Rawatan Islam Darul Atsar Perlis - Ruqyah Syar'iyyah

Rawatan Islam Darul Atsar Perlis - Ruqyah Syar'iyyah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Rawatan Islam Darul Atsar Perlis - Ruqyah Syar'iyyah, Education, Kangar.

PEMBEDAHAN BATIN/TARIK PENYAKIT MELALUI TANGAN/KAKI/ANGGOTA² BADAN LAIN…ADAKAH HARAM ATAU DIBENARKAN DALAM ISLAM?Kebiasa...
03/09/2023

PEMBEDAHAN BATIN/TARIK PENYAKIT MELALUI TANGAN/KAKI/ANGGOTA² BADAN LAIN…ADAKAH HARAM ATAU DIBENARKAN DALAM ISLAM?

Kebiasaannyya ini dilakukan oleh individu yang menggelarkan dirinya perawat Islam namun mereka ini sebenarnya bukan perawat Islam Ruqyah Syar'iyyah, atau mereka berpakaian seperti guru agama, kelihatan warak serta menggunakan gelaran tertentu atau mereka melindungi amalan salah mereka dengan ayat² al-Quran.


APA DAKWAAN MEREKA?

-Mereka meyakinkan anda bahawa rawatan pembedahan batin ini berupaya menggantikan pembedahan moden bagi penyakit kronik seperti masalah jantung, barah otak, barah hati dan lain-lain penyakit.

-Mereka meyakinkan orang ramai bahawa kaedah pembedahan ini tidak menyakitkan walaupun tiada ubat bius digunakan.

-Tempoh masa untuk sembuh adalah singkat.
Mereka di beri mukjizat untuk menjalankan pembedahan batin, atau mereka tergolong dalam golongan orang yang menerima keistemewaan (karamah, maunah atau kasyaf).

FAKTA SEBENAR...

-Tiada bukti dalam Al-Quran dan Hadis bahawa amalan pembedahan batin ini mengikut syariat Islam.

-Amalan ini HARAM dilakukan kerana pengamal mungkin menggunakan ilmu hitam, silap mata, perantaraan jin atau syaitan atau sihir semasa merawat.

-Pengguna ditipu dengan janji manis keberkesanan rawatan ini di samping bayaran yang tidak munasabah.

-Mukjizat adalah suatu perkara yang luar biasa yang dikurniakan oleh Allah untuk para nabi dan rasulNya, yang bersifat hakiki dan betul-betul terjadi pada waktu yang tertentu,ia yang mesti ditunjukkan kepada umatnya sebagai bukti kenabian dan kerasulan mereka.

-Karamah ialah suatu perkara luar biasa yang dikurniakan oleh Allah kepada orang yang soleh yang dikasihi Allah, yang bersifat hakiki dan betul-betul terjadi pada waktu tertentu secara mendadak semasa hidupnya, tetapi tidak boleh diprogramkan dan dipertontonkan kepada orang lain dan ianya khusus sebagai tanda kemuliaan yang diberikan kepada golongan yang taat kepadaNya.

-Maunah ialah suatu perkara luar biasa yang berupa pertolongan yang dikurniakan oleh Allah kepada orang-orang tertentu, yang bersifat hakiki dan betul-betul terjadi pada waktu itu dengan tujuan untuk menambahkan lagi keyakinannya kepada Allah dan tidak wajar diperhebahkan.

-Kasyaf ialah penyingkapan rahsia-rahsia alam ghaib melalui pandangan mata hati. Ia termasuk karamah yang mencarik adat yang dikurniakan kepada wali Allah SWT dan mestilah tidak bercanggah dengan kaedah agama dan hukum syarak yang telah disepakati.

RENUNGAN BERSAMA…

Memang satu kewajipan untuk kita terus berusaha mencari penawar bagi setiap penyakit yang dihadapi. Seperti terkandung dalam hadis:

“Tidak ada penyakit yang Allah turunkan itu melainkan ada ubatnya…”

Tetapi berwaspadalah kita, dengan setiap cara untuk kita berubat atau berikhtiar, perkara HARAM tetap menjadi HARAM dan alasan tidak akan menghalalkan cara.

Rujukan

http://islam.gov.my/e-rujukan/khurafat.htm
http://www.e-fatwa.gov
Jabatan Kemajuan Islam Kebangsaan (JAKIM)
Kementerian Kesihatan Malaysia

24/08/2023

Adakah benar manusia boleh melihat JIN?

Kenapa setiap pontianak berbeza mengikut kaum?

Dengarkan penjelasan Tokku Pasir Gudang Ustaz Esa Deraman Pasir berkaitan isu ini.
Sebelum ini, Tokku adalah pengamal Perubatan Alternatif/Ruqyah Syar'iyyah. Kini tugas itu diserahkan kepada anak-anak muridnya seperti 2 imam masjid, Ustaz Shamsudin dan Ustaz Bakar.

20/01/2022

Address

Kangar
01000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rawatan Islam Darul Atsar Perlis - Ruqyah Syar'iyyah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category