Akademi Transformasi Asnaf MAIPs Sdn Bhd

Call Directions Website Contact the school

Akademi Transformasi Asnaf MAIPs Sdn Bhd Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Akademi Transformasi Asnaf MAIPs Sdn Bhd, MAIPs, No A2 Taman Pengkalan Asam, Persiaran Tuanku Syed Putra, Kangar.

Mengendalikan kursus dan latihan dalam bidang keusahawanan, pendidikan dan latihan TVET bagi memperkasa golongan ASNAF di Negeri Perlis ke arah peningkatan kemahiran, kebolehpasaran dan kemandirian ekonomi.

KURSUS ASAS KEUSAHAWANAN PESERTA TEMUDUGA BANTUAN SOSIOEKONOMI BIL. 3/2026Hari ini telah berlangsung Kursus Asas Keusaha...
07/10/2026

KURSUS ASAS KEUSAHAWANAN PESERTA TEMUDUGA BANTUAN SOSIOEKONOMI BIL. 3/2026

Hari ini telah berlangsung Kursus Asas Keusahawanan bertempat di Dewan Kuliyyah MAIPs, sebagai persediaan dan pendedahan awal kepada para peserta sebelum menghadiri sesi Temuduga Bantuan Sosioekonomi Bil. 3/2026 pada esok hari.

Kursus ini memberi pendedahan berkaitan asas keusahawanan bagi membantu peserta memahami aspek pengurusan dan pembangunan perniagaan ke arah meningkatkan taraf sosioekonomi keluarga.

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sentiasa komited dalam memperkasakan usahawan asnaf di Negeri Perlis melalui Akademi Transformasi Asnaf MAIPs Sdn Bhd (ATAM) dengan menyediakan bimbingan, latihan dan sokongan ke arah menjana pendapatan yang lebih mampan.

🌱 PESERTA TDA TEROKA PELUANG JANA PENDAPATAN MELALUI KEMAHIRAN PEMANGKASAN MANGGA HARUMANIS BERSAMA UNIT LADANG UiTM CAW...
05/10/2026

🌱 PESERTA TDA TEROKA PELUANG JANA PENDAPATAN MELALUI KEMAHIRAN PEMANGKASAN MANGGA HARUMANIS BERSAMA UNIT LADANG UiTM CAWANGAN PERLIS

Alhamdulillah, hari ini telah berlangsung Kursus Hands-on Pemangkasan Pokok Mangga Harumanis melibatkan peserta Taman Desa Asnaf (TDA)
dengan kerjasama Unit Ladang UiTM Cawangan Perlis.

Kursus ini dilaksanakan sepenuhnya secara hands-on di ladang Harumanis UiTM Cawangan Perlis Kampus Arau di mana peserta dibimbing secara langsung oleh tenaga pengajar pakar daripada UiTM serta Pegawai Pertanian dalam melakukan teknik pemangkasan pokok mangga dengan kaedah yang betul.

Peserta berpeluang melakukan sendiri pemangkasan melibatkan pokok Mangga Harumanis dan Mangga Chok Anan, sekali gus memberi pengalaman praktikal serta meningkatkan kemahiran peserta dalam penjagaan dan pemangkasan tanaman mangga.

Latihan praktikal ini bukan sahaja menambah pengetahuan dan kemahiran peserta dalam bidang pertanian, malah membuka ruang untuk mereka meneroka kemahiran pemangkasan sebagai salah satu potensi perkhidmatan dan sumber pendapatan pada masa hadapan.

PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN GOLONGAN RENTAN (GR) TAHUN 2026 DI GIATMARA ARAUπŸ”§ FABRIKASI LOGAM : MEMBUAT RAK SERBAGUNA, AMP...
01/10/2026

PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN GOLONGAN RENTAN (GR) TAHUN 2026 DI GIATMARA ARAU

πŸ”§ FABRIKASI LOGAM : MEMBUAT RAK SERBAGUNA, AMPAIAN BAJU & TANGGA πŸ”§

Anda minat dengan kemahiran?

Jadikan minat dan kemahiran anda sebagai satu peluang untuk membina kerjaya serta menjana pendapatan! πŸ’ΌπŸ’°

GIATMARA Perlis membuka peluang kepada golongan rentan untuk mengikuti Kemahiran secara praktikal, percuma dan berfokuskan kemahiran.

