Universiti Malaysia Perlis

Universiti Malaysia Perlis Universiti Malaysia Perlis - UniMAP : Malaysia's Top University

Knowledge, Sincerity, Excellence Welcome!
(282)

Universiti Malaysia Perlis - UniMAP : Malaysia's Top University

Knowledge, Sincerity, Excellence

This is the official page of UniMAP.

23 Ogos 2026 |πŸŽ“ Bakal mahasiswa, dah bersedia untuk langkah seterusnya?Inilah masa untuk mula merancang perjalanan anda ...
23/08/2026

23 Ogos 2026 |

πŸŽ“ Bakal mahasiswa, dah bersedia untuk langkah seterusnya?

Inilah masa untuk mula merancang perjalanan anda ke Universiti Awam (UA)! πŸš€

πŸ“… Tarikh pendaftaran pelajar baharu UA Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2026/2027 kini telah ditetapkan mengikut universiti.

πŸ“ Jom semak tarikh pendaftaran UA pilihan anda dan pastikan semua persiapan dibuat lebih awal.

✨ Satu langkah kecil hari ini, permulaan besar untuk masa depan anda!

Jangan lepaskan peluang untuk melangkah lebih jauh sebagai mahasiswa. πŸ‡²πŸ‡ΎπŸŽ“






Baca lanjut di:

Facebook: https://www.facebook.com/share/p/1HoELcbJwA/?mibextid=wwXIfr

Instagram: https://www.instagram.com/p/DcXln5JgI8E/?igsi=aHF6bHYzMWZsNXg3

TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSVmEdbGh/

Linkedin: https://lnkd.in/p/gnZgEKVe

Kerjasama Tuan/ Puan juga adalah dipohon untuk memanjangkan hebahan ini menerusi media sosial dan lain-lain saluran komunikasi sedia ada.

*Jangan lupa untuk _Follow, Like, Comment & Share_*.

πŸŽ“ Bakal mahasiswa, dah bersedia untuk langkah seterusnya? Inilah masa untuk mula merancang perjalanan anda ke Universiti Awam (UA)! πŸš€ πŸ“… Tarikh pendaftaran pelajar baharu UA Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2026/2027 kini telah ditetapkan mengikut universiti. πŸ“ Jom semak tarikh pendafta...

23 Ogos 2026 |UniMAP Perkasa Inisiatif Kelestarian Komuniti melalui Pemasangan 40 Set Lampu Jalan Solar di Kampung Pangg...
23/08/2026

23 Ogos 2026 |

UniMAP Perkasa Inisiatif Kelestarian Komuniti melalui Pemasangan 40 Set Lampu Jalan Solar di Kampung Panggas Kecil

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menerusi Pusat TVET UniMAP dengan kerjasama Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Elektrik (FKTE) telah melaksanakan Program Pemasangan Lampu Jalan Solar di Kampung Panggas Kecil, Kangar, Perlis di bawah Program Kampung Angkat MADANI (KAM) Tahun 2026, Kementerian Perpaduan Negara (KPN).

Program ini merupakan sebahagian daripada kerjasama strategik antara Kementerian Perpaduan Negara dan UniMAP dalam memperkasa komuniti setempat melalui pemanfaatan kepakaran, teknologi dan inovasi universiti bagi meningkatkan kesejahteraan serta kualiti hidup masyarakat.

Sebanyak 40 set lampu jalan solar telah dipasang di lokasi-lokasi yang dikenal pasti di sekitar Kampung Panggas Kecil, yang dijangka memberi manfaat kepada lebih 500 orang penduduk. Inisiatif ini bukan sahaja menyediakan pencahayaan yang lebih baik pada waktu malam, malah turut menyumbang kepada peningkatan aspek keselamatan dan keselesaan penduduk serta menyokong agenda penggunaan tenaga bersih dan teknologi lestari.

Pelaksanaan program turut melibatkan seramai 30 orang warga UniMAP yang terdiri daripada staf dan pelajar. Penglibatan secara langsung ini memberi peluang kepada para pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran teknikal dalam situasi sebenar, di samping membentuk nilai kepimpinan, kerja berpasukan, pengurusan projek dan tanggungjawab sosial terhadap komuniti.

Program ini diselaraskan oleh PM Ts. Dr. Faizah binti Abu Bakar dan PM Ir. Ts. Dr. Ahmad Zaidi bin Abdullah, dengan penglibatan warga Pusat TVET UniMAP dan FKTE dalam aspek perancangan, penyediaan teknikal serta pelaksanaan kerja pemasangan di lapangan.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan UniMAP dalam memperkukuh hubungan universiti dengan masyarakat melalui pendekatan β€œteknologi untuk komuniti”, selaras dengan peranan institusi pendidikan tinggi dalam menghasilkan impak yang mampan kepada masyarakat dan negara.

