Madrasah Dar Al-Hadith

Directions Website Contact the school

Madrasah Dar Al-Hadith Laman rasmi Madrasah Dar Al-Hadith (MADAH) bagi sebaran ilmu dan informasi terkini

Adalah Rasulullah ﷺ dahulu apabila 10 hari terakhir (Ramadhan) tiba, Baginda menghidupkan malamnya, membangunkan ahli ke...
12/03/2026

Adalah Rasulullah ﷺ dahulu apabila 10 hari terakhir (Ramadhan) tiba, Baginda menghidupkan malamnya, membangunkan ahli keluarga, dan bersungguh-sungguh melakukan ibadah.

Semoga kita diberi taufiq oleh ALLAH Taala untuk mencontohi Baginda ﷺ.


Malam pertama Ramadhan 1447H.Semoga kita semua diberkati oleh ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penganugerah di bulan ya...
18/02/2026

Malam pertama Ramadhan 1447H.

Semoga kita semua diberkati oleh ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penganugerah di bulan yang mulia ini.

Semua muslimin dan muslimat dijemput menyertai program Qiyam Ramadhan tahun ini.

بسم الله الرحمن الرحيمInsya Allah, program qiyamullail pada Ramadhan tahun 1447 H akan diadakan di Madrasah Dar Al-Hadit...
12/02/2026

بسم الله الرحمن الرحيم

Insya Allah, program qiyamullail pada Ramadhan tahun 1447 H akan diadakan di Madrasah Dar Al-Hadith (MADAH) / Masjid Sirajuddin (Sementara), Padang Pauh, Kangar, Perlis seperti tahun lepas.

https://maps.app.goo.gl/nmBeqNd4u9jfpH7SA?g_st=aw

Semoga ALLAH Taala Yang Maha Pemurah memberi taufiq kepada kita semua untuk mendapatkan ganjaran-ganjaran dan kelebihan yang ada di bulan ini.

بسم الله الرحمن الرحيم Dengan izin Allah Taala dan taufiq daripada-Nya, Madrasah Dar Al-Hadith (MADAH) akan menganjurkan...
12/02/2026

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan izin Allah Taala dan taufiq daripada-Nya, Madrasah Dar Al-Hadith (MADAH) akan menganjurkan ceramah bulanan ke-15 pada hari Ahad akan datang.

—

🎙 Al-Fadhil Al-Ustaz Abu Uwais -حفظه الله-

🗓 Ahad / 26 Syaaban 1447 H / 15 Februari 2026

⬛️ Tajuk : Hakikat Persaudaraan Dalam Islam

🕌 Madrasah Dar al-Hadith

🕰 11.15 pagi - 12 tengah hari

—

Semua muslimin muslimat dijemput hadir…

Semoga program ini bermanfaat dan diberkati oleh Allah Taala Yang Maha Pemurah lagi Maha Penganugerah.

—

Akan disiar dengan izin Allah Taala secara live di channel Telegram : MADAH Live

…………………………………………

Telegram: t.me/madahperlis
Telegram live: https://t.me/madahlive
Telegram audio: https://t.me/madahaudio
Facebook: http://facebook.com/daralhadithps
Instagram: http://instagram.com/masasperlis
Email: [email protected]

…………………………………………

بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله الأمين وعلى آله وأصحابه أجمعين ومن تبعهم بإحس...
30/08/2025

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله الأمين وعلى آله وأصحابه أجمعين ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين
أمّا بعد:

Segala puji yang sempurna bagi ALLAH Taala atas limpahan karunia-NYA yang banyak dan tidak pernah putus, dan kami bersyukur kepada-NYA atas nikmat-nikmat dan kemudahan-kemudahan yang DIA telah berikan kepada kami serta memohon kepada-NYA keberkatan dan tambahan yang berterusan.

Antara nikmat ALLAH Taala buat kami di Madrasah Dar Al-Hadith ialah DIA telah menganugerahkan buat kami sebuah tempat baru yang lebih baik selepas sekitar dua tahun menumpang di Surau Perawah, Ngulang, Perlis.

Tempat baru ini terletak di Jalan Kangar - Padang Besar di alamat berikut :

Lot 508,Batu 3 1/4 , Jalan Kaki Bukit, 01000, Kangar, Perlis

Dan pada hari ini, telah dimulakan penggunaan bangunan baru MADAH sebagai tempat sementara oleh Masjid Sirajuddin untuk kegiatan solat fardu lima waktu, jumaat dan aktiviti lain sepanjang tempoh renovasi yang dijangka mengambil masa lebih dari enam bulan. Segala puji bagi ALLAH.