🎯 KUMPULAN SASARAN

Program ini terbuka kepada golongan rentan seperti:

πŸ”Ή Belia B40 / berpendapatan rendah
πŸ”Ή Belia tercicir pendidikan
πŸ”Ή Belia tidak bekerja dan tidak mengikuti pendidikan atau latihan (NEET)
πŸ”Ή Penganggur / individu tanpa pendapatan tetap
πŸ”Ή Ibu tunggal
πŸ”Ή Wanita / suri rumah berpendapatan rendah
πŸ”Ή Orang Kurang Upaya (OKU)
πŸ”Ή Anak yatim / yatim piatu
πŸ”Ή Penghuni / bekas penghuni institusi kebajikan
πŸ”Ή Golongan gelandangan / tiada tempat tinggal tetap
πŸ”Ή Penduduk luar bandar dan kawasan pedalaman
πŸ”Ή Mangsa bencana / individu yang kehilangan punca pendapatan
πŸ”Ή Ketua isi rumah miskin / miskin tegar

🎁 APA YANG PESERTA AKAN TERIMA?

πŸŽ‰ Latihan secara PERCUMA
πŸ› οΈ TOOLS KIT SECARA PERCUMA
πŸ“¦ Bahan latihan percuma
πŸ“œ Sijil penyertaan
πŸ‘¨β€πŸ« Bimbingan sepanjang latihan
πŸ’Ό Pendedahan peluang pekerjaan & keusahawanan
🍽️ Makan & minum disediakan
πŸ’° Elaun sara hidup RM400

πŸ› οΈ TOOLS KIT SECARA PERCUMA!

Peserta akan menerima Tools Kit secara percuma dan menjana pendapatan melalui perkhidmatan.

πŸ“Œ MAKLUMAT PROGRAM

πŸ‘₯ Jumlah Peserta: 10 orang
⏱️ Tempoh Latihan: 40 jam / 10 hari
πŸ’° Elaun Sara Hidup: RM400

πŸ“ Tempat Latihan:
GIATMARA Arau, Perlis.

πŸ”₯ TEMPAT TERHAD – HANYA 10 PESERTA!

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan kemahiran secara percuma, menerima Tools Kit secara percuma dan membuka peluang menjana pendapatan.

πŸ“² DAFTAR SEKARANG!

πŸ“ Borang Pendaftaran:
πŸ”— https://forms.gle/RZ4SomTFByUap6n68

πŸ“ž Maklumat Lanjut:
GIATMARA Arau
☎️ 04-9779184

πŸ“² Sila kongsikan hebahan ini kepada rakan, ahli keluarga atau individu yang mungkin layak dan berminat.

πŸ”§πŸ“± BELAJAR KEMAHIRAN β€’ DAPATKAN TOOLS KIT β€’ BINA PELUANG β€’ JANA PENDAPATAN πŸ’°



🌱 ATAM PERKASA KEMAHIRAN AGRIKULTUR PESERTA TAMAN DESA ASNAF MELALUI PROJEK PENANAMAN NANAS MD2 🍍Alhamdulillah, pada 1 O...
01/10/2026

🌱 ATAM PERKASA KEMAHIRAN AGRIKULTUR PESERTA TAMAN DESA ASNAF MELALUI PROJEK PENANAMAN NANAS MD2 🍍

Alhamdulillah, pada 1 Oktober 2026 (Khamis) telah berlangsung Bengkel Penanaman Nanas MD2 – Modul 1: Perancangan Penanaman dan Penyediaan Tempat bertempat di Taman Desa Asnaf (TDA), Batu Bertangkup, Perlis. Bengkel ini melibatkan semua peserta TDA bersama 4 orang pelajar latihan industri.

Bengkel ini merupakan sebahagian daripada Projek Pemerkasaan Ekonomi Asnaf Melalui Penanaman Nanas MD2, hasil kerjasama strategik antara Akademi Transformasi Asnaf MAIPs Sdn. Bhd. (ATAM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis. Projek berasaskan pertanian ini memberi fokus kepada pembangunan kemahiran peserta, pengukuhan keusahawanan serta potensi penjanaan pendapatan melalui tanaman Nanas MD2 yang mempunyai nilai komersial.

