Madrasah Al Quran dan Sunnah

Madrasah Al Quran dan Sunnah Madrasah Al Quran Dan Sunnah ini ditubuhkan pada 2/1/2019.Madrasah ini berdekatan dengan Masjid Maimun Kg Jana Baru Kamunting. Hafazan
2. Tahriri
3. Fardhu Ain

Sekolah ini bersistemkan tahfiz sepenuh masa

Silibus Pembelajaran :

1.

01/05/2025

WAKTU MUSTAJAB DOA PADA HARI JUMAAT

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

فِي يَوْمِ الجُمُعَةِ سَاعَةٌ، لاَ يُوَافِقُهَا مُسْلِمٌ، وَهُوَ قَائِمٌ يُصَلِّي يَسْأَلُ اللَّهَ خَيْرًا إِلَّا أَعْطَاهُ

Maksudnya: “Pada hari Jumaat ini ada satu masa yang sekiranya ditepati oleh seorang muslim dalam keadaan dia bersolat meminta sesuatu daripada Allah SWT, pasti Allah SWT akan memperkenankan permintaanya itu”. [Riwayat al-Bukhari (6400)]

Pendapat ulama’ dalam memahami hadith tersebut

Dalam masalah ini, terdapat beberapa pendapat yang dinyatakan oleh para ulama’ sebagaimana yang disebut oleh Imam al-Nawawi berdasarkan pendapat al-Qadhi ketika mensyarahkan hadith ini di dalam sahih Muslim, antaranya: [Lihat: al-Minhaj Syarah Muslim, 140/6]

• Pertama: Waktunya adalah ketika khatib duduk di atas mimbar sehingga selesai solat. Pendapat ini disokong dengan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Musa al-Asy’ari.

• Kedua: Waktunya adalah selepas asar sehingga terbenamnya matahari.

• Ketiga: Waktunya adalah ketika solat didirikan sehingga ia selesai.

• Keempat: Waktunya apabila imam keluar sehingga selesainya solat.

Kredit : Pejabat M***i Wilayah Perseketuan(Irsyad Al Hadith)

18/03/2025

Nuzul Al-Quran: Peristiwa Turunnya Al-Quran

Nuzul Al-Quran merujuk kepada peristiwa turunnya ayat pertama Al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril. Peristiwa ini berlaku pada 17 Ramadan, di Gua Hira, ketika Baginda sedang beribadah dan bertafakur.

---

Dalil Al-Quran Tentang Nuzul Al-Quran

1. Al-Quran Diturunkan pada Malam Lailatul Qadar
Allah SWT berfirman:

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ
"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam Lailatul Qadar."
(Surah Al-Qadr: 1)

2. Al-Quran Diturunkan pada Malam yang Diberkati
Allah SWT juga berfirman:

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُّبَارَكَةٍ إِنَّا كُنَّا مُنذِرِينَ
"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam yang diberkati. Sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan."
(Surah Ad-Dukhan: 3)

---

Hadis Tentang Nuzul Al-Quran

1. Wahyu Pertama Diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah RA, beliau berkata:

"Permulaan wahyu kepada Rasulullah SAW adalah dalam bentuk mimpi yang benar... Kemudian datanglah malaikat kepadanya di Gua Hira, lalu berkata: 'Bacalah!' Baginda menjawab: 'Aku tidak tahu membaca.' Maka Malaikat Jibril memeluk Baginda hingga tiga kali dan membacakan:

اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ
"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan."
(Surah Al-'Alaq: 1-5)

(Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

2. Al-Quran Diturunkan Secara Beransur-Ansur
Nabi SAW bersabda:

"Al-Quran ini diturunkan secara beransur-ansur dalam tempoh lebih dari dua puluh tahun."
(Riwayat Ahmad & Hakim)

---

Bagaimana Al-Quran Diturunkan?

1. Dari Lauh Mahfuz ke Langit Dunia

Diturunkan secara sekaligus pada malam Lailatul Qadar.

2. Dari Langit Dunia ke Nabi Muhammad SAW

Diturunkan secara beransur-ansur selama 23 tahun mengikut keadaan dan keperluan.

---

Pengajaran dari Peristiwa Nuzul Al-Quran

1. Al-Quran sebagai Panduan Hidup

Al-Quran bukan sekadar bacaan, tetapi petunjuk bagi umat Islam.

2. Kepentingan Ilmu dan Membaca

Wahyu pertama menekankan kepentingan ilmu dengan perkataan "Iqra'" (Bacalah).

3. Bersyukur dengan Nikmat Al-Quran

Allah menurunkan Al-Quran sebagai rahmat dan panduan ke jalan yang benar.

---

Kesimp**an

Nuzul Al-Quran adalah peristiwa agung yang mengubah sejarah manusia. Ia mengingatkan kita tentang pentingnya membaca, memahami, dan mengamalkan Al-Quran dalam kehidupan seharian. Semoga kita menjadi umat yang berpegang teguh kepada kitab suci ini.

اللهم اجعلنا من أهل القرآن
"Ya Allah, jadikanlah kami dalam kalangan ahli Al-Quran."

