Tadika Maktabah Ilmiah

Tadika Maktabah Ilmiah Program Lancar Membaca Dalam Masa 16 Hari, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris & Jawi bagi yang mengeja, t Kami menyediakan teknik pembelajaran yang cepat dan mudah.

Membantu para pelajar menguasai pembacaan seawal usia 4 tahun dan seterusnya menguasai ilmu di peringkat sekolah rendah dengan cemerlang.

21/10/2025

Pendaftaran Tadika 2026 telah dibuka dengan pelbagai kegiatan menarik di tadika kami. Jasmani sihat otak cergas, membaca laju!🥰

🎉 Aktiviti Seronok, Ilmu Ceria! 🎉Di Tadika Maktabah Ilmiah, anak-anak bukan sekadar duduk dalam kelas ✏️—mereka belajar ...
29/09/2025

🎉 Aktiviti Seronok, Ilmu Ceria! 🎉

Di Tadika Maktabah Ilmiah, anak-anak bukan sekadar duduk dalam kelas ✏️—mereka belajar melalui aktiviti menarik, permainan interaktif & eksperimen menyeronokkan! 😍

✅ Seronok → Anak-anak ceria setiap hari
✅ Belajar → Kemahiran fokus, berfikir & bekerjasama berkembang
✅ Seimbang → Ilmu akademik & agama sama-sama ditekankan

🌟 Anak anda layak dapat pengalaman tadika yang penuh warna-warni & bermakna.

📌 Tempat terhad untuk sesi 2026!
👉 Jom daftar sekarang sebelum penuh!

🌙 TADIKA + PRA AGAMAKami menyedari bahawa  4 jam tadika memberikan ruang yang terhad untuk memupuk sahsiah dalam pengeta...
27/09/2025

🌙 TADIKA + PRA AGAMA

Kami menyedari bahawa 4 jam tadika memberikan ruang yang terhad untuk memupuk sahsiah dalam pengetahuan pendidikan agama. Selain elak anak-anak melekat dengan gajet dan smart TV di rumah, Minda cergas mereka baik dimanfaatkan untuk pendidikan Islam yang lebih menyeluruh di tadika pada sesi sebelah petang.

🌙 Program PRA AGAMA (Sesi Petang)

🕐 Masa: 1.00 – 3.00 petang

Apa yang anak-anak akan pelajari?

📖 Belajar Iqra’ & Al-Quran lebih intensif
➡️ “Lancarkan bacaan Iqra’ & Al-Quran sejak kecil”

🧠 Hafazan lebih banyak
➡️ “Menghafal doa & surah pilihan dengan mudah”

✍️ Tulis baca Jawi
➡️ “Kenal & mahir asas tulisan Jawi”

🙏 Solat Zohor
➡️ “Amali Solat Zohor berjemaah setiap hari”

🌟 Hadis 40
➡️ “Membiasakan diri dengan hadis-hadis pegangan wajib ringkas”

❤️ Nilai Tambah Pengetahuan Islam Sirah dan Tauhid
➡️ “Membina asas agama & akhlak sejak kecil”

Pendidikan seimbang antara akademik dan agama adalah kunci melahirkan generasi berkualiti. Program PRA AGAMA di Tadika Maktabah Ilmiah memberi pendedahan awal dalam bacaan iqra’, hafazan, jawi, amali solat, hadis pilihan dan lain-lain. Melalui kelas ini, anak-anak bukan sahaja cemerlang akademik, malah berakhlak mulia serta terbiasa dengan ibadah harian. Daftarkan anak anda hari ini untuk pengalaman pendidikan yang lebih menyeluruh.

Daftar segera di link di bawah.

https://sites.google.com/view/info26-tadika-maktabah-ilmiah/home


Adakah ibubapa peka apa keperluan belajar di tadika? Adakah menghantar anak ke tadika itu atas faktor umur semata-mata. ...
13/10/2024

Adakah ibubapa peka apa keperluan belajar di tadika? Adakah menghantar anak ke tadika itu atas faktor umur semata-mata.

Persediaan ke tadika bermula dari umur peringkat taska lagi. Anak-anak kena ada pertumbuhan baik terhadap ingatan dan jasmani mereka. Maksudnya anak-anak sentiasa ada latihan untuk mengingat dan juga mampu untuk bermain apa juga pergerakan sesuatu permainan.

Apabila ingatannya baik, maka pembelajaran di peringkat tadika itu mudah. Juga bila ototnya kuat, maka anak itu boleh membuat kerja, boleh menulis, mewarna bahkan melakukan pekerjaan2 mudah.

Tahukah ibubapa, jika otot tangan tidak kuat maka menulis dan mewarna pun menjadi sukar. Begitu juga jika anak tidak mengingat, maka semudah abjad O juga tidak mampu untuk tahu.

Maka persediaan belajar asasnya adalah rangsangan diri sejak dari lahir lagi. Mana-mana kepincangan sewaktu proses pertumbuhan itu akan menjadi satu keterbantutan kepada anak-anak.

Tadika adalah tempat untuk mempertajamkan skil tadi dengan topik2 ilmu yang lebih khusus. Anak-anak dengan kebolehan mengingat yg baik dan otot yang kuat memberikan kelebihan untuk mereka menyerlahkan.potensi diri terhadap pengetahuan benda dan alam di sekeliling mereka.

Mula untuk tahu banyak perkara tentang benda, kosa kata, ayat, pertuturan baik, mengingat itu ini dengan sangat banyak. Pengetahuan anak-anak yang mampu menyerap ilmu akan terluah melalui pertuturan mereka. Lebih banyak mereka tahu, lebih banyak mereka akan bercakap dan bekerja.

Ibubapa perlu bersedia untuk menjadi lebih berdisiplin pada pola pembelajaran anak-anak semasa di tadika kelak.

Tadika kami adalah tadika kulinari. Bermakna sebahagian kami adalah kehidupan keluarga yang padat dengan syarah dan taklimat benda pada anak-anak untuk fahami dengan lebih baik dan realistik.

Apa yang kami dapati dari aktiviti kulinari kami ialah anak-anak menjadi rajin, banyak mulut, bijak, mudah mengingat dan kemas bekerja, bermain, baik dalam menulis, mewarna, mengira bahkan sangat cepat membaca.

Setiap dari kita ada tujuan dalam mencorak anak-anak mengikut nilai-nilai kita tersendiri. Kecemerlangan kita dalam menyediakan 2 perkara asas untuk anak-anak yang terbaik iaitu otak dan ototnya memberikan input terbaik untuk mereka ke sekolah rendah kelak.

Usia emas adalah usia menyediakan asas tanah untuk berladang. Cukup keadaannya..di peringkat sekolah rendah pelbagai ilmu dapat difahami dan tumbuh dengan mudah.

Marilah kita sama-sama berfikir dan berusaha untuk mencapat matlamat membentuk kecerdikan anak-anak di peringkat usia tadika ini sebaik yang mungkin. Elakkan keterbantutan. Terapi pantas hindari kekurangan.

Pendaftaran tadika kami telah dibuka untuk sesi persekolahan 2025. Hubungi kami untuk kemasukan baru.
Barakallahufikum.

Address

19A, Jalan Cempedak 1, Taman Tiram Baru, Ulu Tiram
Kampung Ulu Tiram
81800

Telephone

+60137893467

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tadika Maktabah Ilmiah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Tadika Maktabah Ilmiah:

Shortcuts

Share

Category