27/06/2025
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA,
SALAM ILMU, KEIKHLASAN, KECEMERLANGAN UNIMAP DAN SALAM MALAYSIA MADANI
[LAPORAN AKTIVITI: HEAL RUN - 3KM]
Pada 22 Jun 2025, Majlis Penghuni Kolej Kediaman Kompleks Perumahan Tan Sri Aishah Ghani (MPKKPTAG) telah berjaya menganjurkan HEAL RUN - 3KM bertempat di Kolej Kediaman Tan Sri Aishah Ghani, UniMAP. Program ini telah disertai oleh seramai 100 peserta yang terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi UniMAP.
Tujuan utama penganjuran program ini adalah untuk menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar serta memupuk semangat kesedaran terhadap kesihatan mental dan fizikal. Aktiviti larian sejauh 3KM ini disertai dengan penyediaan T-shirt, sarapan pagi, e-sijil penyertaan, dan pengisian berkaitan Pillars 3 yang memberi nilai tambah kepada peserta.
Program ini telah berlangsung dengan lancar dan penuh semangat. Kerjasama daripada semua pihak termasuk peserta, urus setia dan sukarelawan amat dihargai dalam memastikan kejayaan penganjuran ini.
Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.
Ucapan terima kasih khas ditujukan kepada pihak Pusat Kaunseling UniMAP (PUSKA) serta Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) atas segala sokongan, bimbingan serta kerjasama yang diberikan sepanjang pelaksanaan program ini. Kehadiran dan sumbangan anda amat bermakna dalam memeriahkan serta memberi impak positif kepada HEAL RUN 2025.
Semoga usaha ini dapat diteruskan dan memberi manfaat berterusan kepada seluruh warga kampus.
SEKIAN, TERIMA KASIH.
MAJLIS PENGHUNI KOLEJ KEDIAMAN KOMPLEKS PERUMAHAN TAN SRI AISHAH GHANI
SESI 2024/2025