09/04/2024

Adab-Adab Menyambut Hari Raya
بسم الله، والحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن والاه، وبعد.
‘Eid al-Fitri atau Hari Raya Fitrah adalah hari yang disyariatkan umat Islam menyambutnya sebagai hari bergembira dan bersyukur di atas nikmat yang Allah swt anugerahkan kepada hamba-Nya yang berjaya melakukan ibadat pada bulan Ramadhan.
Oleh itu untuk mendapatkan kesempurnaan sambutan in, hendaklah mengikut panduan sunnah Rasulullah saw menyambut Hari Raya, antaranya ialah;
1. Mandi sebelum keluar menunaikan solat Hari Raya.
Imam Malik rh meriwayatkan sebuah hadis di dalam al-Muwatto’ (الموطأ)
أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ كَانَ يَغْتَسِلُ يَوْمَ الْفِطْرِ قَبْلَ أَنْ يَغْدُوَ إِلَى الْمُصَلَّى
Maksudnya: “Sesungguhnya Abdullah bin Umar akan mandi pada pagi hari Raya al-Fitri sebelum beliau keluar ke tempat solat hari raya.”
Al-Imam al-Nawawi menyebut para ulama telah bersepakat atas sunatnya mandi untuk solat hari raya.
2. Makan sebelum keluar untuk menunaikan solat hari raya ‘Eid al-Fitri dan untuk ‘Eid al-Adha makan selepas solat.
Termasuk di dalam adab berhari raya al-Fitri ialah makan dahulu sebelum keluar untuk menunaikan solat hari raya. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari daripada Anas bin Malik katanya:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لا يَغْدُو يَوْمَ الْفِطْرِ حَتَّى يَأْكُلَ تَمَرَاتٍ .. وَيَأْكُلُهُنَّ وِتْرًا
Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah saw tidak keluar pada pagi hari Raya al-Fitri, sehinggalah Baginda makan terlebih dahulu beberapa biji tamar… dan baginda memakannya dalam jumlah yang ganjil.” [HR Al-Bukhari: 953].
Sekiranya tidak ada tamar, makanlah sesuatu yang harus dimakan.
Al-Imam Ibnu Hajar al-Asqalani mengulas hadis ini dengan berkata: “Ini kerana untuk mengelakkan (anggapan) adanya tambahan dalam berpuasa, ianya juga (petunjuk) bersegera mentaati arahan Allah swt (untuk tidak berpuasa pada hari tersebut).” [Fath al-Bari: 2/446].
3. Bertakbir pada hari Raya
Takbir hari raya adalah termasuk sunnah yang agung berdasarkan firman Allah swt:
{وَلِتُكْمِلُوا العِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللهَ عَلى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُوْن}
Maksudnya: “Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah atas petunjuknya yang diberikan kepada kamu, supaya kamu bersyukur.” [Al-Baqarah: 185].
Daripada al-Walid bin Muslim katanya: “Aku bertanya kepada al-Auza’ie dan Malik bin Anas tentang menzahirkan takbir pada dua hari raya. Kata mereka berdua: “Ya, adalah Abdullah bin Umar menzahirkan takbir pada hari raya al-Fitri sehinggalah Imam keluar (untuk menunaikan solat raya).”
Sahih juga daripada Abdul Rahman al-Salamiy katanya: “Adalah mereka (sahabat Nabi saw) pada hari Raya al-Fitri lebih bersungguh berbanding hari Raya al-Adha. Waki’ berkata: “Yakni (mereka lebih bersungguh) dalam bertakbir.” [Lihat Irwa’ al-Ghalil: 3/122].
Al-Daraqutni dan selainnya p**a meriwayatkan bahawa Ibnu Umar apabila keluar pada pagi hari Raya al-Fitri dan hari Raya al-Adha, beliau bersungguh-sungguh bertakbir sehinggalah sampai ke tempat solat, kemudian dia bertakbir lagi sehinggalah Imam keluar (untuk mendirikan solat).”
Ibnu Abi Syaibah p**a meriwayatkan dengan sanad yang sahih daripada al-Zuhriy katanya: “Adalah manusia bertakbir pada hari raya ketika mereka keluar daripada rumah-rumah mereka sehinggalah mereka sampai ke tempat menunaikan solat dan sehingga Imam keluar, apabila imam keluar (untuk menunaikan solat), mereka semua senyap, apabila Imam bertakbir, mereka juga bertakbir.” [Lihat Irwa’ al-Ghalil: 2/121].
Bertakbir pada pagi hari raya ketika keluar dari rumah menuju ke tempat mendirikan solat dan sehingga keluarnya Imam adalah suatu perkara yang benar-benar masyhur di sisi generasi Salaf. Sekump**an ulama yang menulis seperti Ibnu Abi Syaibah, Abdul Razak dan al-Faryabi dalam kitabnya “Ahkam al-‘Eidain” menukilkan perkara ini dari generasi Salaf, kerana itu Nafi’ bin Jubair sentiasa akan bertakbir (pada pagi hari raya) dan beliau menganggap pelik orang-orang yang tidak bertakbir (pada pagi hari raya) sambil berkata: “Apakah kamu semua tidak bertakbir?”
Waktu bertakbir bagi Hari Raya al-Fitri ialah bermula pada malam raya iaitu setelah tenggelamnya matahari pada hari akhir Ramadhan sehingga masuknya imam ke tempat solat untuk solat hari raya.
