SMK Syed Alwi

Call Directions

SMK Syed Alwi Halaman Rasmi Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi 01000 Kangar Perlis

Permata Alwian bersinar di arena bicara.Untuk makluman semua, salah seorang pelajar tingkatan 6 SMK Syed Alwi telah meny...
01/10/2026

Permata Alwian bersinar di arena bicara.

Untuk makluman semua, salah seorang pelajar tingkatan 6 SMK Syed Alwi telah menyertai Pertandingan Akhir Pidato Diraja Tingkatan 6 Peringkat Kebangsaan 2026 pada 1 Oktober 2026, 9:00 pagi di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma DBP, Kuala Lumpur

Peserta tersebut ialah Muhammad Noorsolihin bin. Mohd Taufiq (6B7)
Guru Pembimbing : Cikgu Shamsuria binti Abdullah, Cikgu Chuah Lee Ling dan Cikgu Hasliza binti Abu Yazid.
Pembantu Montaj : Adam Mukhriz bin Zamri (6B3)

Daripada 16 pasukan yang bertanding, Solihin telah terpilih untuk masuk ke pusingan akhir, iaitu pidato spontan selama 10 minit dan mempersembahkan pidato tersebut di hadapan DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah

Solihin yang mewakili Negeri Perlis telah menyandang Naib Johan dan menerima hadiah kemenangan berjumlah RM 7000.

Warga SMK Syed Alwi mengucapkan tahniah dan syabas atas pencapaian yang begitu membanggakan ini. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi buat kita semua.

Tanpa Usaha, mimpi tak akan jadi kenyataan.

Assalamualaikum dan Salam Malaysia MADANI. Pada 19 September 2026, Kelab Doktor Muda SMK Syed Alwi telah menyertai Progr...
20/09/2026

Assalamualaikum dan Salam Malaysia MADANI.

Pada 19 September 2026, Kelab Doktor Muda SMK Syed Alwi telah menyertai Program Jelajah Farmasi dan Sambutan Hari Farmasi Sedunia Negeri Perlis 2026.

Berkat usaha gigih, kesungguhan dan ketekunan murid-murid yang terlibat, sekolah kita berjaya melakar kejayaan di pentas pertandingan dengan meraih:

🥇 Tempat Pertama – Pertandingan Explore Health
🥈 Tempat Kedua – Pertandingan Pidato Tolak Ubat Tidak Sah
🏅 Tempat Kelima – Pertandingan Spell-It-Drug

Lebih membanggakan, anak-anak Alwian merupakan kumpulan termuda dalam Pertandingan Explore Health, namun berjaya bersaing dan mengungguli kumpulan daripada institusi pengajian tinggi (IPT) dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan penyertaan ini.

PBL DAN EBL GRAND SHOWCASE PERINGKAT NEGERI PERLIS 202617 SEPTEMBER 2026
18/09/2026

PBL DAN EBL GRAND SHOWCASE PERINGKAT NEGERI PERLIS 2026
17 SEPTEMBER 2026

17/09/2026
Hari Anugerah Kecemerlangan SMK Syed Alwi bagi tahun 2026
17/09/2026

Hari Anugerah Kecemerlangan SMK Syed Alwi bagi tahun 2026

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Pada 10/9/26 yang lalu, telah diadakan Pertandingan Memasak Sekolah Menengah anjur...
11/09/2026

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pada 10/9/26 yang lalu, telah diadakan Pertandingan Memasak Sekolah Menengah anjuran Maggi di SMK Putra.

SMK Syed Alwi telah menghantar 7 pasukan (14 peserta). Dua pasukan kategori menengah rendah telah berjaya ke pusingan kedua dan telah berjaya mendapat tempat ke-4 dan ke-3.

Tempat ke-3 negeri telah disandang oleh Damia dan Aimy dari 2Y, manakala tempat ke-4 telah disandang oleh Nur Mukhlisha 2Y dan Amanina 2C.

