Sektor Psikologi & Kaunseling, JPN Perlis

Sektor Psikologi & Kaunseling, JPN Perlis

π’π„π“πˆπ“πˆπŠ πŠπ„π’π„πƒπ€π‘π€π 𝐒𝐄𝐉𝐔𝐓𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 ππ„ππƒπˆπƒπˆπŠπ€π  ππ„π†π„π‘πˆ ππ„π‘π‹πˆπ’
19/08/2026

π’π„π“πˆπ“πˆπŠ πŠπ„π’π„πƒπ€π‘π€π 𝐒𝐄𝐉𝐔𝐓𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 ππ„ππƒπˆπƒπˆπŠπ€π ππ„π†π„π‘πˆ ππ„π‘π‹πˆπ’

BUKAN KERANA LEMAH, TAPI KERANA TERLALU SAKIT. ❀️JOM KITA BELAJAR UNTUK MEMAHAMI.❀️Program Literasi Pencegahan Bunuh Dir...
13/08/2026

BUKAN KERANA LEMAH, TAPI KERANA TERLALU SAKIT.

❀️JOM KITA BELAJAR UNTUK MEMAHAMI.❀️

Program Literasi
Pencegahan Bunuh Diri

12 Ogos 2026 | Rabu
10.00 pagi - 2.00 petang
Atas Italian

❀️Khas untuk:
GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI PERLIS DAN KEDAH

Anjuran bersama:
JPN PERLIS & JPN KEDAH`

❀️Di sebalik statistik, ada nama.
Di sebalik senyap, ada jeritan.
Peranan kita sebagai pentadbir adalah menjadi mata,
telinga dan payung pelindung.

❀️Marilah bersama kita membina benteng harapan.❀️

` `

Selamat Datang Tuan Pengarah  TN. HAJI ISHAK BIN AWANGTerima kasih kerana sudi menyantuni kami di Sektor Psikologi & Kau...
13/08/2026

Selamat Datang Tuan Pengarah

TN. HAJI ISHAK BIN AWANG

Terima kasih kerana sudi menyantuni kami di Sektor Psikologi & Kaunseling, JPN Perlis

12 Ogos 2026

Semangat kami membara
Azam kami tinggi
Bersama Tuan
kita laksanakan tugas
dengan penuh dedikasi

Demi sejahteraan warga Jabatan Pendidikan Negeri Perlis

Selamat Datang TuanTAHNIAHπŸ’ͺ
11/08/2026

Selamat Datang Tuan
TAHNIAHπŸ’ͺ

IT'S A WRAP! πŸŽ‰7-8 Ogos 2026- 2 hari penuh warna, gelak tawa & healing di reruai kami! Ribuan terima kasih kepada semua y...
09/08/2026

IT'S A WRAP! πŸŽ‰

7-8 Ogos 2026-

2 hari penuh warna, gelak tawa & healing di reruai kami!

Ribuan terima kasih kepada semua yang datang singgah di Reruai Sektor Psikologi & Kaunseling + AKRAB JPN Perlis sempena
Karnival MADANI JPN Perlis* 🫢

Terima kasih sebab:
- Sudi warna mandala sampai lupa masa
- Sudi borak & share cerita dengan kami
- Sudi support kami dari awal sampai habis
- melepas tekanan dengan punching & e punching

Jaga diri, jaga minda ya semua! Jumpa lagi di program akan datang πŸ’š


---

Terima kasih tuan
28/07/2026

Terima kasih tuan

Khas untuk semua Pejuang Emosi. Anda semua hebat.
25/07/2026

Khas untuk semua Pejuang Emosi. Anda semua hebat.

Bayangkan anda adalah sebiji span yang setiap hari digunakan untuk menyerap air yang keruh. Lama-kelamaan, span itu sendiri akan menjadi berat, tepu, dan kotor jika tidak diperah dan dibersihkan. Itulah perumpamaan paling tepat untuk menggambarkan realiti kehidupan seorang kaunselor, tidak kira di sekolah, pejabat, mahupun di hospital. Setiap hari dari pagi hingga ke petang, mereka duduk di kerusi itu menerima curahan air mata, trauma penderaan, luahan putus asa, dan bisikan mereka yang kehilangan arah tuju.

Kita nampak mereka mengangguk, tersenyum tenang, dan memberi kata-kata semangat. Tetapi kita tidak nampak apa yang berlaku di dalam otak dan jiwa mereka secara biologi. Secara psikologi dan perubatan, bebanan emosi yang ditanggung oleh kaunselor ini dipanggil Kelesuan Belas Kasihan (Compassion Fatigue) dan Trauma Sekunder (Vicarious Trauma). Apabila otak mereka berterusan mendengar dan memproses kisah trauma orang lain, sistem saraf mereka juga boleh terperangkap dalam tekanan yang melampau. Hormon stres kortisol mereka turut mencanak naik secara senyap walaupun mereka bukanlah mangsa insiden tersebut.