4. Lafaz Takbir Hari Raya
Di dalam Musannaf Ibnu Abi Syaibah dengan sanad yang sahih daripada Ibnu Mas’ud ra. yang bertakbir pada hari Tasyrik dengan lafaz:
اللهُ أكْبَرُ، اللهُ أكْبَرُ، -اللهُ أكْبَرُ-، لا إلهَ إلاَّ اللهُ وَاللهُ أكْبَرُ، اللهُ أكْبَرُ، وَلِلَّهِ الْحَمْد.
Maksudnya: Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Masa Besar dan bagi Allah segala puji-pujian.”
Ibnu Abi Syaibah juga meriwayatkan di kesempatan yang lain dengan sanadnya sendiri, dimana takbir itu diucapkan sebanyak 3 kali.
Al-Mahamiliy (المحاملي) meriwayatkan dengan sanad yang sahih juga tentang lafaz takbir raya daripada Ibnu Mas’ud:
اللهُ أكْبَرُ كَبِيْرا،ً اللهُ أكْبَرُ كَبِيْراً، اللهُ أكْبَرُ وَأجَلّ، اللهُ أكْبَرُ، وَلِلَّهِ الْحَمْد.
Maksudnya: Allah Maha Besar sebesar-besarnya, Allah Yang Maha Besar sebesar-besarnya, Allah Yang Maha Besar dan Yang Maha agung, Allah Yang Maha Besar dan bagi Allah segala pujian.” [Irwa’ al-Ghalil: 3/126]
Kata ulama’: Ada keluasan dalam lafaz takbir ini, mana-mana lafaz boleh dibaca dan amalkan.
Diangkat suara dalam melafazkan takbir bagi lelaki dan tidak bagi perempuan. Ia dilakukan di merata tempat; di masjid, di rumah dan di pasar-pasar.
[Lihat Sighah Takbir yang warid daripada beberapa orang sahabat Nabi saw di: http://www.saaid.net/mktarat/eid/80.htm]
5. Ucapan Tahniah Pada Hari Raya
Termasuk dalam adab berhari raya ialah menyampaikan ucap tahniah sesama muslim dengan sebarang ucapan yang baik seperti ucapan:
1. تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ – Semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan anda semua).
2. عِيْدُ مُبَارَكْ – (Selamat) hari raya yang diberkati.
Atau ucapan yang seumpama dengan di atas yang terdiri dari ungkapan-ungkapan tahniah yang dibenarkan. Jubair bin Nufair berkata: “Para sahabat Nabi saw apabila mereka bertemu sesama mereka pada hari raya mereka mengucapkan تُقُبَِّلَ مِنَّا وَمِنْكُمْ , Ibnu Hajar berkata: Isnad (riwayat ini) Hasan. [Fath al-Bari: 2/446].
6. Berpakaian baru/cantik di Hari raya
Daripada Jabir ra. katanya: “Nabi saw mempunyai satu jubah yang baginda akan memakainya untuk dua hari raya dan hari Jumaat.” [Sahih Ibnu Khuzaimah: 1765].
Demikian juga al-Baihaqi meriwayatkan dengan sanad yang sahih, bahawa Ibnu Umar sentiasa memakai pada hari raya seindah-indah pakaiannya.
Memakai pakaian cantik pada hari raya ini adalah untuk kaum lelaki. Adapun untuk kaum wanita mereka boleh mengenakan pakaian yang biasa (disebelah luar/atasnya) seperti sabda Nabi saw:
لا تَمْنَعُوا إِمَاءَ اللَّهِ مَسَاجِدَ اللَّهِ، وَلَكِنْ لِيَخْرُجْنَ وَهُنَّ تَفِلاتٌ
Maksudnya: “Jangan kamu tegah hamba perempuan Allah dari masjid Allah, tetapi hendaklah kaum wanita keluar dalam keadaan meninggalkan wangian” [HR: Ahmad dan Abu Daud “Sahih”].
Keluar dengan berpakaian biasa diluar dan tidak bertabarruj berhias dan mengenakan wangian yang boleh dihidu baunya oleh lelaki ajnabi.
Sekiranya wanita berkumpul dalam kelompok mereka sahaja tidak mengapa untuk berpakaian cantik.
7. Keluar ke tempat solat melalui jalan lain dan balik daripadanya melalui jalan yang lain.
Daripada Jabir bin Abdillah r.anhuma katanya:
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ يَوْمُ عِيدٍ خَالَفَ الطَّرِيقَ
Maksudnya: “Adalah Nabi saw, pada hari raya baginda membezakan jalan (pergi dan balik dari solat hari raya).” [Al-Bukhari: 986]
Dikatakan terdapat beberapa hikmah dalam perbuatan ini;
i. Semoga dua jalan yang berbeza tersebut menjadi saksi di hadapan Allah pada hari kiamat nanti. Ini kerana bumi akan membicarakan pada hari kiamat apa yang dilakukan di atasnya dari perkara-perkara yang baik dan jahat.
ii. Untuk menzahirkan syiar-syiar Islam.
iii. Untuk menzahirkan zikir kepada Allah swt.
iv. Untuk menyakitkan hati orang-orang Munafikin dan Yahudi dan sebagai menakutkan mereka dengan ramainya umat Islam.
v. Untuk mengambil tahu keperluan orang-orang yang memerlukan sebarang bantuan atau untuk menziarahi sanak saudara dan menghubungkan silaturrahim.
8. Solat Hari Raya
Para ulama berbeza pendapat tentang hukum solat hari raya. Sebahagian mengatakan hukumnya sunat muakkad, sebahagian yang lain mengatakannya fardhu kifayah dan sebahagian yang lain mengatakan hukumnya adalah fardhu ain (wajib), berdosa bagi sesiapa yang meninggalkannya. Inilah pendapat Mazhab Imam Abu Hanifah, pendapat ini dipilih juga oleh beberapa orang ulama’semasa.
