Langkah Khalifah Cilik 4

Langkah Khalifah Cilik 4 i-Tadrees HQ

Aamin..
16/11/2021

Aamin..

Petua Untuk Menguatkan Hafalan daripada Syeikhul Ribat Musthofa, Fadhilatul Ustaz Muhaizad bin Mohamed Al Yamani حفظه ال...
09/11/2021

Petua Untuk Menguatkan Hafalan daripada Syeikhul Ribat Musthofa, Fadhilatul Ustaz Muhaizad bin Mohamed Al Yamani حفظه الله

Ketika pengajian kitab As Syamail Al Muhammadiyah, seseorang telah bertanya Fadhilatul Ustaz حفظه الله tentang petua-petua yang boleh menguatkan dan meningkatkan daya hafalan.
Maka Fadhilatul Ustaz Muhaizad Al Yamani حفظه الله telah memberikan satu petua berdasarkan apa yang diberitahu oleh guru-guru beliau dan juga berdasarkan pengalaman beliau sendiri.

Pertama, banyakkan berpuasa
Kedua, banyakkan solat tahajud
Ketiga, memakan makanan yang manis-manis dan menjauhi makanan yang masam-masam
Keempat, setiap kali selepas solat fardhu, letakkan tangan di ubun-ubun dan baca ayat { سَنُقْرِئُكَ فَلا تَنْسَىٰ } sebanyak 11 kali
Yang terakhir dan paling penting, banyakkan berdoa dan meminta kepada Allah Taala agar dikuatkan hafalan dan dibukakan futuh sebagaimana telah dibukakan kepada orang-orang terdahulu.

Tambah saya, guru saya, Tuan Guru Haji Ahmad Pondok Tunjong حفظه الله telah mengijazahkan kepada saya amalan untuk dikuatkan hafalan, dijernihkan fikiran dan dimudahkan menerima pelajaran yang dipelajari, iaitu dengan kita membaca Selawat Nurul Anwar gubahan Wali Qutub, Al Imam Ahmad Al Badawi رضي الله عنه sebanyak 11 kali pada setiap pagi.

اللهم صل على نور الانوار وَسِرِّ الاَسرَارِ وَتِريَاقِ الاَغيَارِ وَمِفتَاحِ بَابِ اليَسَارِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد المُختَارِ وَالِهِ الاَطهَار وَاصحَا بِهِ الاَخيَارِ عَدَدَ نِعَمِ اللهِ وَاِفضَالِهِ

“ Ya Allah, limpahkanlah rahmat kepada cahaya dari segala cahaya, rahsia dari segenap rahsia, penawar duka dan kebingungan, pembuka pintu kemudahan, yakni junjungan kami, Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم yang terpilih, keluarganya yang suci, dan para sahabatnya yang mulia, sebanyak hitungan nikmat Allah dan kurnia-Nya ”
يا الله بالتوفيق حتى نفيق ونلحق الفريق
Mudah-mudahan kita mendapat taufiq sehingga kita digolongkan bersama orang-orang sholeh آمين .

C&P:Ustaz Abdul Rahman

01/11/2021

إنا لله وإنا إليه راجعون

Telah wafat cucu kepada Tok Ku Paloh Al maghfur lahu Al Habib Assayyid Husin bin Sayyid Saggaf bin Sayyid Abdul Rahman (Tokku Paloh) bin Sayyid Muhammad (Tokku Tuan Besar) bin Sayyid Zainal Abidin Al Aydarus , pada pagi Hari Ahad, 8.50, 24 Rabiul Awwal 1443H bersamaan 31 Oktober 2021, di Hospital Sultanah Nur Zahirah, wafat ketika umur beliau 76 tahun.

Semoga Allah tempatkan roh beliau bersama datuk-datuknya dan bersama orang-orang soleh. Semoga Allah ampunkan segala dosa-dosanya dan terima segala amal ibadahnya

اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه.
اللهم اجعل قبره روضة من رياض الجنة، ولا تجعل قبره حفرة من حفر النيران، وضاعف حسناته، وتجاوز عن سيئاته، وارفع درجاته، مع النبيين والمرسلين والشهداء والصالحين... آمين..

Daripada:

ALPM dan Wargakerja,
Masjid Abidin (Masjid Negeri)
Kuala Terengganu

24/10/2021

12 Tips Berkesan Mengajar Anak Kecil Solat Dengan Mudah (Tanpa Paksaan)
🥰🥰🥰🥰🥰🥰🥰🥰🥰🥰

Ada pelbagai sebab menjadikan kita kurang berjaya menyemai pendidikan untuk solat diawal usia.

Kesibukan yang melampau. Tiada kesedaran. Sikap ibu bapa yang tidak serius.

Masalah yang paling kronik? Kaedah yang lemah.

Tidak menunjukkan cara yang betul, tidak konsisten dalam memberi arahan, mudah memarahi anak, dan tidak menyelitkan kasih sayang.

Ini bukan sahaja membuatkan anak kecil semakin sukar belajar solat, malah menyebabkan mereka beranggapan solat adalah satu perkara yang membosankan.

Mendidik anak kecil solat bukanlah satu proses yang sukar, jika kaedah kita betul. Malah mereka akan tertunggu-tunggu untuk solat dengan anda.

Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Membina disiplin bukanlah sesuatu yang mudah.

1. Selalu Solat Depan Anak
2. Ajak Anak Solat, Bukan Suruh..
3. Minta laungkan Iqamah
4. Dengarkan Bacaan Dalam Solat Dengan Jelas
5. Bersalaman dan Peluk Lepas Solat
6. Beri Pujian Untuk Setiap Perkara Positif
7. Ajar Wuduk Langkah-Demi-Langkah
8. Tazkirah Santai Selepas Solat
9. Sentiasa Dekatkan Anak Dengan Azan
10. Bawa Anak Ke Masjid
11. Tegur Kesilapan Anak
12. Belikan Telekung atau Kopiah yang Cantik

Penutup: Amalkan Doa Pelembut Hati Anak-Anak
Semakin anak anda membesar, anda tentu susah hati apabila melihat anak anda liat untuk bersolat.

Disuruh beberapa kali, masih tidak berganjak. Terus bertenggek di hadapan televisyen atau ipad.

Cuba amalkan doa dari Surah Ibrahim ayat 40 setiap kali selepas solat dan sebelum tidur iaitu dihembuskan di umbun-umbun mereka.

(40) رَبِّ اجْعَلْنِى مُقِيمَ الصَّلوةِ وَمِن ذُرِّيَتِى رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَآءِ

Maksudnya: Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

21/10/2021
21/10/2021

Bismillahirahmanirahim

Address

Kampung Raja
22200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Langkah Khalifah Cilik 4 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Langkah Khalifah Cilik 4:

Shortcuts

Share

Category