Maahad Tahfiz Ummul Qura HQ

Maahad Tahfiz Ummul Qura HQ Sekolah/madrasah yang menerap kepada pelajar asas-asas dakwah agama islam dan menjadi pelajar yang terus beramal dengan amalan-amalan harian. No.

Pendaftaran JAIS: 13S(7)4/39
Kod Sekolah JAKIM: BZH6004
No. Tel: 03-32137706 / 016-7879973
Bank Islam: 12056010004151

MasyaAllah Tabarakallah ✨Hari ini hati kami Warga Maahad Tahfiz Ummul Qura amat terharu. Yang mulia guru kami, Maulana A...
25/08/2026

MasyaAllah Tabarakallah ✨

Hari ini hati kami Warga Maahad Tahfiz Ummul Qura amat terharu.
Yang mulia guru kami, Maulana Abdul Hamid bin Chin telah dinobatkan sebagai Tokoh Agamawan Kebangsaan.

Ilmu beliau umpama pelita. Akhlak beliau umpama penyejuk hati.
Dua-dua ada pada diri beliau, dan itu yang membuatkan kami sangat mencintai dan menghormati beliau.

Ya Allah, sihatkanlah tubuh badan beliau. Kuatkanlah langkah dakwah beliau.
Kerana umat ini masih perlukan suara, bimbingan dan kasih sayang beliau.

`جزاه الله عنا وعن المسلمين خير الجزاء`
Aamiin Ya Mujib 🤲


25/08/2026
https://www.facebook.com/share/1Ecakq9gC3/
24/08/2026

https://www.facebook.com/share/1Ecakq9gC3/

#𝟏𝟐𝟑 𝐓𝐚𝐮𝐝𝐡𝐢𝐡 𝐀𝐥-𝐇𝐮𝐤𝐦𝐢 : 𝐇𝐮𝐤𝐮𝐦 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐌𝐚𝐮𝐥𝐢𝐝 𝐍𝐚𝐛𝐢 𝐒𝐀𝐖

Ulama yang menggalakkan sambutan Maulid Nabi SAW adalah mengikut kepada dalil umum daripada al-Quran, al-Sunnah dan ijtihad bahawa memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW merupakan satu bentuk syukur, ekspresi kegembiraan, kecintaan dan penghormatan yang diharuskan oleh syarak selama mana ia diisi dengan amalan-amalan yang baik dan sesuai dengan syariat Islam.

Baca Artikel : https://www.muftiselangor.gov.my/2026/08/24/123-taudhih-al-hukmi-hukum-menyambut-maulid-nabi-saw/

*AIR MATA GUGUR SELESAI DAURAH FIQH MUAMALAT SIRI KE-2*Hari ini hati kami penuh syukur... dan sebak.Di tengah-tengah kes...
16/08/2026

*AIR MATA GUGUR SELESAI DAURAH FIQH MUAMALAT SIRI KE-2*

Hari ini hati kami penuh syukur... dan sebak.

Di tengah-tengah kesibukan *Tuan Guru Ustaz Abdul Manan* - Ahli Panel Syariah JAKIM, Ahli Majlis Fatwa Wilayah Persekutuan, dikejar jemputan dari merata tempat...

Allah masih gerakkan hati Ustaz untuk singgah ke madrasah kecil kami di Ummul Qura.
Dengan merempuh perjalanan datang sahaja lebih 2 jam, kemudian duduk 4 jam mengajar peserta muslimat dari kalangan asatizah, pelajar maahad dan orang awam yang dahagakan ilmu.

*kali ini lain sikit...*

Kalau bulan lepas waktu rehat jam 11 pagi, Ustaz makan sikit lagi walaupun sudah bersarapan kerana kata Ustaz: "Sekarang saya cepat rasa lapar kene kerap makan"
Masa makan tengah hari p**a, tangan Ustaz bergetar sedikit. Kerana kurang sihat.

Kali ini p**a, masa rehat Ustaz terus baring. "Kepala rasa berat" kata Ustaz perlahan.

Ya Allah...

Tapi bila masuk waktu mengajar, MasyaAllah.
Semangat Ustaz lain macam. Suara lantang. Lawak pun ado.
Langsung tak nampak macam orang yang kurang sihat.

Itulah ulama. Bila menyampaikan ilmu, sakit pun mereka lupa.

Jazakallahu khairan kathira Ustaz. Kami malu dengan pengorbanan Ustaz.