Cara-caranya (kaifiyat) Solat Hari Raya.
a- Solat hari raya tidak perlu dilaungkan azan dan iqamah. Ditunaikan sebanyak 2 rakaat. Rakaat pertama ada 7 kali takbir dan rakaat kedua ada 5 kali takbir. Hukum bilangan-bilangan takbir ini adalah sunnat bukan wajib. Jika takbir ini tertambah atau terkurang, solat hari raya tetap sah. Sunnah mengangkat tangan ketika takbir-takbir ini kerana thabit dari para sahabat Nabi saw.
b- Imam membaca pada rakaat yang pertama surah al-Ala (سبح اسم ربك الأعلى) dan pada rakaat kedua membaca al-Ghasiah (هل أتاك حديث الغاشية) berdasarkan hadis riwayat Muslim, atau membaca surah Qaf (ق) pada rakaat pertama dan membaca surah al-Qamar (القمر) pada rakaat kedua, juga berdasarkan hadis riwayat Muslim. Kedua-dua bacaan ini sahih dari Nabi saw.
c- Dilakukan solat raya terlebih dahulu diikuti khutbah. Ini berdasarkan hadis di dalam Musnad Ahmad daripada Ibnu Abbas r’anhuma:
أَشْهَدُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى قَبْلَ الْخُطْبَةِ فِي الْعِيدِ ثُمَّ خَطَبَ
Maksudnya: “Aku menyaksikan Rasulullah saw menunaikan solat hari raya sebelum khutbah, kemudian baginda berkhutbah.”
d- Menyegerakan solat hari raya dan tidak memanjangkannya.
Disunatkan menyegerakan solat hari raya selepas terbitnya matahari. Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam Fath al-Bari menukilkan perkataan Ibnu Battal (ابن بطال): “Telah sepakat para fuqaha’ bahawa solat hari raya tidak dilaksanakan sebelum atau ketika terbit matahari, sebaliknya ia dilakukan ketika disunatkan solat sunat.”
9. Keluar dengan berjalan kaki ke tempat solat hari raya
Daripada Ali bin Abi Tolib r.a. katanya: “Termasuk di dalam sunnah, mendatangi (solat) hari raya dengan berjalan kaki.” [Riwayat al-Tirmizi dan beliau menghasakannya]. Kata al-Tirmizi: “Beramal dengan hadis ini kebanyakan para ulama, mereka memandang sunat orang lelaki keluar (untuk solat hari raya) dengan berjalan kaki.” Kata Ibnu al-Munzir: “Orang yang berjalan kaki ke hari raya (tempat solat hari raya) adalah lebih baik dan lebih hampir kepada maksud tawadhu’, dan tidak mengapa bagi sesiapa yang berkenderaan.”
Ibnu Majah meriwayatkan daripada Ibnu Umar katanya:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْرُجُ إِلَى الْعِيدِ، مَاشِيًا وَيَرْجِعُ مَاشِيًا
Maksudnya: “Adalah Rasulullah saw keluar ke tempat solat Hari Raya dengan berjalan dan baginda p**ang darinya juga dengan berjalan.” [Sahih Ibnu Majah “Hasan”]
Bagi mereka yang uzur atau rumahnya jauh dari musalla / masjid tidak mengapa naik kenderaan.
10. Wanita uzur juga keluar menyaksikan solat hari raya.
Para wanita keluar untuk menunaikan solat hari raya adalah termasuk di dalam sunnah Nabi saw. Dari Umm Atiyyah r.’anha katanya: “Kami disuruh oleh Nabi saw untuk mengeluarkan mereka (semua wanita) pada hari raya al-Fitri dan al-Adha; wanita yang baru baligh atau hampir baligh, wanita haid dan anak dara. Adapun wanita haid diasingkan daripada tempat sembahyang.”
11. Zakat al-Fitr
Nabi saw menyuruh membayar zakat al-Fitr sebelum solat hari raya. Harus mengeluarkannya sehari atau dua hari lebih awal berdasarkan hadis Ibnu Umar r.’anhuma yang diriwayatkan oleh al-Bukhari: وكانوا يعطون قبل الفطر بيوم أو يومين
Maksudnya: “Adalah mereka (sahabat Nabi saw) mengeluarkan (zakat al-Fitr) sebelum hari raya sehari atau dua hari.”
Sesiapa yang menunaikan zakat fitrah selepas solat hari raya maka ia tidak dikira sebagai zakat fitrah berdasarkan hadis Nabi saw daripada Ibnu Abbas r.’anhuma:
من أداها قبل الصلاة فهي زكاة مقبولة، ومن أداها بعد الصلاة فهي صدقة من الصدقات
Maksudnya: “Sesiapa yang membayarnya (zakat fitrah) sebelum solat (hari raya), maka itulah zakat fitrah yang diterima, dan sesiapa yang membayarnya selepas solat, maka ianya hanya sekadar sedekah dari sedekah yang lain.”
Maka berdasarkan hadis ini haram hukumnya melewatkan membayar zakat sehingga selesai solat hari raya tanpa sebarang keuzuran. Jika dia terlewat disebabkan keuzuran seperti orang yang dalam perjalanan (musafir) yang tidak memiliki wang atau tidak mendapati orang yang boleh diberikannya zakat, dia boleh mengeluarkannya selepas daripada solat hari raya disebabkan dia termasuk orang yang mempunyai keuzuran.