Ketujuh-tujuh pasukan ini telah mendapat bimbingan daripada cikgu Norhafiza dan dibantu oleh cikgu Rosnita.

Sekalung ucapan terima kasih diucapkan kepada Puan pengetua, barisan pentadbiran, rakan-rakan guru dan staf yang telah memberikan sokongan. Sayang semua.

Tahniah juga diucapkan kepada para pelajar yang telah berjaya memenangi cabaran yang dipertandingkan.
Syed Alwi the power. Alwian the best.

Alhamdulillah,  selesai Jaulah Ilmiah ke Selangor,  Kuala Lumpur dan Putrajaya pada 4-5 September 2026.Melibatkan 160 or...
06/09/2026

Alhamdulillah, selesai Jaulah Ilmiah ke Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pada 4-5 September 2026.
Melibatkan 160 orang murid dan 12 orang guru.
Semoga dapat membina sahsiah yang lebih baik dan membentuk jati diri sebagai warga negara Malaysia yang mencintai tanah air sendiri.
Perubahan nungkin bukan hari ini... Tetapi esok, lusa atau pada masa depan.
Terima kasih Majlis Agama Islam. Dan Adat Istiadat Negeri Perlis kerana memberi peluang.
Terima kasih Konsultan Asia Global atas pengurusan program yang berilmiah dan berbaloi

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.Pada 27 Ogos 2026, dua orang peserta pidato dari SMK Syed Alwi telah melepasi sa...
29/08/2026

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Pada 27 Ogos 2026, dua orang peserta pidato dari SMK Syed Alwi telah melepasi saringan pemilihan untuk ke peringkat akhir Pertandingan Pidato Sekolah Menengah Negeri Perlis yang berlangsung di SMK Syed Hussein.
Untuk makluman,sebanyak 24 buah sekolah telah menghantar penyertaan dan hanya 10 buah sekolah yang terpilih ke peringkat akhir bagi setiap kategori .

Semasa di peringkat akhir, NUR QHADIJA AISYA BT BADRUL HISAM dari kelas 1D telah mendapat tempat keempat bagi kategori menengah rendah, manakala NUR ALYA NASUHA BINTI IZHAM ZUHAIRI 4Y telah mendapat saguhati bagi kategori menengah atas.

Kedua-dua pelajar ini telah mendapat bimbingan daripada cikgu Siti Nurzafirah bt Idris dan cikgu Norhafiza bt Mohd Aziz.

Tahniah diucapkan kepada pemidato yang telah menyertai pertandingan tersebut.

Selamat bersara cikgu Fatimah binti Salleh. Semoga cikgu dikurniakan kesihatan yang baik, diberikan kesejahteraan dan ke...
29/08/2026

Selamat bersara cikgu Fatimah binti Salleh.
Semoga cikgu dikurniakan kesihatan yang baik, diberikan kesejahteraan dan kebahagiaan yang berpanjangan bersama-sama keluarga yang tercinta. Terima kasih atas segala jasa yang telah dicurahkan.

Terima kasih cikgu.

PENGUMUMAN RASMI!!!PERMOHONAN TENDER KANTIN SMK SYED ALWI UNTUK TAHUN 2027 - 2028 TELAH DIBUKA. SESIAPA YANG BERMINAT BO...
21/08/2026

PENGUMUMAN RASMI!!!
PERMOHONAN TENDER KANTIN SMK SYED ALWI UNTUK TAHUN 2027 - 2028 TELAH DIBUKA.
SESIAPA YANG BERMINAT BOLEH DAPATKAN BORANG DI PEJABAT SEKOLAH PADA WAKTU PEJABAT.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 14 SEPTEMBER 2026

IKLAN INI BOLEH DIPANJANGKAN KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT.
TERIMA KASIH.

Address

Kangar

Telephone

+6049762539

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Syed Alwi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category