Program Teknologi Pemesinan Industri - MPI Kolej Vokasional Kangar

Program Teknologi Pemesinan Industri - MPI Kolej Vokasional Kangar Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Program Teknologi Pemesinan Industri - MPI Kolej Vokasional Kangar, Trade school, Teknologi Pemesinan Industri , Kolej Vokasional Kangar, Jalan Sekolah Derma, Kangar.

Kursus ini pelajar akan didedahkan dan mempelajari teori dan kerja amali berkaitan:

�Lukisan dan Rekabentuk Kejuruteraan (CAD)
�Penyelenggaraan Mesin
�Mesin Kisar
�Mesin Larik
�Mesin Canai
�Mesin EDM Die Sinking & Wire Cut

TAHNIAH & SYABAS 👨🏻‍🎓💐Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua graduan Diploma Teknologi Pemesinan Indu...
06/04/2026

TAHNIAH & SYABAS 👨🏻‍🎓💐

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua graduan Diploma Teknologi Pemesinan Industri (DMA), Kolej Vokasional Kangar ambilan tahun 2024.
Kejayaan hari ini adalah bukti kegigihan, ketekunan, dan kemahiran tinggi yang telah diasah sepanjang pengajian di bengkel mahupun di dalam bilik kuliah.
Teruskan melangkah dengan penuh yakin. Jadikan ilmu yang ditimba di KV Kangar sebagai senjata untuk berbakti kepada agama, bangsa, dan tanah air.
Selamat bergraduasi! 💫

KV INSANI, MASYARAKAT MADANI - PROGRAM TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI (MPI)STEM ❌ PUTRA 2026 Tarikh: 01 April 2026 (Rabu)M...
01/04/2026

KV INSANI, MASYARAKAT MADANI - PROGRAM TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI (MPI)

STEM ❌ PUTRA 2026

Tarikh: 01 April 2026 (Rabu)
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Makmal Komputer, SMK Putra

Penglibatan:
1. Pensyarah Program MPI
2. Pelajar Semester 2 DMA Kohort 2025
3. Pelajar Tingkatan 3 SMK di Negeri Perlis

Konsep program adalah "Knowledge Transfer Programme (KTP)" disamping mempromosikan program MPI KV Kangar. Terbahagi kepada beberapa slot teori dan amali seperti Reka Bentuk dan Pembuatan Produk menggunakan 3D Printer.

PERJUMPAAN PELAJAR BAHARU PROGRAM MPI SEMESTER 1 SVM KOHORT 2026 BERSAMA PENSYARAH PROGRAM MPISesi ini dikendalikan oleh...
19/01/2026

PERJUMPAAN PELAJAR BAHARU PROGRAM MPI SEMESTER 1 SVM KOHORT 2026 BERSAMA PENSYARAH PROGRAM MPI

Sesi ini dikendalikan oleh barisan pensyarah program dan diketuai oleh Ketua Program, Ts. Hazizul bin Hussein, bertujuan memberi pendedahan awal berkaitan struktur program, hala tuju pembelajaran, peraturan akademik serta peranan pelajar sepanjang tempoh pengajian.

Diharapkan sesi ini dapat membantu pelajar baharu menyesuaikan diri dengan persekitaran pembelajaran di kolej serta menjadi langkah awal ke arah pembentukan pelajar yang berdisiplin, berkemahiran dan berdaya saing.

Selamat datang dan selamat maju jaya!

Sesi temuduga calon pelajar baharu SVM Program Teknologi Pemesinan Industri ambilan Tahun 2026 telah berjaya dilaksanaka...
02/12/2025

Sesi temuduga calon pelajar baharu SVM Program Teknologi Pemesinan Industri ambilan Tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan pada hari ini.

Calon telah melalui beberapa proses ujian serta sesi temubual secara bersemuka dan dalam talian.

Pihak program ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua calon yang hadir dan memberi kerjasama sepanjang sesi berlangsung.

Keputusan akhir pemilihan boleh disemak pada 26 Disember 2025.

Program Teknologi Pemesinan Industri, Kolej Vokasional Kangar menerima lawatan delegasi yang diketuai oleh Pn. Shartini ...
17/10/2025

Program Teknologi Pemesinan Industri, Kolej Vokasional Kangar menerima lawatan delegasi yang diketuai oleh Pn. Shartini Shuhaimi dari Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kangar bagi sesi lawatan dan penilaian projek inovasi pelajar dan pensyarah.
Sesi ini bertujuan berkongsi idea, kepakaran serta memperkukuh jalinan kolaborasi antara dua institusi latihan kemahiran dalam memperkasakan budaya inovasi dan kreativiti dalam bidang teknologi pemesinan industri.

