12/08/2026
๐๐จ๐ฅ๐ฆ๐จ๐ฆ ๐๐๐ ๐ฃ๐๐๐๐ก ๐๐๐ก ๐๐๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐ง๐๐ก ๐๐๐ก๐๐๐๐
12 Ogos 2026 | Kolej Komuniti Taiping
Telah berlangsung Kursus Kimpalan dan Keselamatan Bengkel pada 12 Ogos 2026 bertempat di Bengkel Konvensional, Kolej Komuniti Taiping yang melibatkan pelajar Semester 3, Sijil Teknologi Pembuatan.
Kursus yang dikendalikan oleh Encik Hazreen Izham daripada Ezy Engineering Works (M) Sdn. Bhd. ini memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan asas dan amalan keselamatan dalam bidang kimpalan, di samping meningkatkan kemahiran teknikal melalui pembelajaran secara teori dan praktikal.
Sepanjang kursus, pelajar didedahkan kepada aspek keselamatan bengkel dan penggunaan PPE, peralatan serta mesin kimpalan, selain beberapa proses kimpalan seperti SMAW, OAW, MIG/MAG dan TIG. Pelajar turut diberi pendedahan berkaitan kedudukan kimpalan, lukisan kejuruteraan dan simbol kimpalan.
Penganjuran kursus ini diharapkan dapat memperkukuh pengetahuan dan kemahiran pelajar serta memberi nilai tambah dalam persediaan mereka menghadapi keperluan sebenar industri dan alam pekerjaan.
Terima kasih kepada Encik Hazreen Izham dan Ezy Engineering Works (M) Sdn. Bhd. atas perkongsian ilmu, kepakaran dan pengalaman bersama para pelajar.
'๐๐ ๐๐๐ฅ๐ข๐ฏ๐๐ซ ๐๐ก๐ ๐๐๐ฌ๐ญ'