Projek ini dirancang untuk dilaksanakan dalam tempoh dua tahun dengan pendekatan yang menyeluruh merangkumi pembangunan modul, pemindahan ilmu melalui latihan teori dan amali, bimbingan teknikal serta pemantauan berkala oleh tenaga kepakaran UiTM. Sebanyak tujuh modul akan dilaksanakan secara berperingkat, bermula daripada perancangan dan penyediaan tapak sehingga proses penuaian, pengurusan pascatuai, pemasaran hasil dan penghasilan sulur tanaman.

Bagi Modul 1, peserta didedahkan dengan aspek perancangan penanaman dan penyediaan tempat serta menjalani sesi praktikal sebagai asas kepada pelaksanaan penanaman Nanas MD2 dalam polibeg di TDA. Pendekatan hands-on ini memberi peluang kepada peserta mempelajari sendiri proses pengurusan tanaman secara sistematik dengan bimbingan teknikal daripada pihak UiTM.

Melalui projek ini, ATAM terus komited menyediakan ruang pembelajaran dan latihan yang dapat memperkukuh kemahiran agrikultur peserta TDA, seterusnya membolehkan ilmu dan pengalaman yang diperoleh dimanfaatkan dalam aktiviti pertanian serta penjanaan pendapatan pada masa hadapan insha Allah. 🌱🍍

πŸ’» ATAM TERUS KOMITED PERKASA LITERASI KOMPUTER PESERTA TAMAN DESA ASNAFAlhamdulillah, pada 30 September 2026, telah berl...
30/09/2026

πŸ’» ATAM TERUS KOMITED PERKASA LITERASI KOMPUTER PESERTA TAMAN DESA ASNAF

Alhamdulillah, pada 30 September 2026, telah berlangsung Kursus Asas Microsoft Word & Excel bertempat di ADTEC JTM Kampus Kangar @ ILP Kangar, melibatkan seramai 30 orang peserta.

Kursus ini dilaksanakan sebagai salah satu usaha ATAM dalam meningkatkan kemahiran dan literasi komputer dalam kalangan peserta Taman Desa Asnaf (TDA), khususnya bagi membantu urusan harian, pembelajaran serta persediaan ke alam pekerjaan dan keusahawanan.

Sepanjang kursus, peserta diberi latihan secara praktikal menggunakan Google Docs dan Google Sheets bagi mempelajari asas penyediaan dokumen, pengurusan data serta penggunaan formula asas. Pembelajaran turut dilaksanakan melalui Google Classroom, sekali gus memudahkan peserta mengakses bahan pembelajaran dan latihan secara dalam talian pada bila-bila masa dan dari mana-mana sahaja.

Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat terus dipraktikkan serta menjadi nilai tambah dalam meningkatkan keupayaan digital dan pembangunan diri peserta.

Terima kasih kepada pihak ADTEC JTM Kampus Kangar @ ILP Kangar atas kerjasama dan perkongsian ilmu dalam menjayakan program ini. πŸ€πŸ’»

πŸ“¦βœ¨ BENGKEL SMART-Bizz: PEMBUNGKUSAN DAN PELABELAN βœ¨πŸ“¦πŸ”Ή Tarikh: 30 September 2026 (Rabu)πŸ”Ή Masa: 8.30 pagi – 5.00 petangπŸ”Ή T...
30/09/2026

πŸ“¦βœ¨ BENGKEL SMART-Bizz: PEMBUNGKUSAN DAN PELABELAN βœ¨πŸ“¦

πŸ”Ή Tarikh: 30 September 2026 (Rabu)
πŸ”Ή Masa: 8.30 pagi – 5.00 petang
πŸ”Ή Tempat: Hotel Seri Malaysia Kangar, Perlis

βœ… Usahawan Bimbingan ATAM MAIPs
βœ… Usahawan Mikro Perlis
βœ… Usahawan berasaskan Makanan & Minuman

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta yang telah meluangkan masa, memberikan komitmen dan menyertai bengkel ini dengan penuh semangat. πŸ™Œ

Semoga ilmu dan perkongsian yang diperoleh dapat dimanfaatkan untuk menghasilkan pembungkusan yang lebih menarik, pelabelan yang lebih baik serta produk yang lebih berdaya saing di pasaran. πŸ’ͺπŸ“ˆ

🌱 Hari ini belajar, esok kita tambah baik, dan seterusnya kita berkembang bersama!

Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan ATAM MAIPs dengan kerjasama Official Kolej Komuniti Arau dalam membina usahawan mikro yang lebih berilmu, yakin dan berdaya maju. πŸ’™πŸ’›

25/09/2026
πŸ“£ PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN GOLONGAN RENTAN (GR) TAHUN 2026πŸ”§ PENDAWAIAN ASAS, PEMASANGAN DB & AKSESORI ELEKTRIK❄️ PEMASA...
22/09/2026

πŸ“£ PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN GOLONGAN RENTAN (GR) TAHUN 2026

πŸ”§ PENDAWAIAN ASAS, PEMASANGAN DB & AKSESORI ELEKTRIK
❄️ PEMASANGAN & PENYELENGGARAAN PENYAMAN UDARA DOMESTIK (1 FASA)

DI GIATMARA ARAU

Anda minat dengan kemahiran?

Jadikan minat dan kemahiran anda sebagai satu peluang untuk membina kerjaya serta menjana pendapatan! πŸ’ΌπŸ’°

GIATMARA Perlis membuka peluang kepada golongan rentan untuk mengikuti latihan kemahiran secara praktikal, percuma dan berfokuskan kemahiran.

🎯 KUMPULAN SASARAN

Program ini terbuka kepada golongan rentan seperti:

πŸ”Ή Belia B40 / berpendapatan rendah
πŸ”Ή Belia tercicir pendidikan
πŸ”Ή Belia tidak bekerja dan tidak mengikuti pendidikan atau latihan (NEET)
πŸ”Ή Penganggur / individu tanpa pendapatan tetap
πŸ”Ή Ibu tunggal
πŸ”Ή Wanita / suri rumah berpendapatan rendah
πŸ”Ή Orang Kurang Upaya (OKU)
πŸ”Ή Anak yatim / yatim piatu
πŸ”Ή Penghuni / bekas penghuni institusi kebajikan
πŸ”Ή Golongan gelandangan / tiada tempat tinggal tetap
πŸ”Ή Penduduk luar bandar dan kawasan pedalaman
πŸ”Ή Mangsa bencana / individu yang kehilangan punca pendapatan
πŸ”Ή Ketua isi rumah miskin / miskin tegar

🎁 APA YANG PESERTA AKAN TERIMA?

πŸŽ‰ Latihan secara PERCUMA
πŸ› οΈ TOOLS KIT SECARA PERCUMA
πŸ“¦ Bahan latihan percuma
πŸ“œ Sijil penyertaan
πŸ‘¨β€πŸ« Bimbingan sepanjang latihan
πŸ’Ό Pendedahan peluang pekerjaan & keusahawanan
🍽️ Makan & minum disediakan
πŸ’° Elaun sara hidup RM400

πŸ› οΈ TOOLS KIT SECARA PERCUMA!

Peserta akan menerima Tools Kit secara percuma yang boleh digunakan untuk mempraktikkan kemahiran yang dipelajari serta membuka peluang menjana pendapatan melalui perkhidmatan berkaitan.

πŸ“Œ MAKLUMAT PROGRAM

πŸ‘₯ Jumlah Peserta: 10 orang
⏱️ Tempoh Latihan: 40 jam / 10 hari
πŸ’° Elaun Sara Hidup: RM400

πŸ“ Tempat Latihan:
GIATMARA Arau, Perlis.

πŸ”₯ TEMPAT TERHAD – HANYA 10 PESERTA!

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan latihan kemahiran secara percuma, menerima Tools Kit secara percuma dan membuka peluang untuk menjana pendapatan.

πŸ“² DAFTAR SEKARANG!

πŸ“ Borang Pendaftaran:
https://forms.gle/8Fb9v8fAZ1yJ8u6n7

πŸ“ž Maklumat Lanjut:
GIATMARA Arau
☎️ 04-9779184

πŸ“² Sila kongsikan hebahan ini kepada rakan, ahli keluarga atau individu yang mungkin layak dan berminat.