Paling menyedihkan, masyarakat sering menghakimi mereka dengan meletakkan jangkaan kesempurnaan yang tidak masuk akal. Bila kaunselor nampak penat, murung, atau meluahkan rasa tertekan, cepat sahaja ada suara sinis yang menegur mengatakan mereka kan pakar psikologi, takkan masalah sendiri pun tak boleh nak urus? Hakikatnya, seorang pakar kardiologi juga boleh terkena serangan jantung. Begitu juga kaunselor, mereka juga manusia yang mempunyai kapasiti mental terhad. Mereka juga punya keluarga, pergelutan hidup, dan emosi yang terpaksa ditelan dan disembunyikan di sebalik senyuman profesional mereka.

Mulai hari ini, ubahlah cara kita memandang para kaunselor dan pendengar masalah kita. Jika anda selesai meluahkan perasaan kepada mereka, ucapkanlah terima kasih kerana sudi meminjamkan telinga dan jiwa mereka untuk seketika. Jangan anggap mereka sebagai tong sampah emosi yang kebal daripada kelukaan. Kepada semua kaunselor di luar sana, terima kasih kerana menjadi benteng yang menyelamatkan kewarasan ramai manusia. Tolong ingat, anda juga berhak untuk berehat, anda berhak untuk menangis, dan yang paling penting, anda juga berhak untuk mencari ruang terapi buat diri anda sendiri.

PENYERAHAN KIT SARINGAN KANSER KOLOREKTALSempena Program Saringan Kanser Kolorektal Warga Pendidikan Negeri Perlis Tahun...
23/07/2026

PENYERAHAN KIT SARINGAN KANSER KOLOREKTAL

Sempena Program Saringan Kanser Kolorektal Warga Pendidikan Negeri Perlis Tahun 2026, Sektor Psikologi dan Kaunseling, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis telah menerima 500 kit saringan kanser kolorektal untuk diedarkan kepada warga pendidikan Negeri Perlis yang mengambil bahagian dalam program ini.

Majlis penyerahan kit saringan telah disempurnakan oleh Pengerusi Malaysian Medical Association (MMA) Cawangan Perlis, Dato’ Dr. Hari Ram Ramayya kepada Pengarah Pendidikan Negeri Perlis, Encik Rose Aza bin Che Arifin sebagai simbolik pelaksanaan program yang bertujuan meningkatkan kesedaran serta menggalakkan pengesanan awal kanser kolorektal dalam kalangan warga pendidik.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Setiausaha Kehormat Malaysian Medical Association (MMA) Cawangan Perlis, Dr. Haji Muhammad Shauqi Abdul Kadir, wakil Lions Club, serta Ketua Kaunselor Pendidikan Negeri, Cikgu Nurul Najwa Saidon.

Jabatan Pendidikan Negeri Perlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Malaysian Medical Association (MMA) Cawangan Perlis dan Lions Club atas kerjasama strategik yang diberikan dalam menjayakan inisiatif kesihatan ini. Diharapkan program ini dapat meningkatkan kesedaran warga pendidikan terhadap kepentingan pengesanan awal kanser kolorektal, sekali gus membudayakan amalan penjagaan kesihatan yang lebih proaktif.

Jabatan Pendidikan Negeri Perlis

16 Julai 202611.00 pagiSek Rendah Islam 2❀️❀️❀️❀️❀️❀️❀️❀️Sekolah yang selamat bukan sekadar bebas daripada bahaya, tetap...
18/07/2026

16 Julai 2026
11.00 pagi
Sek Rendah Islam 2
❀️❀️❀️❀️❀️❀️❀️❀️

Sekolah yang selamat bukan sekadar bebas daripada bahaya, tetapi juga bebas daripada rasa takut, ancaman dan buli.

Terima kasih kepada semua warga sekolah atas komitmen dalam menjayakan Ceramah Sekolah Selamat Tanpa Buli . Semoga perkongsian ini dapat menyemai nilai hormat-menghormati, empati dan kasih sayang dalam kalangan murid sejak di bangku sekolah rendah.

Bersama kita bina budaya kerana setiap anak berhak belajar dalam suasana yang aman, ceria dan membahagiakan.

Apabila pemimpin menjaga kesejahteraan dirinya, seluruh organisasi turut merasai kesan positifnya.Pemimpin yang tenang m...
17/07/2026

Apabila pemimpin menjaga kesejahteraan dirinya, seluruh organisasi turut merasai kesan positifnya.

Pemimpin yang tenang melahirkan sekolah yang harmoni.
Pemimpin yang sejahtera membina masa depan pendidikan yang lebih bermakna. πŸ’™πŸŒΏ

17 JULAI 2027
8.30 PAGI
HOTEL BRASMANA, KUALA PERLIS

terima kasih MPSM atas kepercayaan dan cakna berkaitan isu pengurusan minda yang lebih sejahtera.

Address

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI
Kangar
01000

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:30
Tuesday 08:00 - 16:30
Wednesday 08:00 - 16:30
Thursday 08:00 - 16:30
Friday 08:00 - 16:30

Telephone

+6049737733

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sektor Psikologi & Kaunseling, JPN Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sektor Psikologi & Kaunseling, JPN Perlis:

Shortcuts

Share