Pusat Pendidikan Yayasan Terengganu Besut

Pusat Pendidikan Yayasan Terengganu Besut education

Salam Aidiladha 1447H/ 2026M
26/05/2026

Salam Aidiladha 1447H/ 2026M

Bismillah..Sempena Hari Tarwiyah dan menjelang Hari Arafah yang penuh keberkatan ini, marilah kita sama-sama menadah tan...
25/05/2026

Bismillah..

Sempena Hari Tarwiyah dan menjelang Hari Arafah yang penuh keberkatan ini, marilah kita sama-sama menadah tangan memohon doa kepada Allah SWT.

“Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim…
Kami memohon kepada-Mu, kurniakanlah kami dan zuriat kami kejayaan yang hakiki, bukan hanya di dunia tetapi juga di akhirat. Jadikanlah kami dalam kalangan hamba-Mu yang beroleh rahmat, keampunan dan syurga-Mu yang abadi, serta himpunkanlah kami bersama junjungan besar Nabi Muhammad SAW di syurga Firdaus kelak.

Ya Allah…
Kurniakanlah kesembuhan yang sempurna buat anakanda Muhammad Izwan Kamaruzaman serta semua anak-anak pelajar. Angkatlah segala kesakitan, kuatkan tubuh badan, tenangkan hati dan lapangkan jiwa mereka dalam menuntut ilmu.

Permudahkanlah urusan pembelajaran mereka, bukakan pintu kefahaman, kurniakan ilmu yang bermanfaat, hati yang bersih, akhlak yang mulia serta kejayaan yang cemerlang di dunia dan akhirat.

Ya Allah…
Peliharalah juga para guru dan seluruh warga sekolah yang ikhlas mendidik, membimbing dan mengurus anak-anak ini. Kurniakan mereka kesihatan yang baik, kekuatan, kesabaran, keberkatan rezeki serta ganjaran pahala yang berterusan atas segala pengorbanan mereka.

Semoga hari-hari mulia ini menjadi asbab turunnya rahmat, kesembuhan, keberkatan dan kejayaan buat kita semua.
Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin.”

22/05/2026

simpan sini ❤️..
juga hasil usaha anak2 mengedit gambar dan video..
perlukan kesabaran dan kreativiti❤️

tqvm utk semua anak2 unit media ppytbesut 💚

22/05/2026

simpan sini.. sbg menghargai
hasil karya Anak2 mengedit gambar dan video…🎬

tq..

Bismillah..Anak-anak pelajar yang dikasihi,Gunakanlah masa cuti ini dengan perkara yang berfaedah bersama keluarga terci...
21/05/2026

Bismillah..

Anak-anak pelajar yang dikasihi,

Gunakanlah masa cuti ini dengan perkara yang berfaedah bersama keluarga tercinta. Hargai pengorbanan ibu ayah dan jagalah adab walau di mana berada.

Namun, jangan sesekali abaikan pelajaran. Cuti bukan alasan untuk leka dan lalai. Luangkan masa mengulang kaji agar ilmu terus terjaga dan kejayaan semakin dekat.

Semoga cuti ini memberi ketenangan, kebahagiaan dan semangat baharu untuk kembali lebih cemerlang dunia dan akhirat.

Bismillah..sekitar majlis sambutan hari Guru dan hari pekerja PPYTBesut 2026🎬🎬🎬🎬🎬“Strawberry manis si daun pandan,Matcha...
21/05/2026

Bismillah..
sekitar majlis sambutan hari Guru dan hari pekerja PPYTBesut 2026
🎬🎬🎬🎬🎬

“Strawberry manis si daun pandan,
Matcha hijau penyejuk rasa,
Bersatu hati eratkan ikatan,
PPYT Besut terus berjasa.”

hargailah setiap pengorbanan mereka dengan akhlak yang baik, disiplin yang tinggi dan kesungguhan dalam menuntut ilmu.

terima kasih❤️💚💙

TRENGLISH 2026: ENGLISH ODYSSEY PPYT BESUT🗓 *Date: 17/5/2026*📌 *Day: Monday*🪑*Place: PPYT Besut*⏰ *Time: 8.30 a.m. – 2.0...
18/05/2026

TRENGLISH 2026: ENGLISH ODYSSEY PPYT BESUT

🗓 *Date: 17/5/2026*
📌 *Day: Monday*
🪑*Place: PPYT Besut*
⏰ *Time: 8.30 a.m. – 2.00 p.m.*
👥 *Involvement: All PPYT Besut students*

📚 English Odyssey PPYT Besut is an English language programme designed to improve students’ English proficiency through fun, interactive and meaningful activities. The programme aims to enhance students’ communication skills, confidence and interest in learning English.

