SK SUNGAI SUMUN

SK SUNGAI SUMUN Selamat datang ke halaman facebook rasmi bagi SK Sungai Sumun.

Penafian: Pihak Sekolah tidak bertanggungjawab sama sekali dengan setiap perkara yang dikeluarkan sekiranya berpotensi mengandungi perkara yang salah dan melanggar peraturan, akta dan undang-undang negara Malaysia.

TAHNIAH! πŸ†πŸ₯‡Syabas dan tahniah! πŸŽ‰Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada murid-murid SK Sungai Sumun:-Adawiyah,Balqis da...
17/08/2026

TAHNIAH! πŸ†πŸ₯‡
Syabas dan tahniah! πŸŽ‰
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada murid-murid SK Sungai Sumun:-
Adawiyah,Balqis dan Alisha atas kejayaan meraih JOHAN Permainan Kecil Klinik Sukan Alternatif (Orienteering) Peringkat Negeri Perak! πŸ†πŸ₯‡
Kejayaan ini membuktikan semangat juang, ketekunan,disiplin dan kerjasama yang tinggi dalam kalangan murid.Semoga pencapaian cemerlang ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah untuk terus berusaha mencapai kejayaan dalam bidang sukan dan kokurikulum. πŸ’ͺ🌟
πŸ“… Tarikh: 22 Julai 2026
πŸ“ Tempat: SK Long Jaafar, Kamunting

Tahniah atas kejayaan yang membanggakan!
Teruskan melakar kecemerlangan dan mengharumkan nama SK Sungai Sumun! β€οΈπŸ’™






PROGRAM CABS: CERGAS, AKTIF DAN BMI SIHAT🍊 Sihat Bermula Hari Ini, Cergas Selamanya!SK Sungai Sumun telah melaksanakan P...
11/08/2026

PROGRAM CABS: CERGAS, AKTIF DAN BMI SIHAT

🍊 Sihat Bermula Hari Ini, Cergas Selamanya!
SK Sungai Sumun telah melaksanakan Program Vitamin C: Cergas, Aktif dan BMI Sihat (CABS) sebagai satu inisiatif bagi menyokong kesejahteraan dan kecergasan semua murid.
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pengambilan vitamin, menggalakkan gaya hidup sihat serta menyokong usaha pemantauan SEGAK dan Indeks J***m Badan (BMI) dalam kalangan murid.
Melalui program CABS, setiap murid menerima bekalan sebotol Vitamin C sebagai langkah proaktif untuk membantu meningkatkan daya tahan tubuh,menyokong kesihatan harian dan membudayakan amalan hidup sihat sejak di bangku sekolah.
Semoga program ini menjadi pemangkin kepada pembentukan murid yang lebih cergas, aktif, sihat dan berkeyakinan,selaras dengan aspirasi sekolah untuk melahirkan generasi yang holistik dan sejahtera.
Terima kasih kepada penyumbang vitamin C,semua guru,PIBG,warga sekolah serta pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

CABS – Cergas, Aktif dan BMI Sihat
SEGAK Diperkasa, BMI Dijaga, Murid Sejahtera.







TAHNIAH PASUKAN PEMBINA ROKET SK SUNGAI SUMUN! πŸš€πŸ†Alhamdulillah dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pasukan Pemb...
06/08/2026

TAHNIAH PASUKAN PEMBINA ROKET
SK SUNGAI SUMUN! πŸš€πŸ†

Alhamdulillah dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pasukan Pembina Roket SK Sungai Sumun atas kejayaan meraih Naib Johan dalam Pertandingan Water Rocket Challenge, Karnival STEM Sekolah Rendah Daerah Bagan Datuk 2026.

Kejayaan ini merupakan hasil daripada usaha gigih, kreativiti, semangat berpasukan dan bimbingan berterusan daripada guru-guru pembimbing.Pencapaian ini membuktikan bahawa murid-murid SK Sungai Sumun mampu bersaing dengan cemerlang dalam bidang STEM di peringkat daerah.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah untuk terus berinovasi,berani mencuba dan melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

Syabas dan tahniah kepada semua murid serta guru pembimbing yang telah mengharumkan nama SK Sungai Sumun.

Terbang Ke Mercu! πŸš€






TAHNIAH | PENARAFAN A KEBERSIHAN KANTIN SEKOLAHSetinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada pihak pengusaha kantin s...
16/07/2026

TAHNIAH | PENARAFAN A KEBERSIHAN KANTIN SEKOLAH

Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada pihak pengusaha kantin sekolah atas kejayaan memperoleh Penarafan A dalam Penilaian Kebersihan Kantin.

Pengiktirafan ini merupakan hasil daripada komitmen, usaha gigih dan dedikasi pihak pengusaha kantin SK Sungai Sumun dalam memastikan kebersihan, keselamatan makanan serta pengurusan kantin sentiasa berada pada tahap yang cemerlang.

Pihak sekolah turut merakamkan penghargaan atas kerjasama erat yang terjalin sepanjang proses penilaian. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus mengekalkan standard kebersihan yang tinggi demi kesejahteraan dan keselesaan seluruh warga sekolah.

