Tc Yaw

Tc Yaw Passionate educator and experienced in early childhood education.

Pada 4 Julai yang lalu, Genius Aulad Perlis berkesempatan untuk bersama-sama meraikan kejohanan olahraga ke-50 di Sekola...
10/07/2024

Pada 4 Julai yang lalu, Genius Aulad Perlis berkesempatan untuk bersama-sama meraikan kejohanan olahraga ke-50 di Sekolah Kebangsaan Pauh. Sangat mengagumkan melihat semangat dan kerjasama anak-anak dalam acara ini. Tahniah kepada semua yang terlibat dan semoga kita terus berjaya dalam semua aktiviti akan datang! ๐ŸŒŸ๐Ÿ…

Alhamdulillah, hari ini telah selesai perjumpaan bersama Sektor Pendidikan Islam di Jabatan Pendidikan Negeri Perlis unt...
24/06/2024

Alhamdulillah, hari ini telah selesai perjumpaan bersama Sektor Pendidikan Islam di Jabatan Pendidikan Negeri Perlis untuk perbincangan lanjut berkenaan pelaksanaan Program Genius Hajj yang akan diadakan pada 20 Julai ini bertempat di Sekolah Kebangsaan Sena.

Segala urusan dipermudahkan dan mendapat dorongan yang mengalakkan daripada SPI JPN Perlis. Mari bersama kami mendalami ibadah Rukun Islam yang kelima dengan lebih mendalam dengan menyertai Genius Hajj 2024




Ilmu pengajaan gigi bersama Doktor Ain Kami di Genius Aulad Kangar amat berbesar hati menerima kunjungan dari Klinik Per...
12/06/2024

Ilmu pengajaan gigi bersama Doktor Ain

Kami di Genius Aulad Kangar amat berbesar hati menerima kunjungan dari Klinik Pergigian Ain baru-baru ini! Anak-anak kami sangat seronok dan teruja belajar tentang penjagaan gigi yang betul melalui ceramah yang informatif dan interaktif. ๐Ÿ˜Š๐Ÿฆท

Selepas sesi ceramah, anak-anak terus mempraktikkan ilmu yang mereka pelajari dengan penuh semangat! Terima kasih kepada Klinik Pergigian Ain atas perkongsian ilmu yang berharga ini.

Baru-baru ini, Genius Aulad Perlis sekali lagi diberi kepercayaan oleh pihak penganjur untuk mengendalikan pertandingan ...
28/05/2024

Baru-baru ini, Genius Aulad Perlis sekali lagi diberi kepercayaan oleh pihak penganjur untuk mengendalikan pertandingan mewarna bersempena Program Jiwa Komuniti Madani yang berlangsung pada 25 Jun 2024 di Muzium Kota Kayang. Alhamdulillah, program tersebut mencapai objektifnya dan mendapat penyertaan yang luar biasa dari setiap kategori. Kami sangat berbesar hati dan berharap dapat terus menjalin kerjasama dan sumbangan kolaborasi pada masa akan datang.

Jumaat lepas, sesi pembelajaran di Genius Aulad Kangar jadi lebih seronok! Guru-guru kami yang berdedikasi bawa semua an...
28/05/2024

Jumaat lepas, sesi pembelajaran di Genius Aulad Kangar jadi lebih seronok! Guru-guru kami yang berdedikasi bawa semua anak-anak genius kami ke Pasaraya Giant di Kangar. Anak-anak memang bersemangat betul, belajar di luar kelas. Mereka dapat rasa tekstur, lihat warna, dan hidu pelbagai jenis buah-buahan yang ada di sana. Aktiviti macam ni bukan saja buat hari mereka ceria, tapi juga tambah pengetahuan mereka tentang buah-buahan. Seronok betul tengok mereka belajar sambil bersiar-siar! ๐ŸŒŸ๐ŸŽ๐ŸŒ๐ŸŠ




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,Kemarin merupakan hari yang penuh makna buat semua guru di Tadika Genius Aula...
17/05/2024

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Kemarin merupakan hari yang penuh makna buat semua guru di Tadika Genius Aulad. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua guru yang telah berkhidmat dengan penuh dedikasi dan komitmen. Anda semua adalah nadi kepada kejayaan tadika kita dan pembentukan generasi yang akan datang.

Kepada semua guru, terima kasih atas pengorbanan, kesabaran, dan usaha yang tidak pernah kenal lelah dalam mendidik anak-anak kita. Anda bukan sahaja mendidik tetapi juga menyayangi, membimbing, dan membentuk peribadi anak-anak ini. Sesungguhnya, peranan anda sebagai guru dan ibu bapa kedua amatlah dihargai.