02/04/2024

[Lailatul Qadr: Kisah Malam Agung]

Kita semua sudah berada di penghujung bulan Ramadhan yang mulia, ini juga bermakna masih berbaki beberapa hari sahaja lagi sebelum kita menyambut kemenangan pada bulan Syawal.

Rasanya ramai yang sudah mengetahui tentang sebuah ‘hadiah misteri’ yang dikurniakan oleh Allah kepada hambaNya dari umat Nabi Muhammad s.a.w khususnya. Hal ini kerana, hadiah ini tidak diberikan kepada umat-umat para nabi sebelum baginda S. A. W.

Hadiah ini merupakan sesuatu yang tidak boleh dilihat pandangan mata, dirasai dengan pancaindera, dan berlalunya juga tidak disedari bila. Itulah sebuah malam yang dinamakan malam Qadr, atau maksudnya malam kemuliaan dan kedudukan yang tinggi. Firman-Nya dalam az-Zumar ayat 67 :
وَمَا قَدَرُوا۟ ٱللَّهَ حَقَّ قَدۡرِهِۦۤ
“ Dan mereka itu tidak mengagungkan Allah seperti yang sepatutnya..”
Kita juga diberitakan dengan 3 keadaan pada malam ini;
(لَیۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ خَیۡرࣱ مِّنۡ أَلۡفِ شَهۡرࣲ ۝ تَنَزَّلُ ٱلۡمَلَـٰۤىِٕكَةُ وَٱلرُّوحُ فِیهَا بِإِذۡنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمۡرࣲ ۝ سَلَـٰمٌ هِیَ حَتَّىٰ مَطۡلَعِ ٱلۡفَجۡرِ)
[Surat Al-Qadr 3 – 5]

1. Ibadah pada malam ini adalah lebih baik dari 1000 bulan. Jika dikira – 1000÷12 bulan= 83 tahun, namun 1000 bulan di sini bermakna tempoh yang panjang dan tidak terhad kepada 83 tahun ini sahaja.

2. Malam ini juga turunnya utusan Allah, malaikat Jibril yang mempunyai keagungan(ketua para malaikat) membawa bersama kitab yang agung iaitu al-Quran, kepada manusia yang paling agung, Nabi Muhammad s.a.w, dan baginda dari kalangan umat yang memiliki kedudukan iaitu umat Islam, sebaik-baik umat yang dilahirkan dalam sejarah manusia, فتبارك الله!

3. Malam di mana malaikat Jibril bertebaran memberikan rahmat Allah dalam ketenangan sehinggalah terbit fajar.
Bilakah jatuhnya hari malam yang mulia ini?

Umat Islam tidak diberitahu keberadaannya yang tepat, namun ada beberapa pendapat dari para ulama yang membahaskan tentang perkara ini, antaranya:

1. Malam ini jatuh pada malam 27 Ramadhan atau pada akhir-akhir malam ganjil Ramadhan, berdasarkan hadis sohih daripada Nabi Muhammad s.a.w :
قال النبي صلى الله عليه وسلم: « أَيُّكُمْ يَذْكُرُ حِينَ طَلَعَ الْقَمَرُ وَهُوَ مِثْلُ شِقِّ جَفْنَةٍ »،
Terjemahan: Dari Abu Hurairah katanya “kami teringat akan malam Al-Qadr disisi Rasulullah SAW, maka Beliau SAW pun bersabda: “Siapakah antara kalian yang teringat ketika Bulan muncul (terbit) seperti syiqq jafnah?”
Syiq Jafnah di sini bererti bulan yang separa bulat.