Syabas dan tahniah atas pencapaian yang membanggakan ini.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Alisha atas kejayaan meraih pingat gangsa Lompat Jauh P11 dan merupakan pingat sulun...
24/06/2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Alisha atas kejayaan meraih pingat gangsa Lompat Jauh P11 dan merupakan pingat sulung SK Sungai Sumun dalam kejohanan ini.Semoga terus cemerlang dan melakar lebih banyak kejayaan di masa akan datang.


🎨 PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT: MURAL KECERIAAN SEKOLAH 🎨SK Sungai Sumun merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima...
22/06/2026

🎨 PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT: MURAL KECERIAAN SEKOLAH 🎨

SK Sungai Sumun merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Unit Kokurikulum Khidmat Masyarakat, UiTM Cawangan Perak atas jalinan kerjasama yang terjalin menerusi Program Khidmat Masyarakat: Mural Keceriaan Sekolah.
Program yang berlangsung pada 20 Jun 2026 (Sabtu) ini bertujuan menceriakan persekitaran sekolah melalui penghasilan mural yang kreatif, bermakna dan berunsurkan pendidikan. Inisiatif ini bukan sahaja memperindah kawasan sekolah, malah dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif,ceria dan menarik untuk warga sekolah.
Semoga kolaborasi antara SK Sungai Sumun dan UiTM Cawangan Perak ini dapat terus diperkukuhkan demi manfaat murid,sekolah dan komuniti.
"SEANGGUN terbang ke mercu"







Pihak sekolah mengucapkan selamat berjuang kepada seluruh atlet olahraga SK Sungai Sumun yang akan mewakili sekolah dala...
16/06/2026

Pihak sekolah mengucapkan selamat berjuang kepada seluruh atlet olahraga SK Sungai Sumun yang akan mewakili sekolah dalam Kejohanan Olahraga MSSD Bagan Datuk 2026.Semoga setiap atlet sentiasa bersemangat,berdisiplin, berkeyakinan dan memberikan saingan terbaik demi mengharumkan nama sekolah. Berjuanglah dengan penuh kesungguhan, semangat kesukanan dan tekad yang tinggi.
Selamat Berjuang!

PASUKAN OLAHRAGA SK SUNGAI SUMUN
"Satu Pasukan,Satu Semangat,Satu Kemenangan"

SEANGGUN terbang ke mercu!πŸ’ͺπŸƒπŸ…

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026M diucapkan kepada seluruh warga guru, Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP),Pekerja ...
27/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026M diucapkan kepada seluruh warga guru, Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP),Pekerja Swasta,komuniti setempat serta murid-murid SK Sungai Sumun yang dihormati dan disayangi.
Semoga Aidiladha yang penuh keberkatan ini menyuntik semangat pengorbanan, keikhlasan dan kesatuan hati dalam kalangan kita.
Semoga seluruh warga SK Sungai Sumun terus diberikan kesihatan,kekuatan dan iltizam untuk bersama-sama mengangkat kecemerlangan sekolah ke tahap yang lebih gemilang.

🌴✨ π’π„π‹π€πŒπ€π“ ππ„π‘π‚π”π“πˆ 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐄𝐍𝐆𝐀𝐇𝐀𝐍 ππ„ππ†π†π€π‹βœ¨πŸŒ΄Warga Pentadbiran SK Sungai Sumun mengucapkan selamat bercuti kepada semua guru,...
22/05/2026

🌴✨ π’π„π‹π€πŒπ€π“ ππ„π‘π‚π”π“πˆ 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐄𝐍𝐆𝐀𝐇𝐀𝐍 ππ„ππ†π†π€π‹βœ¨πŸŒ΄

Warga Pentadbiran SK Sungai Sumun mengucapkan selamat bercuti kepada semua guru, murid dan ibu bapa.

Gunakanlah waktu cuti ini untuk:
πŸ“š Menambah ilmu
πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦ Meluangkan masa bersama keluarga
❀️ Membantu ibu bapa
🌿 Menjaga kesihatan dan keselamatan diri
😊 Merehatkan minda dan mencipta kenangan indah

Buat para guru, terima kasih atas segala pengorbanan dan dedikasi dalam mendidik anak bangsa. Semoga cuti ini menjadi ruang untuk recharge tenaga dan kembali dengan semangat yang lebih luar biasa.

Buat murid-murid kesayangan SK Sungai Sumun, jadilah anak yang baik, berdisiplin dan sentiasa menjaga nama baik sekolah walau di mana berada.

✨ Bercuti dengan gembira dan kembali semula dengan semangat luar biasa! ✨

❀️ Selamat bercuti dan jumpa lagi! ❀️



Address

Sungai Sumum
Kampung Sungai Sumun
36300

Opening Hours

Monday 07:45 - 13:35
Tuesday 07:45 - 13:35
Wednesday 07:45 - 13:35
Thursday 07:45 - 13:35
Friday 07:45 - 13:35

Telephone

+6056489678

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK SUNGAI SUMUN posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK SUNGAI SUMUN:

Shortcuts

Share