DIALOG PRESTASI SVM SEMESTER 3 KOHORT 2024Sesi dialog prestasi ini telah diadakan di Bilik Simulasi Bengkel Teknologi Pe...
09/10/2025

DIALOG PRESTASI SVM SEMESTER 3 KOHORT 2024
Sesi dialog prestasi ini telah diadakan di Bilik Simulasi Bengkel Teknologi Pemesinan (MPI). Turut hadir, Pn. Zaidah binti Yusoof (Timbalan Pengarah Akademik), En. Nor Hakimi bin Mohamad (Ketua Jabatan Teknologi Mekanikal & Pembuatan), Ketua Unit Psikologi & Kerjaya serta semua pensyarah akademik dan vokasional.
Ia juga membuka ruang perkongsian, nasihat dan motivasi bagi meningkatkan prestasi semua pelajar dalam akademik dan sahsiah.


KV SKILLS PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2025TAHNIAH & SYABAS diucapkan kepada Haris Azmi Bin Mohd Azrul Hadi, Pelajar 3 SVM...
12/09/2025

KV SKILLS PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2025
TAHNIAH & SYABAS diucapkan kepada Haris Azmi Bin Mohd Azrul Hadi, Pelajar 3 SVM Program Teknologi Pemesinan Industri (MPI) yang telah memenangi tempat KETIGA dalam bidang Additive Manufacturing di Pertandingan KV Skills Peringkat Kebangsaan Tahun 2025.




HARI TVET KOLEJ VOKASIONAL TAHUN 2025 💫Program Teknologi Pemesinan Industri (MPI) turut membuka booth pameran produk dan...
28/08/2025

HARI TVET KOLEJ VOKASIONAL TAHUN 2025 💫

Program Teknologi Pemesinan Industri (MPI) turut membuka booth pameran produk dan mempromosikan kemasukan SVM Tahun 2026.

Terima kasih kepada pelbagai agensi luar serta pelajar-pelajar sekolah menengah di Perlis yang hadir memeriahkan program ini. Program tersebut diadakan di Dewan Murni, KV Kangar.

TVET adalah pilihan masa depan. KV Kangar melahirkan tenaga mahir yang berdaya saing dan bersedia menghadapi industri.

20/08/2025

📢 PENGUMUMAN UNTUK WARIS & PELAJAR
SEM 1 SVM K2025 – KOLEJ VOKASIONAL KANGAR

Semakan keputusan Peperiksaan PA Semester 1 boleh dibuat mulai:

🗓️ 21 Ogos 2025 (Khamis), jam 10.00 pagi
hingga
🗓️ 27 Ogos 2025 (Rabu), jam 6.00 petang

🔗 Sila layari pautan: https://myresultsvm.moe.gov.my

Mohon waris dan pelajar ambil perhatian. ✅

02/08/2025
PERTANDINGAN KV SKILLS ZON KEDAH PERLIS TAHUN 2025 - PROGRAM TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI (MPI)Tahniah kepada semua pese...
30/07/2025

PERTANDINGAN KV SKILLS ZON KEDAH PERLIS TAHUN 2025 - PROGRAM TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI (MPI)

Tahniah kepada semua peserta dan jurulatih atas kejayaan di dalam pertandingan KV Skills Zon Kedah Perlis di KV Sungai Petani 1, Kedah.

Keputusan mengikut kategori:
1. ADDITIVE MANUFACTURING (AM) - JOHAN 🥇
2. MECHANICAL ENGINEERING (CAD) - NAIB JOHAN 🥈
3. CNC MILLING - TEMPAT KE-3 🥉

Johan bagi setiap kategori akan mewakili KV Zon Kedah Perlis ke Pertandingan KV Skills peringkat Kebangsaan di Melaka nanti.





Address

Teknologi Pemesinan Industri , Kolej Vokasional Kangar, Jalan Sekolah Derma
Kangar
01000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Program Teknologi Pemesinan Industri - MPI Kolej Vokasional Kangar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Program Teknologi Pemesinan Industri - MPI Kolej Vokasional Kangar:

Shortcuts

Share

Category