πŸ”§β„οΈ BELAJAR KEMAHIRAN β€’ DAPATKAN TOOLS KIT β€’ BINA PELUANG β€’ JANA PENDAPATAN πŸ’°



πŸ“£ PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN GOLONGAN RENTAN (GR) TAHUN 2026πŸ”§ **KURSUS BAIKPULIH TELEFON PINTAR** # # # **DI GIATMARA KAN...
21/09/2026

πŸ“£ PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN GOLONGAN RENTAN (GR) TAHUN 2026

πŸ”§ **KURSUS BAIKPULIH TELEFON PINTAR**

# # # **DI GIATMARA KANGAR**

πŸ“± **Ada minat dalam teknologi? Ada bakat membaiki telefon?**

Jadikan minat dan kemahiran anda sebagai satu peluang untuk **membina kerjaya serta menjana pendapatan!** πŸ’ΌπŸ’°

**GIATMARA Perlis** membuka peluang kepada **golongan rentan** untuk mengikuti **Kursus Baikpulih Telefon Pintar** secara **praktikal, percuma dan berfokuskan kemahiran**.

Peserta akan diberikan pendedahan kepada kemahiran baikpulih telefon pintar yang boleh dimanfaatkan untuk **membuka peluang pekerjaan, menyediakan perkhidmatan baikpulih dan menjana pendapatan.** πŸ“±πŸ”§

---

# # # πŸ› οΈ APA YANG AKAN DIPELAJARI?

πŸ“± **Pengenalan Telefon Pintar**
* Mengenali komponen dan fungsi telefon pintar
* Pengenalan kepada perkakasan dan perisian telefon

πŸ”§ **Asas Membuka & Memasang Telefon**
* Teknik membuka dan memasang telefon dengan betul
* Mengenali komponen dalaman telefon

πŸ” **Pengesanan & Diagnosis Kerosakan**
* Mengenal pasti punca kerosakan telefon
* Pemeriksaan asas kerosakan perkakasan dan perisian

πŸ”‹ **Baikpulih Masalah Telefon**
* Masalah bateri
* Masalah pengecasan
* Masalah skrin
* dll

⚑ **Asas Sistem Pengecasan**
* Mengenali komponen sistem pengecasan
* Pemeriksaan masalah charging
* Asas diagnosis kerosakan

πŸ’» **Asas Perisian Telefon**
* Reset dan pemulihan sistem
* Kemas kini perisian
* Asas troubleshooting masalah sistem

πŸ› οΈ **Penggunaan Tools & Peralatan**
* Pengenalan kepada tools baikpulih telefon pintar
* Teknik penggunaan tools dengan betul dan selamat
* Amalan kerja yang sesuai semasa proses baikpulih

πŸ’Ό **Keusahawanan & Peluang Menjana Pendapatan**
* Asas memulakan perkhidmatan baikpulih telefon
* Jenis perkhidmatan yang boleh ditawarkan
* Asas pengiraan kos dan harga servis
* Pendedahan kepada peluang pekerjaan dan keusahawanan
* Cara memanfaatkan kemahiran untuk **menjana pendapatan melalui perkhidmatan baikpulih telefon pintar**

---

# # # 🎯 KUMPULAN SASARAN

Program ini terbuka kepada golongan rentan seperti:

πŸ”Ή Belia B40 / berpendapatan rendah
πŸ”Ή Belia tercicir pendidikan
πŸ”Ή Belia tidak bekerja dan tidak mengikuti pendidikan atau latihan (NEET)
πŸ”Ή Penganggur / individu tanpa pendapatan tetap
πŸ”Ή Ibu tunggal
πŸ”Ή Wanita / suri rumah berpendapatan rendah
πŸ”Ή Orang Kurang Upaya (OKU)
πŸ”Ή Anak yatim / yatim piatu
πŸ”Ή Penghuni / bekas penghuni institusi kebajikan
πŸ”Ή Golongan gelandangan / tiada tempat tinggal tetap
πŸ”Ή Penduduk luar bandar dan kawasan pedalaman
πŸ”Ή Mangsa bencana / individu yang kehilangan punca pendapatan
πŸ”Ή Ketua isi rumah miskin / miskin tegar

---

# # # 🎁 APA YANG PESERTA AKAN TERIMA?

πŸŽ‰ **Latihan secara PERCUMA**
πŸ› οΈ **TOOLS KIT SECARA PERCUMA**
πŸ“¦ **Bahan latihan percuma**
πŸ“œ **Sijil penyertaan**
πŸ‘¨β€πŸ« **Bimbingan sepanjang latihan**
πŸ’Ό **Pendedahan peluang pekerjaan & keusahawanan**
🍽️ **Makan & minum disediakan**
πŸ’° **Elaun sara hidup RM400**

