24/01/2021
NYAWA DI KERONGKONG BARU NAK TAUBAT?
Melayu kata, masa muda adalah masa untuk enjoy. Bergembira sepuas puasnya. Chill laa. Nanti sudah tua, barulah bertaubat.
Tapi, Islam kata, masa muda adalah masa untuk berlumba lumba mencari ilmu. Masa untuk upgrade diri. Masa untuk penuhkan akaun akhirat.
Sebenarnya, dalam hidup, kita banyak bagi sisa masa pada Allah. Sebabnya, kita fikir kita akan hidup lama lagi. Lambat lagi kita akan mati. Itu yang kita selalu fikir.
Terkadang, bila dengar azan berkumandang, kita buat tak tahu sahaja. Kita ingat azan itu macam tidak ada apa-apa. Sebenarnya, azan ni ibarat bluetick.
Sebab apa?
Kita dah dengar tapi tidak mendirikan solat. Kita masih ralit dengan urusan duniawi. Rasa- rasa Allah marah tak?
Jawapannya, ada dalam diri kita. Tepuk dada, tanya iman masing-masing.
Kadang-kadang, kita rasa hidup tak tenang. Tapi, tak tahu sebab apa. Penat dah fikir. Tetap tidak jumpa jawapannya.
Caranya, mudah je. Satu, semak balik hubungan kita dengan Allah. Mungkin, kita selalu lewat mengerjakan suruhanNya.
Seterusnya, semak balik hubungan kita sesama manusia. Mungkin ada menyakiti orang lain. Mungkin ada hutang yang belum dibayar.
Fikirkan dan renungkan bersama. Jangan bertangguh lagi untuk bertaubat.
Ingat, MATI tidak akan menunggu tua. Lebih baik bertaubat sekarang sebelum terlambat.
Ayuh, kita sama-sama amalkan doa ni,
اللهم ارزقني توبتا نصوحا قبل الموت
“Allahummarzuqni taubatan
nasuha qoblal maut”.
Ertinya :
“Ya Allah berilah aku rezeki taubat nasuha (atau sebenar-benarnya taubat) sebelum ajal”.
آمِّيْنَ يارب العَـــالَمِيْن .🤲
P/s: Dengar-dengar HQ akan adakan promosi tak masuk akal bulan ni. Ada yang tak sabar-sabar nak tahu promosi kali ini?