Melalui kerjasama strategik KPN dan UniMAP ini, teknologi tenaga solar bukan sahaja dimanfaatkan sebagai alternatif tenaga yang lebih bersih, malah menjadi medium untuk memperkasa komuniti, meningkatkan kesejahteraan penduduk dan menyokong pembangunan kampung yang lebih selamat serta lestari.

UniMAP – Memperkasa Teknologi, Menyantuni Komuniti.




21 Ogos 2026 | UniMAP PRIHATIN SEDIA MEMBANTU! Tahniah dan selamat datang diucapkan kepada semua pelajar baharu yang men...
21/08/2026

21 Ogos 2026 | UniMAP PRIHATIN SEDIA MEMBANTU!

Tahniah dan selamat datang diucapkan kepada semua pelajar baharu yang menerima tawaran ke Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)!

Ada sebarang persoalan, masalah atau memerlukan bantuan berkaitan kemasukan dan kehidupan sebagai mahasiswa?

Jangan risau, UniMAP sedia membantu! 🀝

Kami komited untuk memberikan panduan, sokongan kebajikan dan perkhidmatan pelajar bagi memastikan urusan anda berjalan dengan lancar.

πŸ“ž Hubungi kami:
πŸ‘©πŸ»β€πŸ’Ό Pn. Siti Nur Idayu Bt Alias
πŸ“± 019-555 5643
☎️ 04-9414430

Anda tidak keseorangan. Kami sentiasa bersedia membantu!

Selamat datang ke keluarga besar UniMAP. Semoga langkah pertama anda di UniMAP menjadi permulaan kepada perjalanan yang penuh kejayaan! πŸ’™πŸ’›

Kementerian Pendidikan Tinggi
Zambry Abd. Kadir


21 Ogos 2026 |REFLEKSI PERJALANAN, CITA-CITA MASA HADAPAN Hari ini adalah refleksi daripada sebuah perjalanan yang penuh...
21/08/2026

21 Ogos 2026 |

REFLEKSI PERJALANAN, CITA-CITA MASA HADAPAN

Hari ini adalah refleksi daripada sebuah perjalanan yang penuh tekad, usaha dan keberanian. Setiap langkah yang dilalui, setiap cabaran yang ditempuh dan setiap kejayaan yang diraih menjadi sebahagian daripada cerita yang membentuk diri dan membina masa hadapan.

Esok p**a adalah ruang untuk terus melangkah, mencipta legasi dan meninggalkan impak yang bermakna.

Kerana perjalanan yang hebat bukan sekadar tentang destinasi, tetapi tentang keberanian untuk terus melangkah dan mencipta sesuatu yang lebih besar daripada diri sendiri.

Hari ini kita belajar. Esok kita mencipta legasi.

20 Ogos 2026 |Ziarah Kasih UniMAP : Rumah Musnah, Impian Tidak PadamMusibah kebakaran yang memusnahkan rumah keluarganya...
20/08/2026

20 Ogos 2026 |

Ziarah Kasih UniMAP : Rumah Musnah, Impian Tidak Padam

Musibah kebakaran yang memusnahkan rumah keluarganya di Kg Gak Kapur Kota Bharu tidak mematahkan semangat Siti Nor Ashikin Zakaria, pelajar baharu Sarjana Muda Kejuruteraan Pertanian, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), untuk terus mengejar cita-cita.

Kisah ketabahan Siti Nor Ashikin dan keluarganya turut mendapat perhatian Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, yang berkesempatan berhubung secara panggilan video bersama beliau menerusi Ziarah Kasih UniMAP hari ini.

Dalam pertemuan tersebut, beliau menitipkan pesanan agar Siti Nor Ashikin terus tabah, tidak menjadikan musibah sebagai penghalang dan terus fokus membina masa depan melalui pendidikan.

Sebagai tanda sokongan, Siti Nor Ashikin dan adiknya, Ahmad Faris, turut menerima bantuan pendidikan bagi meringankan beban serta memastikan mereka dapat meneruskan pengajian.

Rumah mungkin musnah, tetapi impian tidak pernah padam.

UniMAP akan terus memastikan mahasiswa yang diuji tidak bersendirian dan sentiasa mendapat sokongan untuk melangkah lebih jauh.

