UMT Marine Biology

UMT Marine Biology Kami kongsikan pelbagai aktiviti di dalam dan luar dewan kuliah para pelajar Sarjana Muda Sains (Biol

16/04/2026

MEMAHAMI GEMPA TERBESAR MALAYSIA

“Gempa bumi yang berlaku di perairan berhampiran Kudat di utara Sabah pada 23 Februari 2026 pukul 12:57 pagi waktu tempatan (2026-02-22 16:57:46 UTC) mempunyai magnitud kuat, iaitu ML6.8 (magnitud lokal) atau Mw7.1 (magnitud momen), merupakan gempa bumi dengan magnitud terbesar pernah direkodkan di Malaysia sehingga hari ini.”

“Walaupun gempa bumi merupakan fenomena semula jadi yang biasa berlaku akibat pelepasan tenaga secara tiba-tiba di dalam bumi yang menghasilkan gelombang seismik, namun kejadian gempa bumi Sabah ini telah menimbulkan pelbagai persoalan dalam masyarakat, khususnya berkaitan punca gempa, risiko tsunami, serta implikasinya terhadap keselamatan awam.”

Persoalan-persoalan berikut dirungkai dalam artikel berjudul Memahami “Gempa Terbesar Malaysia di Perairan Kudat Tanpa Tsunami” oleh Dr. Dony Adryansyah, Pensyarah Kanan, Program Geosains Marin, Fakulti Sains dan Sekitaran Marin (FSSM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

MajalahSains berterima kasih atas sumbangan artikel yang merupakan inisiatif dan tajaan ‘OceanHOPE Project’ dari UMT bagi meningkatkan tahap literasi lautan kepada orang ramai sempena sambutan “25 Tahun UMT: Menerajui Agenda Ekonomi Biru Negara”.

Capai artikel tersebut menerusi pautan berikut:

https://www.majalahsains.com/memahami-gempa-terbesar-malaysia-di-perairan-kudat-tanpa-tsunami/

05/04/2026

Kerjaya Ahli Biologi Marin dalam Agenda Ekonomi Biru Negara 🌊👨‍🔬👩‍🔬

“Jika masa depan ekonomi dunia semakin bergantung kepada lautan, maka persoalan yang semakin relevan sekarang: siapakah yang benar-benar memahami lautan? Di sinilah peranan ahli biologi marin menjadi semakin penting.”

“Konsep Ekonomi Biru merujuk kepada pembangunan ekonomi yang berasaskan laut tetapi dilaksanakan secara lestari. Ia menekankan keseimbangan antara pertumbuhan ekonomi, kesejahteraan masyarakat dan pemeliharaan ekosistem marin.”

“Dalam era Ekonomi Biru, ahli biologi marin bukan lagi sekadar saintis yang bekerja di makmal atau di laut. Mereka adalah sebahagian daripada tenaga pakar yang membantu membentuk masa depan pembangunan laut yang lebih bijak, lestari dan berdaya tahan.”

Artikel berjudul “Kerjaya Ahli Biologi Marin dalam Agenda Ekonomi Biru Negara” oleh Prof. Madya Dr. Mohd Uzair Rusli, Ketua Pusat Konservasi Marin, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) membincangkan peranan penting ahli biologi marin dalam pembangunan Ekonomi Biru. MajalahSains berterima kasih atas sumbangan artikel yang merupakan inisiatif dan tajaan ‘OceanHOPE Project’ dari UMT bagi meningkatkan tahap literasi lautan kepada orang ramai bersempena sambutan “25 Tahun UMT: Menerajui Agenda Ekonomi Biru Negara”.

Capai artikel tersebut menerusi pautan berikut:

https://www.majalahsains.com/kerjaya-ahli-biologi-marin-dalam-agenda-ekonomi-biru-negara/

Selamat Hari Raya Aidilfitri to all celebrating!🤍✨ Maaf Zahir & Batin from all of us at Marina Club. May this Syawal bri...
22/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri to all celebrating!🤍✨ Maaf Zahir & Batin from all of us at Marina Club. May this Syawal bring you endless barakah, strengthened iman, and cherished moments with your loved ones. Wishing you peace, joy, and smooth sailing ahead.

20/03/2026

Apakah maksud universiti berfokus marin? Ingin menjadi sebahagian daripada kami? Ayuh pilih program sarjana berkaitan marin di Universiti Malaysia Terengganu (UMT)!

18/03/2026

Saintis Marin Pemacu Ekonomi Biru Negara, wawancara khas pensyarah Biologi Marin UMT.