🎯 The programme will feature various station-based activities designed to enhance students’ English skills through interactive and enjoyable learning experiences. The activities focus on spelling, vocabulary, communication skills, critical thinking and teamwork.

📌 Activities include:
• Spell Me
• Charades
• Word Puzzle
• Broken Whisper
• Emoji to Idioms
• Sentence Scramble
• Hot Seat
• Music Chair Spelling

✨ Let’s explore, learn and enjoy English together through TrEnglish 2026: English Odyssey PPYT Besut!

Bismillah..Selamat Hari Gurubuat seluruh insan pendidik,dan istimewanya guru-guru PPYT Besut yang sentiasa luar biasa da...
15/05/2026

Bismillah..

Selamat Hari Guru
buat seluruh insan pendidik,
dan istimewanya guru-guru PPYT Besut yang sentiasa luar biasa dalam perjuangan mendidik anak bangsa.

Di sebalik jadual yang padat, tugasan yang tidak pernah habis, kekangan masa, tekanan amanah dan cabaran sistem fast track SPM…
tetap ada hati-hati besar yang sabar membimbing, mendidik dan tidak pernah jemu memberi harapan.

Guru-guru PPYT Besut bukan sekadar mengajar untuk peperiksaan,
tetapi membina jiwa, akhlak, disiplin dan masa depan anak-anak agar berjaya dunia dan akhirat.

Tidak semua pengorbanan terlihat,
tidak semua penat mampu diceritakan…
namun setiap usaha, doa dan keikhlasan kalian insya-Allah menjadi saham pahala yang terus mengalir.

Semoga Allah sentiasa mengurniakan kekuatan, ketenangan hati, kesihatan yang baik dan ganjaran terbaik buat semua guru.
Teruslah menjadi cahaya ilmu yang menyuluh jalan kejayaan anak-anak.

“Hebatnya seorang guru bukan kerana mudah tugasnya,
tetapi kerana tetap kuat walau berat amanahnya.”

Selamat Hari Guru buat semua pendidik.
Khas buat warga guru PPYT Besut…
terima kasih kerana terus bertahan, berjuang dan mendidik dengan penuh kasih sayang. 🌹

Bismillah..Sekitar Majlis Apresiasi Kecemerlangan SPM 2025 PPYTBesut.Anak-anak pelajar yang diraikan sekalian,Kejayaan S...
14/05/2026

Bismillah..
Sekitar Majlis Apresiasi Kecemerlangan SPM 2025 PPYTBesut.

Anak-anak pelajar yang diraikan sekalian,

Kejayaan SPM hari ini bukanlah penamat, tetapi permulaan kepada perjalanan hidup yang lebih besar. Dunia selepas ini akan mempertemukan kalian dengan pelbagai cabaran, persaingan dan ujian kehidupan. Maka jadilah insan yang bukan sahaja cemerlang pada keputusan peperiksaan, tetapi juga kuat jiwa, tinggi akhlak dan teguh pegangan agama.

Ingatlah, ilmu yang dimiliki akan lebih bermakna apabila disertai adab, amanah dan rasa rendah diri. Teruskan melangkah dengan usaha, disiplin dan doa. Jangan mudah sombong ketika berjaya, dan jangan mudah rebah apabila diuji.

Binalah masa depan dengan ilmu dan iman. Jadilah anak yang membanggakan ibu bapa, insan yang memberi manfaat kepada masyarakat, serta hamba Allah yang sentiasa menjaga hubungan dengan-Nya.

Semoga anak-anak semua terus menjadi generasi yang kental, berjaya di dunia, dan lebih utama memperoleh kebahagiaan di akhirat. In sha Allah.

Address

Kampung Raja
22200

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+6096904041

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Pendidikan Yayasan Terengganu Besut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Pusat Pendidikan Yayasan Terengganu Besut:

Shortcuts

Share

Category