πŸ› οΈ **TOOLS KIT SECARA PERCUMA!**

Peserta akan menerima **Tools Kit secara percuma** yang boleh digunakan untuk menjalankan **aktiviti baikpulih telefon pintar dan menjana pendapatan melalui perkhidmatan baikpulih telefon pintar.** πŸ“±πŸ”§πŸ’°

---

# # # πŸ“Œ MAKLUMAT PROGRAM

πŸ‘₯ **Jumlah Peserta:** 10 orang
⏱️ **Tempoh Latihan:** 40 jam / 10 hari
πŸ’° **Elaun Sara Hidup:** RM400

πŸ“ **Tempat Latihan:**
**Bengkel Kursus Baikpulih Telefon Pintar,
GIATMARA Kangar, Perlis.**

---

# # πŸ”₯ TEMPAT TERHAD – HANYA 10 PESERTA!

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan **kemahiran baikpulih telefon pintar secara percuma**, menerima **Tools Kit secara percuma** dan mempelajari asas keusahawanan untuk **membuka peluang menjana pendapatan.**

πŸ“² **DAFTAR SEKARANG!**

πŸ“ **Borang Pendaftaran:**
πŸ”— ** https://forms.gle/uzaiV7cam4KVdTBE8 **

πŸ“ž **Maklumat Lanjut:**
**GIATMARA Kangar**
☎️ **04-976 4773**

πŸ“² **Sila kongsikan hebahan ini kepada rakan, ahli keluarga atau individu yang mungkin layak dan berminat.**

# # # πŸ”§πŸ“± **BELAJAR KEMAHIRAN β€’ DAPATKAN TOOLS KIT β€’ BINA PELUANG β€’ JANA PENDAPATAN** πŸ’°




πŸš€ NAK PRODUK ANDA NAMPAK LEBIH PROFESIONAL & MENARIK? πŸš€Jom sertai BENGKEL SMART-Bizz: PEMBUNGKUSAN DAN PELABELAN dan tin...
19/09/2026

πŸš€ NAK PRODUK ANDA NAMPAK LEBIH PROFESIONAL & MENARIK? πŸš€

Jom sertai BENGKEL SMART-Bizz: PEMBUNGKUSAN DAN PELABELAN dan tingkatkan lagi kualiti persembahan produk anda! πŸ“¦βœ¨

Dalam bengkel ini, peserta akan didedahkan kepada ilmu dan kemahiran berkaitan pembungkusan serta pelabelan produk yang lebih kemas, menarik dan sesuai untuk meningkatkan nilai serta daya tarikan produk di pasaran.

πŸ“… 30 September 2026 (Rabu)
⏰ 8.30 pagi – 5.00 petang
πŸ“ Hotel Seri Malaysia Kangar, Perlis

🎯 Terbuka kepada:
βœ… Usahawan bimbingan ATAM MAIPs
βœ… Usahawan Mikro Perlis
βœ… Usahawan berasaskan makanan & minuman

πŸ”₯ TERHAD KEPADA 35 PESERTA SAHAJA!

Jangan lepaskan peluang untuk tambah ilmu, kemaskan persembahan produk dan tampil lebih yakin sebagai usahawan! πŸ’ͺπŸ“¦

πŸ“² DAFTAR SEKARANG MELALUI WHATSAPP:
πŸ‘‰ Klik di sini : https://wa.link/tvg6mt

πŸ“ž 012-584 4439

✨ Produk yang baik bukan sekadar berkualiti β€” pembungkusan dan pelabelan yang tepat juga mampu meningkatkan keyakinan pelanggan!

Address

MAIPs, No A2 Taman Pengkalan Asam, Persiaran Tuanku Syed Putra
Kangar
01000

Opening Hours

Monday 09:00 - 16:00
Tuesday 09:00 - 16:00
Wednesday 09:00 - 16:00
Thursday 09:00 - 16:00
Friday 09:00 - 16:00

Telephone

+6049794439

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Akademi Transformasi Asnaf MAIPs Sdn Bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Akademi Transformasi Asnaf MAIPs Sdn Bhd:

Shortcuts

Share