PASTI As Sakinah Gong Bayor

PASTI As Sakinah Gong Bayor Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PASTI As Sakinah Gong Bayor, School, kampung gong bayor, Kampung Raja.

06/02/2026
06/02/2026
Dengan penuh rasa syukur dan penghargaan, setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa serta se...
06/02/2026

Dengan penuh rasa syukur dan penghargaan, setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa serta seluruh penduduk Kampung Gong Bayor yang telah bertungkus-lumus, berganding bahu dan berkorban tenaga serta masa selama hampir 3 bulan dalam menjayakan gotong-royong menyiapkan pagar PASTI As Sakinah.

Segala usaha, komitmen dan semangat kerjasama yang ditunjukkan amatlah dihargai dan menjadi bukti kukuhnya semangat perpaduan serta keprihatinan terhadap kebajikan dan keselamatan anak-anak PASTI. Semoga segala sumbangan ini diberkati Allah SWT dan menjadi amal jariah yang berpanjangan.

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih.

Yang menjalankan amanah,
Pengurusan PASTI As Sakinah
Gong Bayor

Alhamdulillah….Masih lagi dengan aktiviti yang sama selama 3 bulan ini…tinggal sedikit sahaja lagi. Sebelum puasa InshaA...
30/01/2026

Alhamdulillah….

Masih lagi dengan aktiviti yang sama selama 3 bulan ini…tinggal sedikit sahaja lagi. Sebelum puasa InshaAllah kami akan usahakan untuk siapkan plaster pagar.

Terima kasih kepada semua.


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,Alhamdulillah, segala kerja gotong-royong kita hari ini berjalan dengan lanca...
23/01/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Alhamdulillah, segala kerja gotong-royong kita hari ini berjalan dengan lancar. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada seluruh warga kampung Gong Bayor yang sudi hadir dan bergotong-royong menyiapkan pagar PASTI As Sakinah.

Tanpa kerjasama, tenaga, dan semangat kekitaan anda semua, pasti kerja ini tidak dapat diselesaikan dengan begitu cepat dan sempurna. Semoga Allah SWT membalas jasa baik dan keikhlasan tuan-tuan dan puan-puan dengan ganjaran yang berlipat ganda.

Teruskan semangat gotong-royong ini dalam semua aktiviti kampung kita. Sekali lagi, terima kasih dan moga PASTI As Sakinah Gong Bayor terus maju dan diberkati.

❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️

PERMOHONAN SUMBANGAN / WAKAFBATU CRUSHER RUNHALAMAN PASTI AS-SAKINAHAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,Dengan se...
16/01/2026

PERMOHONAN SUMBANGAN / WAKAF
BATU CRUSHER RUN
HALAMAN PASTI AS-SAKINAH

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa PASTI As-Sakinah kini dalam usaha menambah baik keadaan halaman sekolah bagi keselesaan dan keselamatan murid-murid, guru serta ibu bapa.

Sehubungan itu, pihak kami dengan rendah hati memohon sumbangan atau wakaf batu crusher run bagi tujuan menambak dan meratakan halaman sekolah yang masih belum sempurna sepenuhnya, terutamanya ketika musim hujan yang menyebabkan permukaan becak dan tidak selamat.

Sumbangan tuan/puan amatlah besar nilainya dan sangat membantu kelancaran aktiviti harian serta kebajikan anak-anak PASTI. Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi amal jariah dan diberkati oleh Allah SWT.

Sebarang sumbangan atau pertanyaan boleh disalurkan melalui:
📞 013-8478087 ust roslan
🏫 PASTI As-Sakinah Gong Bayor

Kerjasama dan keprihatinan tuan/puan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, wassalam.


Alhamdulillah…suasana setiap pagi jumaat gotong royong untuk menyiapkan Pagar Pasti As sakinah Gong Bayor.Tinggal bahagi...
16/01/2026

Alhamdulillah…suasana setiap pagi jumaat gotong royong untuk menyiapkan Pagar Pasti As sakinah Gong Bayor.

Tinggal bahagian luar yang belum diplaster..InshaAllah masih ada 4 minggu sebelum ramadan kami berusaha untuk siapkan demi anak-anak PASTI.
Semoga pihak pengurusan,Ajk dan warga kampung diberikan kesihatan yang baik untuk sama2 bertungkus lumus dalam masa 4 minggu mendatang.

09/01/2026Gotong royong menyiapkan pagar PASTI AS SAKINAH GONG BAYOR.Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih...
09/01/2026

09/01/2026

Gotong royong menyiapkan pagar PASTI AS SAKINAH GONG BAYOR.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kami ucapkan kepada semua yang hadir dan bersama-sama bergotong-royong menyiapkan pagar PASTI As-Sakinah Gong Bayor.

Sumbangan tenaga dan masa yang dicurahkan amat besar nilainya, bukan sahaja demi keselamatan dan keselesaan anak-anak PASTI, malah menjadi amal jariah serta kenangan untuk tatapan anak cucu kita pada masa hadapan.

Semoga segala usaha ini diberkati Allah SWT, diterima sebagai amalan kebajikan dan mengeratkan lagi ukhuwah dalam kalangan kita semua.

Terima kasih atas semangat kebersamaan yang ditunjukkan.


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya kita dapat bersama-sama menjayakan Majlis Anugerah Pres...
20/12/2025

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya kita dapat bersama-sama menjayakan Majlis Anugerah Prestasi PASTI As-Sakinah Gong Bayor pada hari ini dengan lancar dan penuh keceriaan.

Tahniah dan syabas kepada semua anak-anak PASTI yang menerima anugerah hari ini. Semoga kejayaan ini menjadi semangat untuk terus rajin belajar dan menjadi anak yang soleh serta solehah. Terima kasih juga kepada ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada anak-anak.

Tidak lupa setinggi-tinggi penghargaan kepada para guru PASTI As-Sakinah yang telah mendidik anak-anak dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. Jasa cikgu semua amat kami hargai.

Akhir kata, pihak kami memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan sepanjang majlis ini berlangsung. Semoga segala usaha kita hari ini mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

Dengan itu, majlis kita pada hari ini telah pun selesai. Terima kasih semua kerana sudi hadir dan memeriahkan majlis.

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

12/12/2025

Check out wan90’s post.

Address

Kampung Gong Bayor
Kampung Raja
22200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PASTI As Sakinah Gong Bayor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category