PASTI Ar-Rahmaniah, Kamunting

PASTI Ar-Rahmaniah, Kamunting Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PASTI Ar-Rahmaniah, Kamunting, Education Website, Lorong 7, Jalan Stesen, Rumah Awam, Kamunting.

01/05/2026

1 Mei bukan sekadar hari cuti.

Ia adalah hari menghargai setiap titik peluh yang gugur,
setiap usaha yang sering tidak terlihat, dan setiap pengorbanan yang dipendam demi sebuah kehidupan.

Buat semua,
dari yang bekerja di pejabat hingga ke tapak binaan,
dari pendidik hingga peniaga,
dari yang siang hingga yang berjaga di malam hari,
kalian adalah nadi yang menggerakkan negara.

Di sebalik kejayaan yang dikecapi,
ada lelah yang tidak diceritakan.
Di sebalik rezeki yang mengalir,
ada sabar yang terus dipertahankan.

Terus kuat melangkah,
walau kadang terasa berat,
kerana setiap usaha yang ikhlas,
pasti ada nilai di sisi Allah.

Selamat Hari Pekerja

Buat seluruh rakyat Malaysia πŸ‡²πŸ‡Ύ

Terima kasih atas setiap keringat dan pengorbanan.

Daripada kami;

Jabatan PASTI Perak
Kita Bina Generasi Rabbani



PASTI Ar-Rahmaniah, Kamunting  kini dibuka pendaftaran bagi sesi 2027. Pendaftaran boleh dibuat segera melalui PASTI caw...
20/04/2026

PASTI Ar-Rahmaniah, Kamunting kini dibuka pendaftaran bagi sesi 2027. Pendaftaran boleh dibuat segera melalui PASTI cawangan yang berdekatan...

Bagi yang hendak daftar puan perlu mengisi maklumat anak tuan puan dalam E-PASTI (pendaftaran secara online)

https://www.pastimalaysia.com/epasti-online/

No kata laluan
A070104

Selesai daftar πŸ‘†πŸ» dapatkan slip tersebut dan hantar / wsapp kepada

πŸ‘‰πŸ» Mu'alimah Siti Patimah
017- 5465277

Mu'alimah Sakinah
016-768 5414

Terima kasih

☺
19/04/2026

☺

31/03/2026

Hafal step wuduk ni baik-baik.

Abang kakak pun boleh belajar sama-sama.

Nantikan video penuh pada 1 April 2026 nanti.


PASTI Ar-Rahmaniah, Kamunting  kini dibuka pendaftaran bagi sesi 2027. Pendaftaran boleh dibuat segera melalui PASTI caw...
31/03/2026

PASTI Ar-Rahmaniah, Kamunting kini dibuka pendaftaran bagi sesi 2027. Pendaftaran boleh dibuat segera melalui PASTI cawangan yang berdekatan...

Bagi yang hendak daftar puan perlu mengisi maklumat anak tuan puan dalam E-PASTI (pendaftaran secara online)

https://www.pastimalaysia.com/epasti-online/

No kata laluan
A070104

Selesai daftar πŸ‘†πŸ» dapatkan slip tersebut dan hantar / wsapp kepada

πŸ‘‰πŸ» Mu'alimah Siti Patimah
017- 5465277

Mu'alimah Sakinah
016-768 5414

Terima kasih

Salam Israk Mikraj 2026 kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan di seluruh dunia yang menyambut peristiwa penuh keberk...
16/01/2026

Salam Israk Mikraj 2026 kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan di seluruh dunia yang menyambut peristiwa penuh keberkatan ini.

PASTI Kawasan Taiping
PASTI Ar-Rahmaniah, Kamunting
PASTI Malaysia
Pasti Ar Rahmaniah
Siti Fatimah Mohd Noor

30 s**a, 2 komen. "Salam Israk Mikraj 2026 kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan di seluruh dunia yang menyambut peristiwa penuh keberkatan ini. Malaysia Patimah .ismail525”

12/01/2026

SELAMAT KEMBALI KE PASTI!

5 pesanan ringkas untuk ibu ayah PASTI Perak sempena hari pertama persekolahan.

No 5 paling penting ya.

1. Mulakan hari anak dengan doa dan kata-kata semangat supaya mereka gembira dan yakin ke sekolah.

2. Pastikan kehadiran, kebersihan dan kelengkapan anak sentiasa dijaga demi keselesaan pembelajaran anak-anak.

3. Beri kerjasama penuh kepada guru dan pihak PASTI dalam membentuk sahsiah dan akhlak anak kita.

4. Pantau perkembangan emosi dan tingkah laku anak di rumah, seiring didikan di sekolah.

5. Jadilah contoh akhlak yang baik, kerana ibu ayah adalah guru pertama anak-anak.

Semoga bermanfaat ya.

