22/09/2019
KELAS ASAS BAHASA ARAB SESI 2019 BAKAL DI BUKA!!
Terhad untuk 20 orang terawal sahaja!
TEMPAT:
MAKTABAH AR-RUSHD, KAMUNTING PERAK. (https://goo.gl/maps/7fnBx4yqbvzd16468)
YURAN:
SEORANG - RM100 SAHAJA
TEMPOH: 10 Bulan
SEBULAN (4 SESI/ 8 JAM)
SEMINGGU 1 SESI
2 JAM SETIAP SESI
TENAGA PENGAJAR:
Ustaz Abdullah Aimanrusydi Bin Abdullah (Pengasas Maktabah Ar-Rushd)
Graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Ijazah Sarjana Muda Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah dan Bahasa Arab dan Kesusasteraan (Minor). Seorang yang aktif dalam arena debat bahasa arab di peringkat sekolah dan universiti dan mempunyai pengalaman hampir 2 tahun mengajar tatabahasa bahasa arab kepada orang awam. Sekarang sedang memegang jawatan sebagai mudir di sebuah pusat pengajian tahfiz di Selama Perak.
Memahami asas-asas tatabahasa Bahasa Arab adalah perkara terpenting untuk memahami selok belok dan praktikal Bahasa arab dengan baik. Seseorang yang ingin belajar bercakap, membaca, menulis dan mendengar bahasa arab mestilah menguasai asas-asas tatabahasa dengan baik terlebih dahulu. Begitu jugalah ia menjadi syarat asas bagi seseorang yang ingin memahami dan mendalami teks dan isi kandungan al-Quran dan al-Hadith dengan baik. Ini kerana al-Quran dan al-Hadith diturunkan dan dituturkan di dalam bahasa arab.
Oleh kerana itu, Maktabah Ar-Rushd akan menganjurkan kursus Intensif Bahasa Arab Bahasa Al-Quran di mana peserta akan didedahkan dengan konsep dan kefahaman asas tatabahasa bahasa arab. Kursus ini khusus bagi mereka yang tidak mempunyai asas di dalam bahasa arab tetapi berminat dan bersedia memberi komitmen bagi memahami dan mempelajari bahasa yang indah ini. Jangan risau jika anda tidak pernah mempunyai asas dalam bahasa arab, kursus yang kami anjurkan ini memang khusus untuk anda.
OBJEKTIF KURSUS:
1- Mengenali konsep asas perkataan dalam bahasa arab.
2- Memahami beberapa topik asas dalam tatabahasa arab.
3- Memberi kefahaman mudah dan ringkas tentang Bahasa arab.
Apa yang peserta akan dapat sepanjang kursus?
- Set nota ringkas
- Set latih tubi
- Sijil penyertaan
- Siri Umar 30 episod (Sarikata Bahasa Melayu)
Boleh hubungi segera 010 833 1684 untuk pendaftaraan. Kursus akan bermula dalam waktu terdekat.
Terima kasih