2. Malam ini kemungkinan berlaku pada keseluruhan malam pada bulan Ramadhan.

3. Malam ini berlaku pada malam 17 Ramadhan.
Namun begitu, janganlah kita terlalu fokus meneka keberadaannya , kerana hanya Allah s.w.t sahajalah yang mengetahui. Hikmah terbesar perahsiaan malam ini adalah supaya hamba-hambaNya sentiasa berjaga-jaga dan tidak terlepas peluang yang datang setahun sekali ini.

Tahukah anda sebenarnya Rasulullah s.a.w telah bermimpi tentang malam Qadr ini, namun apabila baginda bergegas ingin memberitahu para sahabat, baginda terserempak dengan dua orang lelaki yang sedang berkelahi lantas menyebabkan ketentuannya ‘diangkat’, iaitu dilupakan.

Dalam hadis Sohih Bukhari dan Muslim, hadis ini dicatatkan seperti berikut;
عن عبادة بن الصامت قال خرج النبي صلى الله عليه وسلم ليخبرنا بليلة القدر فتلاحى رجلان من المسلمين فقال خرجت لأخبركم بليلة القدر فتلاحى فلان وفلان فرفعت وعسى أن يكون خيرا لكم فالتمسوها في التاسعة والسابعة والخامسة
Terjemahan : Nabi bersabda, “Sebenarnya saya keluar untuk memberitahukan kepada kalian tentang waktu terjadinya Lailatul Qadr, namun ternyata ada dua orang sahabat yang berselisih, sehingga kepastian waktunya diangkat (menjadi tidak diketahui).”

Timbul p**a persoalan tentang tarikh yang berlawanan antara 17 Ramadhan sebagai tarikh yang diwara-warakan sebagai nuzul Quran, tetapi Lailatul Qadr p**a berlaku pada 10 akhir Ramadhan?
Sebenarnya terdapat tiga peringkat di dalam proses penurunan Al-Quran kepada Nabi s.a.w.

💠 Peringkat yang pertama adalah daripada Allah azza wa jalla ke Luh Mahfuz.
💠Peringkat yang kedua p**a adalah daripada Luh Mahfuz ke Baitul Izzah (langit dunia) dan inilah yang dinamakan Lailatul Qadr.
💠 Peringkat yang ketiga adalah daripada Baitul Izzah kepada Nabi s.a.w pada 17 Ramadhan di gua Hira’ dan berterusan selama 23 tahun, tarikh inilah yang disambut oleh umat Islam di Malaysia sebagai hari penurunan al-Quran.

Kesimp**annya, malam ini merupakan hadiah yang istimewa daripada Allah Yang Maha Mencipta untuk semua hambanya. Lebih-lebih lagi nikmat waktu yang diberikan oleh Allah kepada seluruh umat Islam sekarang, maka tiada lagi alasan yang boleh dijadikan sebagai penghalang untuk beribadah.

Ayuh perbetulkan niat semula dan menggandakan usaha untuk mendapatkan malam ini sekaligus menambahkan keimanan kita kepada Allah s.w.t.

Aktiviti pelajar Akademi Al Quran Insani mengulang hafalan al Quran sementara menunggu masuk waktu solat Maghrib
14/05/2022

Aktiviti pelajar Akademi Al Quran Insani mengulang hafalan al Quran sementara menunggu masuk waktu solat Maghrib

30/03/2022

PERSIAPAN SEBELUM MENJELANG RAMADHAN

Persediaan yang dilakukan oleh para salafussoleh sebelum Ramadhan kunjung tiba

Maal bin Fadhl menceritakan dalam kitab Lataif al-Maarif mengenai tentang orang-orang soleh pada zaman dahulu melakukan persediaan awal sebelum Ramadan dengan berdoa. Mereka memohon kepada Allah SWT enam bulan lebih awal supaya Allah sampaikan mereka ke dalam bulan Ramadan dalam keadaan yang paling terbaik dari segi rohani (iman) dan jasmani (kesihatan fizikal). Mereka turut meminta supaya Allah memberi pertolongan kepada mereka untuk melakukan ketaatan dan ibadah. Malah, mereka berdoa p**a selama enam bulan selepas itu supaya Allah menerima segala amalan yang sudah dilakukan.

Itu keadaan sahabat dan salafussoleh dalam melakukan kesiagaan menghadapi Ramadan. Walaupun mereka sudah terkenal dengan orang yang kuat dan banyak beribadah, namun mereka tetap berdoa supaya diberi pertolongan untuk melakukan ibadah.

Antara persediaan lain sebelum masuk dalam bulan Ramadan, sahabat dan Salafussoleh banyak berpuasa di bulan Syaaban. Menurut Aisyah RA, "Baginda SAW biasanya berpuasa sehingga kami merasakan bahawa baginda tidak akan berbuka (berpuasa terus). Dan baginda SAW apabila berbuka, kami sangka bahawa beliau akan terus berbuka (tidak berpuasa terus). Dan aku tidak melihat Baginda SAW menyempurnakan puasanya sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda SAW berpuasa (puasa sunat) dalam sebulan yang lebih banyak melainkan ketika baginda SAW berpuasa pada bulan Syaaban.