Kementerian Pendidikan Tinggi
Zambry Abd. Kadir



20 Ogos 2026 | ZIARAH KASIH UniMAPUniversiti Malaysia Perlis (UniMAP) terus memperkukuh komitmen terhadap kebajikan dan ...
20/08/2026

20 Ogos 2026 | ZIARAH KASIH UniMAP

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) terus memperkukuh komitmen terhadap kebajikan dan kesejahteraan mahasiswa menerusi inisiatif Ziarah Kasih Pelajar Baharu bagi Sidang Akademik 2026/2027.

Kunjungan kali ini diketuai Dr. Wan Safuraa Wan Osman, Timbalan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) bersama barisan pegawai JHEP bagi menyantuni Nurhamizah Binti Abdul Halim, pelajar Program Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam (Pembinaan) dengan Kepujian, Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Awam.

Nurhamizah merupakan anak bongsu daripada tiga beradik. Bapanya bekerja sendiri sebagai penjual nira, manakala ibunya tidak dapat bekerja selepas mengalami strok. Keadaan ini menjadi cabaran kepada keluarga dalam memenuhi keperluan harian serta kos pengajian.

Menerusi kunjungan ini, UniMAP berkesempatan memahami keadaan keluarga serta memastikan pelajar yang memerlukan mendapat perhatian dan sokongan yang sewajarnya.


20 Ogos 2026 | ZIARAH KASIH UniMAPUniversiti Malaysia Perlis (UniMAP) meneruskan inisiatif Ziarah Kasih UniMAP dengan me...
20/08/2026

20 Ogos 2026 | ZIARAH KASIH UniMAP

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) meneruskan inisiatif Ziarah Kasih UniMAP dengan menyantuni Muhamad Izzat bin Che Wil, pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik, Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Elektrik, di Kampung Kelar Bemban, Pasir Mas, Kelantan.

Anak bongsu daripada enam adik-beradik itu akan meneruskan pengajian di UniMAP selepas kehilangan ayah sejak berusia 6 tahun, manakala ibunya merupakan seorang suri rumah tanpa sumber pendapatan yang tetap.

Prihatin dengan cabaran keluarga, UniMAP tampil menyalurkan Bantuan Awal Pengajian UniMAP bagi membantu meringankan beban serta menyokong kelangsungan pengajian Muhamad Izzat.

Kunjungan diketuai Prof. Dr. Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UniMAP, yang mewakili pengurusan universiti, serta turut disertai Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Mohamad Syahmie Mohamad Rasidi, Pengarah JHEP UniMAP.

UniMAP kekal komited untuk memastikan tiada mahasiswa yang berjuang sendirian, sebaliknya setiap impian terus dipelihara dan disokong sehingga mencapai kejayaan.


20 Ogos 2026 | ZIARAH KASIH UniMAPProgram Ziarah Kasih UniMAP meneruskan misi menyantuni bakal mahasiswa baharu dengan m...
20/08/2026

20 Ogos 2026 | ZIARAH KASIH UniMAP

Program Ziarah Kasih UniMAP meneruskan misi menyantuni bakal mahasiswa baharu dengan menziarahi Nurul Hidayah binti Abdullah, penerima tawaran pengajian Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian, Fakulti Perniagaan & Komunikasi bagi Sidang Akademik 2026/2027 di Tanah Merah Kelantan.

Kunjungan ke kediaman Nurul Hidayah di Gual Ipoh, Tanah Merah membawa makna yang cukup besar. Sebagai anak tunggal dan kehilangan ibu kira-kira dua tahun lalu, beliau kini bersama bapanya yang bekerja sebagai penoreh getah, yang menjadi sumber pendapatan utama keluarga.

Di sebalik kesederhanaan kehidupan, tersimpan sebuah impian besar seorang anak untuk melanjutkan pengajian ke menara gading dan membina masa depan yang lebih baik buat dirinya serta keluarga.

Menyedari setiap mahasiswa hadir dengan latar kehidupan yang berbeza, UniMAP melalui Ziarah Kasih UniMAP mengambil pendekatan untuk hadir lebih dekat kepada bakal mahasiswa, bukan sekadar menyampaikan tawaran pengajian, tetapi turut memahami keadaan, menyantuni keperluan serta memberikan sokongan agar mereka lebih yakin melangkah ke alam pengajian tinggi.

Kunjungan ini diketuai oleh Prof. Dr. Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UniMAP, yang mewakili pengurusan universiti. Turut hadir, Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Mohamad Syahmie Mohamad Rasidi, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) UniMAP.

Tahniah dan Selamat Datang ke UniMAP.


Address

Universiti Malaysia
Kampung Ulu Pauh
02600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Universiti Malaysia Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Universiti Malaysia Perlis:

Shortcuts

Share