Saya berharap agar kita semua terus bersemangat dan bersama-sama mencapai visi dan misi Tadika Genius Aulad. Semoga Allah SWT memberkati segala usaha dan perjalanan kita dalam mendidik generasi yang cemerlang, berilmu, dan berakhlak mulia.

Selamat Hari Guru kepada semua pendidik yang luar biasa!

Harapan saya adalah agar setiap guru terus diberi kekuatan dan semangat untuk mendidik, dan semoga usaha kita semua mendapat keberkatan dari Allah SWT. Terima kasih sekali lagi atas segala jasa dan pengorbanan.

Latihan Kebakaran Genius Aulad Perlis ๐Ÿ”ฅPada 8 dan 9 Mei yang lalu, Alhamdulilah telah berlangsungnya Latihan Kebakaran y...
11/05/2024

Latihan Kebakaran Genius Aulad Perlis ๐Ÿ”ฅ

Pada 8 dan 9 Mei yang lalu, Alhamdulilah telah berlangsungnya Latihan Kebakaran yang melibatkan anak anak tadika di Genius Aulad Kangar dan Genius Aulad Arau.

Tahniah saya ucapkan kepada guru-guru Genius Aulad Perlis kerana berjaya mengeluarkan kesemua anak-anak dengan selamat tanpa sebarang kecelakaan dalam lingkungan masa yang di sarankan oleh pihak Bomba dan Penyelamat.

Alhamdulilah, dapat bersama-sama meraikan Sambutan majlis rumah terbuka anjuran Bahagian pengurusan Genius Aulad Perlis ...
03/05/2024

Alhamdulilah, dapat bersama-sama meraikan Sambutan majlis rumah terbuka anjuran Bahagian pengurusan Genius Aulad Perlis dan Annura Clinic pada 21 Syawal yang lalu.

Terima Kasih kepada semua tetamu yang hadir ๐Ÿฅฐ

Kursus Asas Pertolongan Cemas Dan Resusitasi Kardiopulmonari (CPR)Selaras dengan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CR...
02/05/2024

Kursus Asas Pertolongan Cemas
Dan Resusitasi Kardiopulmonari (CPR)

Selaras dengan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) yang menekankan isu keselamatan anak-anak semasa berada di tadika, saya berasa terpangil dan bertanggujawab sepenuhnya berkenaan isu tahap keselamatan anak tuan/puan yang berada dibawah jagaan dan pantauan saya semasa berada di tadika

Oleh itu, pada sabtu yang lalu saya dan beberapa orang guru lain daripada Genius Aulad Kangar dan Genius Aulad Arau ada mengikuti kursus Asas Pertolongan Cemas Dan Resusitasi Kardiopulmonari (CPR). sebagai persediaan awal untuk membantu anak-anak sekiranya terlibat dengan insiden yang tidak diingini seperti tercekik, melecur, sawan atau gangguan pernafasan.

selain daripada pemantauan CCTV di bilik darjah, saya amat menyarankan untuk semua tadika/tempat asuhan yang berada di luar sana untuk mengikuti kursus asas keselamatan sebegini sebagai persiapan awal guru/ dan pengasuh muda di luar sana sebagai persediaan berhadapan dengan insiden cemas yang melibatkan nyawa anak-anak tersayang.

Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1445 HAlhamdulilah pada selasa yang lalu, selesai sudah Sambutan Hari Raya Aidil Fitri pe...
29/04/2024

Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1445 H

Alhamdulilah pada selasa yang lalu, selesai sudah Sambutan Hari Raya Aidil Fitri peringkat Tadika Genius Aulad Perlis. iaitu melibatkan secara langsung tenaga pengajar dan anak-anak daripada Genius Aulad Kangar dan Genius Aulad Arau.

Sambutan Hari Raya pada kalini lebih meriah kerana kami berpeluang untuk menyambut dan berkumpul bersama-sama di perkarangan Masjid Guar Syed Alwi, Dikesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan Masjid kerana banyak membantu dan memberi galakkan yang sepenuhnya kepada pihak Genius Aulad Perlis.

Tidak dilupakan juga kepada ibu bapa/penjaga anak-anak Tadika Genius Aulad kerana turut hadir bersama memeriahkan lagi dan mengisi tentatif program bersama anak-anak. Diharapkan semangat dan hubungan kerjasama yang baik yang terjalin di antara pihak tadika dan ibu bapa/ penjaga dapat diteruskan untuk program-program akan datang, Insya-Allah.




