turut memeriahkan Pesta Buku Antarabangsa Kota Kinabalu (PBAKK) 2026 yang akan berlangsung:

πŸ“… 23–27 September 2026
⏰ 9.30 pagi – 10.00 malam
πŸ“ Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu, Sabah

🌟 Temui Penerbit UniMAP dan terokai pelbagai koleksi buku terbitan UniMAP yang sesuai untuk pelbagai peringkat pembaca.

Jangan lepaskan peluang untuk berkunjung, melihat koleksi terbitan dan mendapatkan buku pilihan anda sepanjang PBAKK 2026! πŸ“–πŸ’™

πŸ“’ Jumpa kami di sana!









πŸ“šβœ¨ TEMUI PENERBIT UniMAP DI FESTIVAL BUKU PANTAI TIMUR @ UniSZA 2026! βœ¨πŸ“šJom beramai-ramai berkunjung ke Festival Buku Pa...
26/08/2026

πŸ“šβœ¨ TEMUI PENERBIT UniMAP DI FESTIVAL BUKU PANTAI TIMUR @ UniSZA 2026! βœ¨πŸ“š

Jom beramai-ramai berkunjung ke Festival Buku Pantai Timur @ UniSZA 2026 dan singgah ke reruai Penerbit UniMAP! πŸ’™πŸ’›

Pelbagai koleksi buku terbitan Penerbit UniMAP menanti anda. Jangan lepaskan peluang untuk meneroka bahan bacaan, mendapatkan buku pilihan serta menyokong penerbitan ilmu tempatan. πŸ“–βœ¨

πŸ“ Dewan Al-Muktafi Billah Shah, UniSZA
πŸ“… 27 – 30 Ogos 2026
⏰ 9.00 pagi – 7.00 malam

πŸŒ΄πŸ“š Jumpa kami di sana!

Jom meriahkan Festival Buku Pantai Timur dan semarakkan budaya membaca bersama!





Address

No. 11 & 13, Jalan Tiga, Pusat Perniagaan Pengkalan Jaya
Kangar
01000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 16:00
Wednesday 09:00 - 16:00
Thursday 09:00 - 16:00
Friday 09:00 - 16:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penerbit UniMAP posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Penerbit UniMAP:

Shortcuts

Share