AlFasoha Arabic Primary School

Call Directions Website Contact the school

AlFasoha Arabic Primary School ALFASOHA Arabic Primary School is an Arabic school in the Malaysian state of Perlis.

22/09/2026
21/09/2026

Penguasaan Bahasa Arab diterjemahkan melalui latihan real-life. Seawal Darjah 1 - 3, anak-anak didedahkan untuk yakin dan biasa menyampaikan khutbah Bahasa Arab. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ

Sambil mengasah bahasa, mereka mengingatkan kita tentang indahnya nikmat keamanan tanah air โค๏ธ

Nikmat keamanan adalah hadiah terbesar untuk kita semua. Rasulullah ๏ทบ bersabda:

"Sesiapa antara kamu yang bangun pada waktu pagi dalam keadaan aman di tempat tinggalnya, sihat tubuh badannya dan mempunyai makanan untuk hari itu, maka seolah-olah dunia telah diberikan kepadanya." (HR al-Tirmizi)

Semoga bimbingan di Al-Fasoha terus memupuk jati diri dan keyakinan dalam diri anak-anak. ๐ŸŒน



Selamat Hari Malaysia 2026 dari seluruh warga Al-Fasoha Academy! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจPada 16 September ini, kita meraikan kepelbagaian, p...
15/09/2026

Selamat Hari Malaysia 2026 dari seluruh warga Al-Fasoha Academy! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ

Pada 16 September ini, kita meraikan kepelbagaian, perpaduan, dan keharmonian yang menyatukan seluruh rakyat Malaysia dari Semenanjung hingga ke Sabah dan Sarawak.

Bagi kita, tanah air bukan sekadar tempat tinggal, tetapi sebuah rumah yang memenuhi jiwa kita dengan rasa selamat, kasih sayang, dan kedamaian bersama.

Sebagai warga pendidik dan penuntut bahasa Al-Quran, marilah kita terus menyemaikan rasa cinta akan negara, memupuk keharmonian sesama kaum, serta mendoakan agar Malaysia kekal makmur, aman, dan dirahmati Allah SWT.

ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุงุฌู’ุนูŽู„ู’ ู‡ูŽุฐูŽุง ุงู„ู’ุจูŽู„ูŽุฏูŽ ุขู…ูู†ู‹ุง ู…ูุทู’ู…ูŽุฆูู†ู‹ู‘ุง
โ€œYa Allah, jadikanlah negeri ini selamat dan tenteram.โ€

Selamat Hari Malaysia! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโค๏ธ

10/09/2026
09/09/2026

ู…ู…ุชุงุฒ ูŠุง ุทุงู„ุจ

Bukan mudah untuk seorang anak Darjah 2 mendeklamasikan sajak dengan penghayatan yang hidup. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ

Sempena Sambutan Kemerdekaan SRA Al-Fasoha, salah seorang pelajar Darjah 2 tampil ke hadapan untuk menghidupkan bait-bait sajak Merdeka. Di Al-Fasoha, anak-anak tidak dilatih untuk sekadar membaca teks. Paling diutamakan adalah penghayatan makna di sebaliknya. Apabila anak faham apa yang diungkapkan, di situlah lahirnya keyakinan diri yang sebenar. Satu output terbaik demi manfaat perkembangan mereka. ๐Ÿ‘๐Ÿป

Sama-sama kita saksikan bait sajak penuh makna daripada anak didik Darjah 2 ini! ๐ŸŽ™๏ธ




07/09/2026

Echoing freedom, shaping future leaders! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ

In conjunction with Merdeka, our SRA students took a brave step forward to deliver a Merdeka-themed Khutbah in English. While they are still learning and polishing their skills, we actively create these opportunities for them to practice, build courage, and continuously improve.

At Al-Fasoha, practicing three languages; Arabic, Malay, and English is central to our identity. Our vision is to nurture fasih, articulate, and courageous speakers by letting them learn through hands-on experience. Seeing their effort, bravery, and sincerity in sharing meaningful Merdeka values makes us immensely proud.

Growth happens one speech at a time! Watch our young khateeb in action ๐ŸŽ™๏ธ๐Ÿ‘‡

05/09/2026

๐Ÿ•‹ Pakej Umrah Tanda Penghargaan Khidmat 5 Tahun โœจ

ูˆุนู„ูŠูƒู… ุงู„ุณู„ุงู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡

5 tahun bukan tempoh yang singkat. Sepanjang perjalanan ini, dedikasi, keikhlasan, dan pengorbanan Ustazah Ummu Suaad amat bermakna buat kami semua.

Sebagai tanda penghargaan dan rasa syukur yang mendalam, pihak Al-Fasoha dengan penuh sukacitanya menghadiahkan Pakej Umrah buat beliau.

Sama-sama kita doakan agar perjalanan dan ibadah beliau dimudahkan, sentiasa dalam perlindungan Allah SWT, serta dikurniakan umrah yang mabrur. Terima kasih Ustazah kerana menjadi sebahagian daripada keluarga Al-Fasoha. Semoga Allah SWT membalas setiap jasa dan kebaikan Ustazah dengan ganjaran berlipat ganda. ๐Ÿคฒ๐Ÿป๐Ÿ•‹

02/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN part 1

Masya-Allah, jom dengar lantunan suara anak-anak Darjah 1 ini membaca dan menghayati terjemahan Surah Quraish โœจ

Pembukaan Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan hari ini terasa lebih bermakna apabila mendengar pesan Allah SWT yang dibawakan oleh si cilik ini:

1๏ธโƒฃ ุฃูŽุทู’ุนูŽู…ูŽู‡ูู… ู…ูู‘ู† ุฌููˆุนู
Nikmat kecukupan rezeki.

2๏ธโƒฃ ูˆูŽุขู…ูŽู†ูŽู‡ูู… ู…ูู‘ู†ู’ ุฎูŽูˆู’ูู
Nikmat keamanan dan kedamaian.

Dua perkara inilah tiang sebenar kemerdekaan sesebuah tanah air, kemakmuran dan rasa selamat yang membolehkan kita beribadah serta membesarkan anak-anak dengan tenang.

Tugas hari ini bukan sahaja mempertahankan tanah air, tetapi mendidik jiwa generasi muda ini agar sentiasa bergantung hanya kepada-Nya, itulah kemerdekaan jiwa yang paling hakiki. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Semoga anak-anak ini terus membesar sebagai generasi yang membawa kebaikan dan keberkatan untuk Malaysia. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

ุขู…ูŠู† ูŠุง ุฑุจ ุงู„ุนุงู„ู…ูŠู†

Address

Sekolah Rendah Arab Al-Fasoha, Asrama Yayasan Saad (Lama), 721, Jalan Sekolah Derma
Kangar
01000

Opening Hours

Monday 07:00 - 17:30
Tuesday 07:00 - 17:30
Wednesday 07:00 - 17:30
Thursday 07:00 - 17:30
Friday 07:00 - 17:30

Telephone

+601111276456

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AlFasoha Arabic Primary School posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to AlFasoha Arabic Primary School:

Shortcuts

Share