08/02/2024
🌙 *SELAMAT MEMPERINGATI ISRAK WAL MIKRAJ*
سُبۡحَـٰنَ ٱلَّذِیۤ أَسۡرَىٰ بِعَبۡدِهِۦ لَیۡلࣰا مِّنَ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِ إِلَى ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡأَقۡصَا ٱلَّذِی بَـٰرَكۡنَا حَوۡلَهُۥ لِنُرِیَهُۥ مِنۡ ءَایَـٰتِنَاۤۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِیعُ ٱلۡبَصِیرُ
_Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat._ [Surah Al-Isrāʾ: 1]
Salah satu Ibrah yang besar dalam peristiwa ini adalah *PERINTAH SOLAT*. Satu-satunya perintah / ibadah yang dikurniakan terus kepada Baginda Nabi SAW daripada Allah SWT.
_*Solat Adalah Asas Kehidupan & Kejayaan Kita di Dunia dan Akhirat. Maka Jadikanlah Solat Sebagai Agenda Utama dalam Kehidupan*_
Semoga kita semua dapat menghayati peristiwa Agung ini dengan jiwa yang tulus dan bersih, moga beroleh Keberkatan dan Rahmat Allah SWT.
*Ustaz Yussaine Yahya*
MATIN | 27 Rejab 1445
Khamis • 8 Feb 2024