*Hari ini kami bincang.*
Bab _Khiyar_. Jual beli yang dilarang. Jual beli tempahan.
Hukum _waranti_. _Pajak kebun_. _COD_.
Dan _beli emas, tapi emas tak dapat hanya pegang buku akaun je_

Jawapan Ustaz terasa berat bagi kami.
Berat sebab selama ini kami ambil mudah.
Berat sebab selama ini kita anggap "semua orang buat tu betul".
Tapi hari ini kami bangkit. InshaAllah, dengan ilmu baru ini kami berazam untuk kembali kepada yang halal, walaupun susah.

*3 bab yang paling menusuk:*

1. _Bab Pajak Kebun_
"Kalau di bandar jarang orang tanya bab pajak kebun. Tapi di sini kawasan orang banyak kebun, sebab tu banyak soalan."
Ada asatizah bergurau: "Ustaz² miskin mana ada kebun"
Ustaz Manan terus ambik hati: "Walaupun ustaz² tiada kebun, tapi kena KAYA ilmu hukum berkaitan kebun. Sebab tuan² kebun akan tumpang ilmu asatizah nanti."

2. _Bab COD_
"Di mana-mana saya berkuliah, bab COD ni ramai makcik² tak setuju. Lepas tu duk popet² kat belakang" ha3
Kami gelak... sambil terasa pedas walaupun tak gigit cili.

3. _Bab Katering_
Bab ni Ustaz huraikan panjang lebar sampai pakat² pening kepala. Rupanya bab makan pun ada hukum yang kita terlepas pandang selama ini. Adoi.....

Dan di hujung majlis, bila banyak mata dah mengantuk, kepala pun dah terlentok, Ustaz tinggalkan 1 pesanan yang sampai ke tulang:

_"Anak-anak madrasah... sijil kita bukan laku pun di luar sana. Tak sama dengan sijil universiti.
Jadi jangan main-main masa belajar.
Pastikan ilmu kita MANTAP.
Supaya kalau dunia tak iktiraf sijil kita, biarlah langit iktiraf ilmu kita.
Kalau tidak... di dunia kita dah hina. Di akhirat nanti, lagi hina."_

Allahuakbar. Sebak satu dewan.

4 jam terasa macam 10 minit je. Tak puas.
Kami menanti-nantikan siri seterusnya.

Ya Allah, Kau sihatkan tubuh badan Ustaz Abdul Manan.
Kau panjangkan umur Ustaz dalam ketaatan.
Kau permudahkan daurah ini berjalan hingga khatam Matan Abi Syuja'.
Kau jadikan ilmu ini hujjah untuk kami, bukan hujjah ke atas kami. Aamiin.



*OPERASI CERAP METEOR BANIN DI MAAHAD 🌙*Alhamdulillah! Jadi juga program mencerap meteor di Maahad malam tadi 😍Ingat baw...
14/08/2026

*OPERASI CERAP METEOR BANIN DI MAAHAD 🌙*

Alhamdulillah! Jadi juga program mencerap meteor di Maahad malam tadi 😍

Ingat bawa tikar je? Rupanya pelajar Banin terus angkut *tilam toto* bentang atas court futsal! Gayanya meteor yang tengok diorang nanti 😂

Ada drama sikit... Lampu bangunan Maahad boleh off, *lampu solar kat tiang tu dapat juga di-off kan, tapi terpaksa panjat guna tangga!* Gigih betul anak-anak Banin demi nak gelapkan court 😅 Tapi lampu TNB kat tiang besar tu takde suis... terang menyuluh muka.

Jadi pelajar pun buat inovasi - ambil karpet sidai kat tiang gol untuk halang cahaya, tak cukup tu angkut papan putih lagi buat penghadang! Kreatif betul anak-anak Banin ni 👏

Alhamdulillah seawal jam 11 malam dah ada yang nampak meteor walaupun tak banyak. Tapi biasalah... dah baring atas tilam empuk, ramai yang terus terlene 😴😂

Walaupun begitu masih ada hero-hero yang bertahan bersengkang mata, ada juga yang terjaga tengah malam, maka dapat la juga tengok tahi bintang berdesup!

Rekod malam tadi: belas-belas meteor berjaya dilihat. Kalau ikut data sebenar, setiap jam ada 100 meteor. Tak banyak sebab masa berjaga tak lama, banyak masa terlelap 😆

Ada juga guru yang ambil gambar langit, tapi sebab takde kamera mahal, HP pun cap ayam... maka nampak hitam je lah hasilnya 😂 Takpe, yang penting memori dan pengalaman tu terpahat di hati!