Kebanggaan kami Warga Bio Marin UMT 👏👏👏
10/03/2026

Kebanggaan kami Warga Bio Marin UMT 👏👏👏

🔬 NAMA SAINTIS UMT DIABADIKAN PADA SPESIES BAHARU PARASIT IKAN 🐟

Nama saintis UMT, Profesor Madya Dr. Hafiz Borkhanuddin diabadikan sebagai nama spesies baharu parasit ikan, Thelohanellus Borkhanuddini, bagi mengiktiraf sumbangan beliau dalam bidang parasitologi ikan dan ekologi invertebrata.

Spesies dalam genus Thelohanellus itu ditemui oleh penyelidik Hungary dan diterbitkan dalam jurnal Aquaculture Reports, malah turut mendapat liputan media sains antarabangsa seperti National Geographic. 🌍📚

Penemuan ini memberi kepentingan kepada kesihatan ikan ternakan, produktiviti industri akuakultur serta kelestarian sumber protein akuatik global. 🌊🐠

Penamaan spesies baharu ini juga merupakan penghormatan akademik yang tinggi dan kekal dalam literatur saintifik dunia, sekali gus membanggakan seluruh warga UMT. 🎓✨

Zambry Abd. Kadir
Adam Adli
UMT - Universiti Malaysia Terengganu



26/02/2026
26/02/2026

SAINTIS MUDA MALAYSIA: NADHIRAH SYAFIQAH SUHAIMI

Suatu kejayaan yang membanggakan Malaysia apabila Saintis Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa apabila namanya diabadikan pada spesies baharu parasit ikan yang ditemui penyelidik, sekali gus mengharumkan nama negara dalam bidang sains marin dan akuakultur. Penyelidik yang menjalankan kajian tersebut merupakan pelajar PhD, Nadhirah Syafiqah Suhaimi yang baru menamatkan pengajian di Hungary. Beliau juga merupakan alumni Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

MajalahSains berbesar hati kerana berpeluang menemu bual Nadhirah Syafiqah Suhaimi bagi mengetahui selok-belok penyelidikan dan pengalaman beliau semasa menuntut di Hungary.

Kenali saintis muda yang mengharumkan nama negara ini dalam temu bual tersebut yang boleh dicapai menerusi pautan berikut:

https://www.majalahsains.com/tanya-saintis-kenali-nadhirah-syafiqah-suhaimi-penyelidik-malaysia-yang-mengharumkan-nama-negara-di-peringkat-antarabangsa-dalam-bidang-parasitologi-hidupan-akuatik/

17/02/2026

SANTUNI KOMUNITI BIOMARIN 2025

Alumni Marin Biologi batch 2006-2009..husband and wife Cikgu Rajaletchumi dan Cikgu Thinamani datang singgah dan melawat...
16/02/2026

Alumni Marin Biologi batch 2006-2009..husband and wife Cikgu Rajaletchumi dan Cikgu Thinamani datang singgah dan melawat UMT pada hari ini selepas 17 tahun bergraduat. Turut menemani mereka ialah Dr Aishah Abdullah dan alumni Marin Biologi yang bertugas di UMT iaitu En Fakhrurrazi (Pegawai Sains INOS). Welcome Home!

Pusat Alumni UMT

05/10/2025



Have you ever wondered how scientists, observers, hunters, and recreational whale watchers recognise different whale species from far away?

Well, there are many different methods of identifying different cetacean (whale, dolphin, and porpoise) species. We talked about one of them before—photo ID of humpback whales based on the uniqueness of their tail fluke. But there are many more methods of identification.

In the illustration you can see features that can help identify large cetaceans:
🐳 The position of the blowhole changes the way water spouts in different species, so that is one of the identifying characteristics. In s***m whales, for instance, the “blow” is aimed forward instead of upward.
🐬 Next is the way the animal surfaces for air. Some species only show a small part of their back or dorsal fin at a time, while others surface their entire body or even jump out of the water.
🐋 Some species are more likely to show their tails when diving, such as humpback or s***m whales, while some other species never do.

So the next time you are out at sea, keep your eyes open, and if you spot a whale, try to identify the species! In the meantime, make sure to read up on different species that live in the North Atlantic: https://nammco.no/whales-dolphins-and-porpoises/.

Illustrations © Tony Pyrzakowski

Address

Wetland School Of Setiu, Sesohor Setiu Tourism Village
Kampung Penarik
21010, PERMAISURI TERENGGANU

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UMT Marine Biology posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to UMT Marine Biology:

Shortcuts

Share