IPGM Kampus Sultan Mizan

Call Directions Website Contact the school

IPGM Kampus Sultan Mizan MEDIA RASMI KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA MSIPGM 2024

*ICTEโ€™26 - INTERNATIONAL CONFERENCE ON TEACHING AND EDUCATION 2026 / PERSIDANGAN ANTARABANGSA PENGAJARAN DAN PENDIDIKAN ...
27/09/2026

*ICTEโ€™26 - INTERNATIONAL CONFERENCE ON TEACHING AND EDUCATION 2026 / PERSIDANGAN ANTARABANGSA PENGAJARAN DAN PENDIDIKAN 2026*

๐Ÿ…*KEPUTUSAN PINGAT PERTANDINGAN INOVASI DIGITAL*๐Ÿ…

Tahniah kepada *pasukan IPG Kampus Sultan Mizan (IPGKSM)*, khususnya *pensyarah pembimbing dan para pelajar*, atas pencapaian cemerlang dalam *Pertandingan Inovasi Digital ICTE 2026*.

Keputusan yang diumumkan pada *27 September 2026 (Ahad)* menyaksikan kesemua *18 inovasi IPGKSM* berjaya meraih pingat:

๐Ÿฅ‡ *10 Pingat Emas*
๐Ÿฅˆ *5 Pingat Perak*
๐Ÿฅ‰ *3 Pingat Gangsa*

Pertandingan ini menghimpunkan sebanyak *718 inovasi dari 5 buah negara*, iaitu *Malaysia, Indonesia, Thailand, Brunei dan Singapura*.

*Tahniah kepada semua pasukan atas kejayaan ini*๐ŸŒŸ



๐Ÿ“ *Bengkel Pelaksanaan Modul Generasi Penggerak Malaysia MADANI Kementerian Pendidikan Tahun 2026*๐Ÿ—“๏ธ *27 September 2026 ...
27/09/2026

๐Ÿ“ *Bengkel Pelaksanaan Modul Generasi Penggerak Malaysia MADANI Kementerian Pendidikan Tahun 2026*

๐Ÿ—“๏ธ *27 September 2026 (Ahad)*

๐Ÿ• *2.30 - 4.30 petang*

๐Ÿ“ *Dewan Kuliah Al-Kindi, IPG KSM

๐Ÿ“ข PELUANG KERJAYA DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN! ๐ŸŽ“โœจAnda mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam bidan...
27/08/2026

๐Ÿ“ข PELUANG KERJAYA DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN! ๐ŸŽ“โœจ

Anda mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam bidang pendidikan, pengurusan atau kaunseling? Inilah peluang untuk bersama-sama membina kecemerlangan pendidikan guru di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan (IPGKSM). ๐ŸŒŸ

๐Ÿ“Œ JAWATAN YANG DITAWARKAN:
๐Ÿ”น Pensyarah Akademik
๐Ÿ”น Pegawai Pengurusan
๐Ÿ”น Pegawai Kaunseling

๐Ÿ“š BIDANG KEPAKARAN YANG DIPERLUKAN:
Matematik โ€ข Bahasa Arab โ€ข Bahasa Melayu โ€ข Teknologi Pendidikan โ€ข Pendidikan Awal Kanak-Kanak โ€ข Pendidikan Seni Visual โ€ข Sejarah โ€ข Pegawai Pengurusan โ€ข Pegawai Kaunseling

๐Ÿ“… Tarikh Tutup Permohonan: 30 September 2026

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada warga IPG Kampus Sultan Mizan dalam memperkasa pendidikan dan melahirkan generasi pendidik yang berkualiti. ๐Ÿ’™๐Ÿ’›

๐Ÿ“ฒ Imbas kod QR pada poster untuk maklumat lanjut dan permohonan.

โœจ Mohon sekarang dan jadilah sebahagian daripada keluarga IPGKSM!

๐ŸŒ™ SALAM MAULIDUR RASUL ๏ทบ12 Rabiulawal 1448H ๐ŸคHari ini kita mengenang insan paling mulia yang menjadi contoh terbaik dala...
25/08/2026

๐ŸŒ™ SALAM MAULIDUR RASUL ๏ทบ

12 Rabiulawal 1448H ๐Ÿค

Hari ini kita mengenang insan paling mulia yang menjadi contoh terbaik dalam kehidupan kita.

Rasulullah ๏ทบ mengajar kita bahawa akhlak bukan sekadar kata-kata, tetapi bagaimana kita melayan manusia, menjaga amanah, memaafkan, bersabar dan sentiasa membawa kebaikan kepada orang lain.

Kalau kita benar-benar mencintai Rasulullah ๏ทบ, biarlah cinta itu terlihat pada akhlak dan perbuatan kita.

Semoga kita bukan sekadar mengenang Baginda pada hari ini, tetapi berusaha menjadikan sunnah dan akhlak Baginda sebagai panduan dalam kehidupan setiap hari.

ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ูˆุณู„ู… ุนู„ู‰ ู†ุจูŠู†ุง ู…ุญู…ุฏ ๏ทบ

Semoga kita semua terus dibimbing untuk menjadi insan yang berilmu, berakhlak dan amanah dalam berkhidmat kepada ummah.

Ikhlas daripada
Pengarah & Timbalan Pengarah serta seluruh warga MIZANIS

โ™ฅ๏ธโ™ฅ๏ธ

09/08/2026

Tahniah & Selamat Datang Pelajar Baharu! ๐ŸŽ“โœจ

Selamat datang ke Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan (IPGKSM) bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Ogos 2026! Selamat menjalani Minggu Haluan Siswa Guru MADANI.

Bagi memastikan proses pendaftaran dan pengerakan lalu lintas berjalan lancar, sila maklum maklumat program dan panduan laluan seperti di bawah:

๐Ÿš—PANDUAN LALUAN & LOKASI PENDAFTARAN

Pintu Masuk Utama IPGKSM
Masuk menerusi Pintu Pagar Utama IPGKSM. Balai Pengawal berada di sebelah kiri pintu masuk.

KUMPULAN A (Pendaftaran di Dewan Bendahara)
1. Parking: Kumpulan A dikehendaki meletakkan kenderaan di kawasan Parking Kumpulan A yang terletak di sebelah kanan laluan utama sebaik sahaja masuk.
2. Lokasi: Teruskan perjalanan ke hadapan sedikit untuk ke Dewan Bendahara bagi proses pendaftaran.

KUMPULAN B (Pendaftaran di Kolej Kediaman)
1. Laluan: Dari pintu utama, jalan terus ke hadapan melepasi Dewan Bendahara sehingga kelihatan Astaka.
2. Parking: Letakkan kenderaan di kawasan Parking Kumpulan B (sebelah kanan berhampiran Astaka).
3. Pendaftaran: Dari laluan parking, berjalan kaki mengikut arah anak panah petunjuk ke Kolej Kediaman / Asrama untuk proses pendaftaran.

Laluan Keluar Pemanduan (Satu Arah)
Laluan keluar adalah melalui pintu belakang IPG.

โ€ผ๏ธSemua kenderaan yang hendak keluar dari kawasan IPGKSM perlu mengikut Laluan Keluar melalui Pagar Belakang yang dibuka khas untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Semoga perjalanan dan urusan pendaftaran anda berjalan lancar! Sampai jumpa di kampus.

Address

Jalan Bukit Keluang
Kampung Raja
22200BESUT

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when IPGM Kampus Sultan Mizan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to IPGM Kampus Sultan Mizan:

Shortcuts

Share

Category