β€œ Kita Bina Generasi Rabbani”


Berjamaah Itu Amanah, Bukan Ruang Tunjuk Pandai1.Apabila kita memilih untuk bersama PAS, kita tidak boleh bertindak ikut...
01/01/2026

Berjamaah Itu Amanah, Bukan Ruang Tunjuk Pandai

1.Apabila kita memilih untuk bersama PAS, kita tidak boleh bertindak ikut kepala sendiri. Kita telah menjadi sebahagian daripada jamaah, dan jamaah itu bukan milik individu, tetapi milik bersama.

2.Kadang-kadang kita merasakan diri paling cerdik kerana ada kelulusan tinggi, paling berpengalaman, atau paling banyak berjasa kepada parti. Lalu kita anggap pandangan kitalah yang paling betul, orang lain semua salah. Hakikatnya, inilah kesilapan besar dalam beramal secara berjamaah.

3.Kecerdikan seorang tidak sama dengan kebijaksanaan ramai. Jamaah melihat dari sudut yang lebih luas, sedangkan kita sering melihat hanya dari sudut mata kita sendiri.

4.Banyak kali pengalaman mengajar saya. Pendapat yang kita sangka paling tepat, rupanya tidak benar. Kita sahaja yang merasakan diri paling betul.

5.Dalam jamaah, keputusan tidak dibuat untuk memuaskan kehendak individu. Ia dibuat dengan pertimbangan maslahat bersama dan kepentingan jangka panjang.

6.Jamaah menolak keputusan yang didorong oleh kepentingan peribadi, walaupun dibungkus dengan alasan kebijaksanaan atau pengalaman.

7.Memang mudah rasa diri cerdik apabila duduk sendirian dalam bilik. Tetapi bila keluar melihat dunia luar, barulah kita sedar ramai lagi yang lebih cerdik dan lebih matang.

8.Pesanan untuk diri saya sendiri: jangan perasan kita paling pandai. Dalam jamaah, ada adabnya ada ketuanya, ada disiplinya.

9.Saya memilih untuk terus bersama jamaah. Orang lain mungkin memilih jalan tidak mahu berjamaah, itu hak dialah. Kita tidak boleh memaksa. Mungkin mereka ada hujah tersendiri.

10.Namun realitinya, mereka juga tetap berjamaah, cuma berjamaah dengan kelompok yang sama fikiran dengan mereka yang tidak mahu berjamaah. Akhirnya, mereka tidak ke mana dan sering bergaduh sesama sendiri.

11.Bersama jamaah menuntut kita mengurangkan ego. Kita tidak boleh merasakan hujah kita sahaja yang bijak dan hujah orang lain semuanya bodoh.

12.Kita perlu sanggup mengorbankan rasa tidak puas hati terhadap beberapa keputusan jamaah. Inilah harga sebuah ketaatan dan disiplin berjamaah.

13.Kalau mengaku bersama jamaah tetapi masih mahu buat pandai-pandai dan enggan patuh, akhirnya akan hanyut.

14.Lebih parah, tanpa sedar kita boleh terperangkap dengan musuh, sambil terus berhujah bahawa semua itu kononnya kerana sayang kepada jamaah, sedangkan hakikatnya membawa mudarat kepada jamaah.

15.Sejarah telah banyak kali membuktikan, jalan orang yang enggan tunduk kepada jamaah akhirnya tidak membawa kebaikan.

Bersama jamaah, rendahkan ego.
Bersama jamaah, belajar taat.
Bersama jamaah, kita kuat.

YB Datuk Ustaz Hj Idris Hj Ahmad
Naib Presiden PAS
Pesuruhjaya PAS Perak
30/12/25

SELAMAT TAHUN BARU 2026

Setiap hari adalah pengorbanan,
setiap langkah adalah amanah,
setiap didikan adalah benih yang ditanam
untuk masa depan ummah.

Tahun yang berlalu menyaksikan
kesabaran, keikhlasan dan kasih sayang
yang tidak pernah lelah dicurahkan
demi anak-anak PASTI tercinta.

Kini kita melangkah ke tahun 2026
dengan doa yang tidak pernah putus,
harapan yang terus menyala,
dan tekad untuk terus mendidik dengan hati.

Semoga Allah memberkati setiap usaha,
menguatkan setiap jiwa pendidik,
dan menjadikan setiap ilmu yang disampaikan
sebagai saham akhirat yang berpanjangan.

Selamat Tinggal 2025.
Selamat Datang 2026.

Teruslah mendidik dengan kasih dan sayang,

Jom bersama,
Kita bina generasi Rabbani!



30/12/2025

Assalamu'alaikum

Jom daftar sekarang..😊

Semoga anak2 jadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat.. Aamiin Allahumma Aamiin 🀲
21/12/2025

Semoga anak2 jadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat.. Aamiin Allahumma Aamiin 🀲

Lihat video PASTI AR-RAHMANIAH, TAIPING.

Address

Lorong 7, Jalan Stesen, Rumah Awam
Kamunting

Telephone

+60175465277

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PASTI Ar-Rahmaniah, Kamunting posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to PASTI Ar-Rahmaniah, Kamunting:

Shortcuts

Share