Kepada ALLAH lah kami memohon agar DIA terus menambahkan kebaikan dan keberkatan buat dakwah ditempat ini dan kepada kita semua. Sesungguhnya DIA lah Maha Memberi anugerah dan Maha Pemurah.

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi kita Muhammad ﷺ, juga kepada ahli keluarga baginda, sahabat baginda dan seluruh orang yang mengikuti mereka dengan baik sehingga ke Hari Akhirat.

————
✍🏻 Abu Uwais

5 Rabiul Awwal 1447H

Madrasah Dar Al-Hadith -semoga ALLAH Taala menjaganya-

➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖

I بسم الله الرحمن الرحيم IDengan izin Allah Taala dan taufiq daripada-Nya, bermula bulan Safar tahun 1446 H, Madrasah As...
09/08/2024

I بسم الله الرحمن الرحيم I

Dengan izin Allah Taala dan taufiq daripada-Nya, bermula bulan Safar tahun 1446 H, Madrasah As-Sunnah As-Salafiyyah (MASAS) akan menganjurkan ceramah bulanan pada hari ahad pertama setiap bulan Islam.

Ceramah sulung akan disampaikan oleh Al-Fadhil Al-Ustaz Muhammad Khairul Amin bin Mohd Nawi -حفظه الله-.

Semua muslimin muslimat dijemput hadir…

Semoga program ini bermanfaat dan diberkati oleh Allah Taala Yang Maha Pemurah lagi Maha Penganugerah.

—

Butiran ceramah :

🗓️ Ahad / 7 Safar 1446 H / 11 Ogos 2024 (Lusa)

🎙️ Al-Ustaz Muhammad Khairul Amin bin Mohd Nawi

⬛️ Kelebihan Tauhid

🕌 Surau Kg Perawah, Ngulang, Perlis

🕰️ 11.15 pagi - 12 tengah hari

………………………………………………

Telegram: t.me/masasperlis
Telegram live: https://t.me/masaslive
Telegram audio: https://t.me/masasaudio
Facebook: http://facebook.com/masasperlis
Instagram: http://instagram.com/masasperlis
Email: [email protected]

………………………………………………

I بسم الله الرحمن الرحيم I⬛️ Keutamaan ibadah di awal bulan DzulhijjahAl-Hafiz Ibnu Rajab -semoga Allah merahmati beliau...
09/06/2024

I بسم الله الرحمن الرحيم I

⬛️ Keutamaan ibadah di awal bulan Dzulhijjah

Al-Hafiz Ibnu Rajab -semoga Allah merahmati beliau- berkata :

وأما نوافل عشر ذي الحجة فأفضل من نوافل عشر رمضان ، وكذلك فرائض عشر ذي الحجة تضاعف أكثر من مضاعفة فرائض غيره .

"Sunnah-sunnah (yang dikerjakan) di sepuluh Dzulhijjah adalah lebih utama daripada di 10 Ramadhan, demikian p**a kewajiban-kewajiban di 10 Dzulhijjah akan dilipat gandakan menjadi lebih banyak daripada kelipatan pahala (ibadah) fardhu selainnya. "

[📗Fathul-Bari || 16/9]

📝 Faedah :

………………………………………………

Telegram: t.me/masasperlis
Telegram live: https://t.me/masaslive
Telegram audio: https://t.me/masasaudio
Facebook: http://facebook.com/masasperlis
Instagram: http://instagram.com/masasperlis
Email: [email protected]

………………………………………………

Laman rasmi Madrasah As-Sunnah As-Salafiyyah bagi siaran langsung pengajian yang disampaikan oleh tenaga pengajar MASAS dan yang disampaikan di premis MASAS.

07/06/2024

I بسم الله الرحمن الرحيم |

Kejarlah kelebihan 10 hari terawal bulan Dzulhijjah............................

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas رضي الله عنه bahawa Nabi ﷺ bersabda:

" مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ . يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ قَالَ : قَالُوا : يَا رَسُولَ اللَّهِ، وَلَا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ؟ قَالَ : وَلَا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ، إِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ ومالِهِ، ثُمَّ لَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ "

"Tidak ada hari yang lebih Allah Taala sukai amal soleh dilakukan padanya daripada hari-hari ini." Baginda maksudkan, 10 hari (pertama bulan Dzuhijjah).

Mereka bertanya, "Tidak juga jihad di jalan Allah?"

Jawab baginda,

"Tidak juga jihad di jalan Allah, kecuali kalau seorang lelaki keluar dengan diri dan hartanya dan tidak kembali darinya dengan apa pun."