Perbaiki ilmu, tingkatkan iman

Nabi SWT bersabda daripada Abu Hurairah RA: "Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, maka akan diampunkan dosanya yang telah lalu."

Syarat utama puasa diterima adalah seseorang itu mesti beriman kemudian diiringi dengan ihtisab (mengharap balasan baik daripada Allah). Pengharapan terbina atas dasar iman dan ilmu. Iman manusia sudah tentu ada turun dan naiknya. Maka, persiapan iman sebelum masuk ke bulan Ramadan adalah amat penting dilakukan dengan bersungguh-sungguh.

Oleh yang demikian, ini adalah waktu yang terbaik untuk kita mempelajari dan mengulangkaji semula hukum-hukum mengenai amalan ibadah di bulan Ramadan. Wajib bagi setiap mukmin itu melakukan ibadah dengan berlandaskan ilmu yang betul, bukan sekadar ikutan. Kita wajib mengetahui ilmu dan hukum berpuasa sebelum Ramadan tiba supaya puasa kita benar-benar diterima dan mendapat ganjaran oleh Allah SWT

Moga Ramadhan kita kali ini lebih berkualiti dari Ramadhan yang sebelum ni


03/02/2022

JOM SAMA SAMA KITA MEMBACA SURAH AL KAHFI PADA HARI JUMAAT YANG BARAKAH INI

Dari Abu Sa'id Al-Khudri ra:

“Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat.”
[HR Al-Hakim 2/368, al-Baihaqi 3/249. Ibnu Hajar kata ' Hadis ini Hasan' dalam Takhrij al-Azkar. Beliau kata hadis ini paling kuat tentang surah Al-Kahfi].

Antara sunnah lain pada hari Jumaat ialah :
👉Memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah S.AW.
👉Berpakaian kemas ketika pergi ke masjid
👉Mandi sunat jumaat

14/01/2022

SUDAH BACA SURAH AL KAHFI DI PAGI HARI JUMAAT YANG MULIA INI?

Jika belum, marilah kita sama-sama membacanya

Dari Abu Sa’id Al-Khudri ra :

“Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat.”

[HR Al-Hakim 2/368, al-Baihaqi 3/249. Ibnu Hajar kata ‘ Hadis ini Hasan’ dalam Takhrij al-Azkar.

Jom sama-sama kita amalkan😊😊

PEMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR BARU 2022 KE AKADEMI AL QURAN INSANI DIBUKA SEKARANG!!!🔰 AQI ialah institusi tahfiz yang dit...
03/01/2022

PEMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR BARU 2022 KE AKADEMI AL QURAN INSANI DIBUKA SEKARANG!!!

🔰 AQI ialah institusi tahfiz yang ditubuhkan pada 1/1/2019 bernaung di bawah kelolaan Hj Md Sohor Muhammad yang bertempat di Kg Jana Baru, 34600 Kamunting Perak

🔰 Syarat Kemasukan:

1. Terbuka kepada semua rakyat Malaysia lelaki yang berumur 10 tahun hingga 15 tahun

2. Minat untuk menghafal Al-Quran.

3. Berakhlak mulia, sihat mental dan fizikal serta bersedia menerima teguran.

4. Boleh membaca dan menulis

🔰 Kelebihan belajar di AQI:

1. Tenaga pengajar yang berkelayakan

2. Yuran yang berpatutan.

3. Kelas yang kondusif dan selesa.

4. Nisbah seorang ustaz kepada pelajar hanya 10 pelajar. (1:10)

5. Fokus utama untuk mengingati Al Quran dengan berkualiti

6. Kelas tambahan lain disediakan seperti Fekah, Adab, Aqidah, Sirah dan lain-lain

7. Terdapat aktiviti Ko-Kurikulum seperti Futsal, Badminton, Pingpong dan lain-lain

8. Latihan kepada pelajar untuk menjadi Imam dan Bilal.

✅Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

http://www.wasap.my/+60125091646/SayaNakDaftar

11/07/2021

KELEBIHAN SEPULUH HARI AWAL ZULHIJJAH

Hadis Nabi s.a.w :

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "مَا مِنْ أَيَّامٍ العَمَلُ الصَّالِحُ فِيهِنَّ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ العَشْرِ"، فَقَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، وَلَا الجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "وَلَا الجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ، إِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ"

Daripada Ibn ‘Abbas, dia berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiada hari-hari yang amalan soleh padanya paling Allah sukai melebihi sepuluh hari ini (sepuluh hari awal Zulhijjah)”. Mereka bertanya: “Sekalipun jihad pada jalan Allah?”. Jawab Rasulullah s.a.w: Sekalipun jihad pada jalan Allah, melainkan seorang lelaki yang keluar (berjuang) dengan diri dan hartanya dan tidak mendapat semua itu kembali walaupun sedikit” (Riwayat al-Bukhari, al-Tirmizi -lafaz di atas adalah lafaz al-Tirmizi- , Abu Daud, Ibn Majah dll).