*InsyaAllah next misi:* Bulan Disember nanti ada hujan meteor lagi lebat, 150 meteor per jam! Kita akan buat jadual bergilir dan setup lokasi betul-betul gelap, takde pencemaran cahaya. Baru puas mencerap!

Ini kira *first time* kami buat aktiviti mencerap meteor di Maahad sendiri. Sebelum ni beberapa pelajar terpilih je dapat cerap di Balai Cerap Negeri Selangor yang memang tempat khas untuk cerap langit.

Alhamdulillah pengalaman baru yang sangat berharga untuk anak-anak. Belajar Falak sambil dekat dengan kebesaran Allah.

Tahniah Banin! 🌌

13/08/2026

*[PELUANG YANG AMAT JARANG DIDAPATI OLEH MUSLIMAT]*

Hari ini kebanyakan daurah khas untuk Muslimat lebih tertumpu kepada ilmu yang khusus untuk Muslimat sahaja.

Adapun ilmu-ilmu yang berkongsi antara muslimin dan muslimat seperti ilmu Muamalat p**a biasanya diadakan secara terbuka. Menyebabkan para Muslimat jarang berpeluang untuk bertanya.

*Maka, inilah peluang yang amat jarang didapati!*

Dalam daurah ini, para Muslimat akan diberi peluang untuk bersoal-jawab terus dengan Tuan Guru sehingga persoalan dapat terjawab.

Maklumat penuh ada pada poster
Tempat sangat terhad.

🏫 Lokasi daurah
https://maps.app.goo.gl/t5idJcFQsGkgJ18J7

☎️ Untuk pendaftaran 0183132964

Sebarkan kepada sahabat-sahabat Muslimat yang lain. Semoga bermanfaat.



*🌙 MENCERAP HILAL RABIUL AWAL 1448H 🌠*Alhamdulillah! Malam ini pelajar banin berpeluang ke *Balai Cerap Negeri Selangor*...
13/08/2026

*🌙 MENCERAP HILAL RABIUL AWAL 1448H 🌠*

Alhamdulillah! Malam ini pelajar banin berpeluang ke *Balai Cerap Negeri Selangor* untuk mencerap Hilal Rabiul Awal 1448H ✨

Bestnya! Kebetulan malam tu juga ada *hujan meteor / tahi bintang* 🌠 Jadi dapat sekali taklimat pengenalan meteor dari pegawai balai cerap. Ilmu bertambah!

Bila masuk waktu Maghrib kami terus solat dulu, Imam dah takbir baru dapat WhatsApp dari pegawai bagitau hilal dah muncul, Lepas solat cepat-cepat kami pergi mencerap tapi hilalnya "menyorok" p**ak 😂 Adoii takde rezeki nak tengok live. Tapi Alhamdulillah dapat tengok gambar hilal tu. Cuba korang teka kat mana hilalnya ? Kalau tak nampak... meh datang Balai Cerap belajar mencerap sama-sama, hihihi 😉

Lepas dengar taklimat pasal meteor, semangat terus naik nak mencerap meteor! Orang ramai dah mula pasang khemah. Kitaorang? Bawak tikar je lah. Pelajar bawa kain ridak untuk lapik baring tengok langit je dah cukup 😄

*Perut pun kena isi!*
Terima kasih dijamu Nasi Berlauk Ayam Kurma + Sayur Campur + Sambal Belacan + Sirap Ais. Kenyang sangat Alhamdulillah 🤤

Lepas Isyak minta pegawai bagi taklimat cara mencerap meteor p**a, baru tahu rupanya waktu terbaik tengok meteor pukul 12 malam - 2 pagi... terus termenung kami semua 😂
Jadi keputusan: balik Maahad dan buat program mencerap meteor kat Maahad je malam ni! Nanti kita baring atas court futsal tengok langit sama-sama. Harap jadi ya Allah 🤲

08/08/2026

Adakah cukup sekadar menghafaz Al Quran ?

Address

Kampung Tebuk Mufrad
Kampung Sungai Air Tawar
45100

Opening Hours

Monday 09:30 - 11:30
15:00 - 16:30
Tuesday 09:30 - 11:30
15:00 - 16:30
Wednesday 09:30 - 11:30
15:00 - 16:30
Thursday 09:30 - 11:30
15:00 - 16:30
Friday 09:30 - 11:30
15:00 - 16:30
Saturday 09:30 - 11:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maahad Tahfiz Ummul Qura HQ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Maahad Tahfiz Ummul Qura HQ:

Shortcuts

Share

Category