📔 HR. Ahmad (1968)

Oleh itu, marilah kita semua memanfaatkan kedatangan hari-hari diantara hari-hari terbaik sepanjang tahun ini dengan memperbanyak semaksimum mungkin amalan solat, puasa, bersedekah, membaca Al-Quran, berzikir, berdoa, melakukan ibadat korban dan lain-lain. Semoga Allah Taala beri taufiq kepada kita semua.

………………………………………………

Telegram: t.me/masasperlis
Telegram live: https://t.me/masaslive
Telegram audio: https://t.me/masasaudio
Facebook: http://facebook.com/masasperlis
Instagram: http://instagram.com/masasperlis
Email: [email protected]

………………………………………………

12/03/2024

Para salaf dan Al-Quran di bulan Ramadhan...............................

بسم الله الرحمن الرحيم

Ibn Rajab رحمه الله mengatakan:‎

"Imam Al-Zuhri رحمه الله apabila tibanya bulan ‎Ramadhan beliau mengatakan: “Bulan ini adalah bulan ‎tilawah (membaca Al-Quran) dan memberi orang makan”.‎

Imam Malik رحمه الله apabila tibanya bulan ‎Ramadhan, beliau meninggalkan majlis pembacaan hadis dan ‎beralih kepada Al-Quran.‎

📚 Lataif Al-Ma'arif h.171

Al-‎Aswad mengkhatamkan bacaan Al-Quran pada bulan ‎Ramadhan setiap dua malam.

📚 Siyar A’lam al-‎Nubala’ (4/51)

‎Imam al-Syafi’e رحمه الله mengkhatamkan Al-Quran ‎sebanyak 30 kali setiap bulan dan 60 kali pada bulan ‎Ramadhan di luar bacaan solat. ‎

📚 Sifah As-Safwah (10/36)

Qatadah رحمه الله mengkhatamkan Al-Quran pada setiap ‎seminggu. Ketika tibanya Ramadhan, beliau ‎mengkhatamkan Al-Quran 3 hari sekali. ‎Manakala ketika tibanya sepuluh hari terakhir pada bulan ‎Ramadhan, beliau mengkhatamkan Al-Quran pada ‎setiap hari.

📚Lihat Siyar A’lam al-Nubala’( 5/276)

Daripada Mujahid رحمه الله bahawasanya beliau ‎mengkhatamkan Al-Quran pada bulan Ramadhan pada setiap malam.‎

📚 Al-Tibyan li al-Nawawi h. 74.....................................

Teks bahasa arab:

حال السلف مع القرآن في رمضان.

بسم الله الرحمن الرحيم

قال ابن رجب رحمه الله:

كان الزهري إذا دخل رمضان قال: فإنما هو تلاوة القرآن وإطعام الطعم.

قال ابن عبد الحكم: كان مالك إذا دخل رمضان يفر من قراءة الحديث ومجالسة ‏أهل العلم ، وأقبل على تلاوة القرآن من المصحف‎ .‎

📚 "لطائف المعارف" (ص: 171)‌‎

وعن إبراهيم النخعي قال : " كان الأسود يختم القرآن في شهر رمضان في كل ‏ليلتين ‌‎
📚 سير أعلام النبلاء ج 4 ص 51

قال الربيع: "كان الشافعي يختم كل شهر ثلاثين ختمة، وفي رمضان ‏ستين ختمة سوى ما يقرأ في الصلاة‎". ‎
📚 صفة الصفوة ج 2 ص 255

كَانَ قَتَادَةُ يَخْتِمُ القُرْآنَ فِي سَبْعٍ، وَإِذَا جَاءَ رَمَضَانُ، خَتمَ فِي كُلِّ ثَلَاثٍ، فَإِذَا جَاءَ العَشرُ، خَتَمَ كُلَّ لَيْلَةٍ
📚 سير أعلام النبلاء ج 5 ص 276



………………………………………………

Telegram: t.me/masasperlis
Telegram live: https://t.me/masaslive
Telegram audio: https://t.me/masasaudio
Facebook: http://facebook.com/masasperlis
Instagram: http://instagram.com/masasperlis
Email: [email protected]

………………………………………………

Address

Lot 508, KM5 (Batu 3 1/4), Jalan Kaki Bukit
Kangar
01000

Opening Hours

Monday 08:15 - 12:15
Tuesday 08:15 - 12:15
Wednesday 08:15 - 12:15
Thursday 08:15 - 12:15
Sunday 08:15 - 12:15

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Madrasah Dar Al-Hadith posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Madrasah Dar Al-Hadith:

Shortcuts

Share

Category