04/08/2026
πππππππ ππππππππππ πππππππ ππππππ ππππππππ (πππ) ππππππππππ ππππππππ ππππππππ πππππ π (ππππ): πππππππππ πππππππ ππππ ππππππππ πππππππ πππππππππ ππππππ ππππππ ππππ πππππ ππππ
Pengurusan kesihatan yang efektif bermula daripada pemantapan pengetahuan dan kemahiran para pengamal perubatan di barisan hadapan. Jabatan Kesihatan Negeri Perlis melalui Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) telah berjaya menganjurkan Bengkel Pemantapan Panduan Amalan Klinikal (CPG) Pengurusan Diabetes Mellitus Jenis 2 (T2DM) pada hari Sabtu, 1 Ogos 2026 bertempat di Auditorium Dr. Syed Mahmood, Jabatan Kesihatan Negeri Perlis.
Bengkel intensif seharian ini berfokuskan pemantapan klinikal menerusi perbincangan kes dalam kumpulan kecil, sesi praktikal, dan pemahaman mendalam terhadap garis panduan CPG T2DM terkini.
Antara pengisian utama sepanjang bengkel:
π Sesi 1: Catch It Early β Saringan dan diagnosis T2DM berasaskan kriteria biokimia piawai.
π Sesi 2: Stratify & Set Goals β Stratifikasi risiko kardiovaskular dan penetapan sasaran glisemik, tekanan darah, serta lipid mengikut profil pesakit.
π Sesi 3: Treatment Algorithm & Follow Up β Pemilihan rawatan farmakologikal/bukan farmakologikal dan perancangan susulan berasaskan CPG.
π Sesi 4: Mastering Diabetes Medications β Sesi praktikal pemilihan OGLD serta penyesuaian/intensifikasi terapi insulin.
π Sesi 5: Smart Eating for Better Glycaemic Control β Terapi Nutrisi Perubatan (MNT) dan strategi pemakanan berkesedaran (mindful eating).
π Sesi 6: When Diabetes Turns Complex β Pengurusan kes komorbiditi (Hipertensi, Hiperlipidemia, Obesiti, MAFLD, CKD) serta pengurusan kecemasan hipo/hiperglisemia di peringkat penjagaan primer (Speed Dating Session).
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua fasilitator dan peserta yang telah memberikan komitmen sepenuhnya. Semoga ilmu dan kemahiran yang diperolehi dapat diaplikasikan secara optimum demi meningkatkan kualiti perawatan pesakit diabetes di Negeri Perlis!