๐˜ฝ๐™€๐™๐™‡๐˜ผ๐˜ฝ๐™๐™ƒ ๐™Ž๐™๐˜ฟ๐˜ผ๐™ƒ ๐™๐™„๐™๐˜ผ๐™„ ๐™๐˜ผ๐™ˆ๐˜ผ๐˜ฟ๐˜ผ๐™‰, ๐™‡๐˜ผ๐™ˆ๐˜ฝ๐˜ผ๐™„๐˜ผ๐™‰ ๐™Ž๐™”๐˜ผ๐™’๐˜ผ๐™‡ ๐™†๐™„๐™‰๐™„ ๐™ˆ๐™€๐™‰๐™…๐™€๐™‡๐™ˆ๐˜ผ๐˜Š๐˜ข๐˜ฉ๐˜ข๐˜บ๐˜ข ๐˜™๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜‰๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ญ๐˜ข๐˜ญ๐˜ถ ๐˜—๐˜ฆ๐˜ณ๐˜จ๐˜ช๐˜”๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ถ๐˜ต ๐˜›๐˜ช๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข ๐˜ˆ๐˜ช๐˜ฅ๐˜ช๐˜ญ๐˜ง๐˜ช๐˜ต๐˜ณ๐˜ช๐˜ˆ๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ถ๐˜ฏ...
09/04/2024

๐˜ฝ๐™€๐™๐™‡๐˜ผ๐˜ฝ๐™๐™ƒ ๐™Ž๐™๐˜ฟ๐˜ผ๐™ƒ ๐™๐™„๐™๐˜ผ๐™„ ๐™๐˜ผ๐™ˆ๐˜ผ๐˜ฟ๐˜ผ๐™‰, ๐™‡๐˜ผ๐™ˆ๐˜ฝ๐˜ผ๐™„๐˜ผ๐™‰ ๐™Ž๐™”๐˜ผ๐™’๐˜ผ๐™‡ ๐™†๐™„๐™‰๐™„ ๐™ˆ๐™€๐™‰๐™…๐™€๐™‡๐™ˆ๐˜ผ

๐˜Š๐˜ข๐˜ฉ๐˜ข๐˜บ๐˜ข ๐˜™๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜‰๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ญ๐˜ข๐˜ญ๐˜ถ ๐˜—๐˜ฆ๐˜ณ๐˜จ๐˜ช
๐˜”๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ถ๐˜ต ๐˜›๐˜ช๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข ๐˜ˆ๐˜ช๐˜ฅ๐˜ช๐˜ญ๐˜ง๐˜ช๐˜ต๐˜ณ๐˜ช
๐˜ˆ๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ถ๐˜ฏ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜”๐˜ข๐˜ข๐˜ง ๐˜š๐˜ฆ๐˜จ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข ๐˜—๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ช
๐˜š๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฐ๐˜จ๐˜ข ๐˜๐˜ฌ๐˜ข๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ ๐˜’๐˜ฆ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ญ ๐˜‹๐˜ช ๐˜๐˜ข๐˜ต๐˜ช

๐˜š๐˜ฆ๐˜ช๐˜ณ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ ๐˜›๐˜ข๐˜ฌ๐˜ฃ๐˜ช๐˜ณ ๐˜‰๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฌ๐˜ถ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ
๐˜’๐˜ถ๐˜ข๐˜ต๐˜ถ๐˜ณ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜š๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ ๐˜”๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ถ๐˜ต ๐˜ˆ๐˜ช๐˜ฅ๐˜ช๐˜ญ๐˜ง๐˜ช๐˜ต๐˜ณ๐˜ช
๐˜‘๐˜ช๐˜ฌ๐˜ข ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ต๐˜ข ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ต๐˜ข ๐˜ฌ๐˜ฉ๐˜ช๐˜ญ๐˜ข๐˜ง๐˜ฌ๐˜ถ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ด ๐˜ญ๐˜ข๐˜ณ๐˜ข
๐˜”๐˜ฐ๐˜ฉ๐˜ฐ๐˜ฏ ๐˜”๐˜ข๐˜ข๐˜ง ๐˜ก๐˜ข๐˜ฉ๐˜ช๐˜ณ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜‰๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฏ

Di kesempatan ini, saya mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin buat seluruh umat Islam. Sambutlah keindahan Syawal dengan insan yang tersayang. Hargailah setiap detik dan waktu bersama mereka.

Taqaballahu Minna Wa Minkum, Salam Lebaran 2024 ikhlas daripada saya Siti Nadia Akmal Mohamad serta keluarga.

Address

Kangar
01000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tc Yaw posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category