Perkataan ‘amalan soleh’ itu merangkupi segala perbuatan baik yang disukai Allah. Ini termasuk solat, puasa, sedekah, bacaan al-Quran, zikir, tahmid, takbir, tahlil, tolong-menolong untuk kebaikan, menyebarkan ilmu, menyantuni anak yatim, membantu orang yang kesusahan, memberikan makan dan seumpamanya.

Sementara amalan sunat ataupun nafilah seperti puasa sunat boleh dilakukan semasa sepuluh hari tersebut, apatahlagi pada Hari Arafah. Demikianlah membaca al-Quran, beristighfar, berdoa, bersedekah, membantu yang memerlukan dan seterusnya apa sahaja amalan yang baik di sisi Allah.

Marilah kita sama-sama merebut peluang di bulan yang mulia ini dan mendoakan semoga wabak convid 19 yang mengenai negara kita khususnya segera diangkat oleh Allah Azza Wajalla.

12/05/2021

Beberapa Sunnah Di Hari Raya
=========
Terdapat beberapa sunnah yang boleh dilaksanakan oleh kita sebagai muslim dalam meraikan Aidilfitri ini. Antaranya ialah:

1. Menzahirkan kegembiraan. Berdasarkan hadis, pada hari perayaan ini Rasulullah membiarkan orang-orang Sudan mempamerkan permainan senjata mereka sebagai tanda kegembiraan. Malah Baginda membiarkan kanak-kanak perempuan menyanyi. Perkara ini direkodkan oleh al-Imam al-Bukhari yang menyebutkan:

وَكَانَ يَوْمَ عِيدٍ يَلْعَبُ السُّودَانُ بِالدَّرَقِ وَالْحِرَابِ

“Pada hari perayaan, orang-orang Sudan bermain (mempamerkan perlawanan) perisai dan senjata mereka.” (Sahih al-Bukhari)

1.1 Dengan sebab itu al-Imam Ibn Hajar menyebutkan:

إِظْهَار السُّرُورِ فِي الْأَعْيَادِ مِنْ شِعَارِ الدِّينِ

“Menzahirkan kegembiraan pada hari raya adalah salah satu daripada syi’ar agama.” (Fath al-Bari)

2. Memakai Pakaian Yang Terbaik. Menurut al-Imam Ibn al-Qayyim, Rasulullah dikatakan memakai pakaian terbaik ketika hari raya. Saidina al-Hasan pernah menyebutkan:

أَمَرَنَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ نَلْبَسَ أَجْوَدَ مَا نَجِدُ

“Rasulullah mengajak kami memakai pakaian yang terbaik yang ada di sisi kami.” (HR al-Tabrani dan al-Hakim)

3. Makan Sebelum Menunaikan Solat Raya. Kita disunatkan untuk makan dahulu sebelum menunaikan Solat Hari Raya. Saidina Anas pernah meriwayatkan hadis yang menyebutkan:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لاَ يَغْدُو يَوْمَ الفِطْرِ حَتَّى يَأْكُلَ تَمَرَاتٍ

“Sesungguhnya Nabi SAW tidak akan keluar pada Hari Raya AidilFitri sehinggalah beliau makan terlebih dahulu beberapa biji tamar.”

4. Bertakbir Ketika Keluar Menunaikan Solat. Menurut al-Imam al-Zuhri, Rasulullah ﷺ bertakbir sepanjang perjalanan menuju ke tempat solat AidilFitri. Kata beliau:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَخْرُجُ يَوْمَ الْفِطْرِ، فَيُكَبِّرُ حَتَّى يَأْتِيَ الْمُصَلَّى

Sesungguhnya Rasulullah SAW keluar untuk menunaikan solat Aidilfitri dan Baginda bertakbir sehingga sampai ke tempat solat.

5. Berjalan Kaki Ke Tempat Solat. Sekiranya kita mampu, sebaiknya kita hendaklah berjalan kaki ke tempat solat raya kerana Baginda Nabi ﷺ sentiasa melakukan sedemikian. Kata Saidina Abdullah bin Umar:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَخْرُجُ إِلَى الْعِيدِ مَاشِيًا، وَيَرْجِعُ مَاشِيًا

Sesungguhnya Nabi SAW keluar untuk menunaikan solat Aidilfitri dalam keadaan berjalan kaki dan p**ang juga berjalan kaki.

6. Pulang Solat Melalui Jalan Berbeza. Salah satu sunnah Rasulullah ﷺ juga adalah menggunakan jalan yang berbeza ketika p**ang dari solat sunat hari raya. Saidina Jabir menceritakan:

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ يَوْمُ عِيدٍ خَالَفَ الطَّرِيقَ

“Sesungguhnya Nabi SAW pergi dan p**ang dari menunaikan Solat Aidilfitri menggunakan jalan yang berbeza.”

Semoga Allah membimbing kita.

Address

NO 833 , LORONG 3 , KAMPUNG JANA BARU
Kamunting
34600

Opening Hours

Monday 08:00 - 18:00
Tuesday 08:00 - 18:00
Wednesday 08:00 - 18:00
Thursday 08:00 - 18:00
Friday 08:00 - 18:00
Saturday 08:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Madrasah Al Quran dan Sunnah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share